ISU-ISU TERKINI

Saturday, November 26, 2011

"FACEBOOK" DAN "TWITTER" UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA.


Sebagai salah satu usaha memajukan proses pengajaran dan pembelajaran ini, penggunaan media tidak kira media tradisional mahupun media elektronik sememangnya telah menjadi sebahagian daripada dunia pendidikan yang kian berkembanga dalam era globalisasi ini. Perkembangan penggunaan media dlaam era globalisasi ini tidak dinafikan akan lebih memfokuskan penyampaian ilmu dalam bidang pendidikan ini bergerak selaras dengan era pemodenan negara. Lantaran itu, penggunaan media elektronik seolah-olah telah menjadi salah satu medium wajib yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua tempat. Wujudnya media elektronik maka kemajuan teknologi dan maklumat turut bersama berkembanga seiringan. Oleh itu, kemajuan teknologi dan maklumat sememangnya memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembalajaran walaupun mungkin akan ada beberapa kekangan dan sudut negatifnya.

Laman sosial sebagaimana yang diketahui amat digemari dan seolah-olah telah menjadi satu tradisi atau budaya bagi golongan remaja khususnya untuk mempunyai laman sosial seperti ”Facebook” dan ”Twitter” yang tersendiri. Sememangnya telah menjadi satu budaya yang budaya yang berjaya menular sepantas dan seluasnya tanpa sebarang batasan. Perkara ini mungkin merupakan salah satu hobi yang mudah dan menarik bagi diri para remaja itu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka mahukan dan juga cara berhubung dengan rakan-rakan mereka serta mendapatkan hiburan melalui saluran laman sosial sebegini. Justeu itu, sebagai guru seboleh-bolehnya dapat memanfaatkan hobi para remaja terutamanya dalam kalangan pelajar ini unytuk melibatkan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak langsung dalam laman sosial yang mereka minati selain memberikan pengajaran di dalam kelas dan sekadar berpandukan buku semata-mata.

Sebagaimana yng dikatakan di atas, guru boleh memanfaatkan laman sosial ini dengan m,enerapkan para pelajar dengan aktiviti santai yang secar langsung memberikan ilmu kepada mereka. Misalnya, guru boleh membina satu kumpulan khas dalam lama sosial yang sering menjadi pilihan pelajarnya. Kemudian memasukkan pelajar-pelajarnya dalam kumpulan tersebut. Nota yang diterapkan mungkin boelh berunsurkan video atau gambar yang menarik. Seterusnya, dalam pengajaran karangan misalnya guru boleh cuba untuk meminta pelajar melihat paparan video yang telah dimuat naik dalam lama sosial berkenaan dan meminta setiap murid untuk memberikan komen yang berbentuk perenggan karangan. Sambil melayari laman sosial bersembang dengan rakan makan pelajar ini juga mungkin lebih selesa dalam masa yang sama melaksanakan tugasan merekas secara tidak langsung.

Guru juga boleh memuat naik nota yang berkaitan dan meminta murid menjawab soalan yang dikemukan dalam laman sosial yang dibina khas bagi tujuan tugasan. Kemudia setiap murid yag telah melakukan tugasan bolej menekan butang ”Like” dan memaparkan nama penuh mereka dalam setiap tugasan yang diberikan agar pelajar tidak leka dengan tugasan yang diberikan. Sebagai guru juga boleh membincangkan tugasan dengan pelajarnya bagi mengetahui masalah mereka secara dekat tanpa sebarang ikatan fornmal seperti pembelajaran di dalam kelas. Pelajar kadang kala lebih suka untuk mengajukan soalan terhadap perkara yang mereka tidak fahami sekiranya tidak bersemuka kerana kadang kala pelajar mempunyai rasa randah diri dan malu untuk bertanya di depan khalayan yang ramai. Melalui cara ini maka guru juga mampu mefokuskan diri terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajarnya secara dekat dan lebih mudah menyelesaikannya.

Secara umumnya, hubungan baik yang dapat dibina melalui lamam sosial ini banyak membantu guru juga di samping memnfaatkan masa pelajar dengan berfaedah. Sememamangnya pengaruh laman sosial ini amat kuat sehinggakan hampir setiap masa boleh dikatakan pengguna akan melayari lama sosial ini berbanding blog, lama web pendidikan dan seumpamanya. Sekiranya grur bijak mengajak pelajarnya untuk terlibat dalam permainan yang membina minda juga merupakan sesuatu yang secara tidak langsung memungkin pelajar itu untuk belajat tanpa paksaan. Misalnya permainan dalam ”Facebook” yang menunut kesabaran kadang kalanya untuk mencapai kejayaan jika bijak diadaptasi oleh guru mampu memupuk nilai murni dalam diri pelajar itu ke arah yang membina sebagaimana kerajinan sebagai seorang pelajar yang wajib dipamerkan oleh pelajar dalam menyelesaikan tugasannya. Penggunaan laman sosial membina ruangan sosial yang bermanfaat di samping memanfaatkan ilmu yang berguna sekiranya guru bijak melaksanakannya.

PENGGUNAAN "FACEBOOK" DAN "TWITTER" UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA.


‘Facebook” dan “Twitter” merupakan dua buah laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia. Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan remaja. Sangat sukar untuk menemui remaja yang tidak mempunyai laman sosial sendiri. Pada masa kini, laman sosial seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah cara mengajar dalam usaha mencapai tahap pengajaran yang berkesan.

Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam pengajaran bahasa Melayu misalnya, terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan kedua-dua laman sosial ini dalam pengajaran bahasa. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan, memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial. Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah kepada murid-murid.

Untuk melakukan pengajaran melalui ‘facebook’ dan ‘twitter’, guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun kedua-dua laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan, guru perlu menambah anak-anak murid sebagai rakan. Seterusnya, barulah guru boleh melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran karangan misalnya, guru boleh memuat naik contoh karangan sehari sebelum pengajaran yang melibatkan format karangan tersebut sebagai tatapan awal murid sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi gambaran awal kepada murid terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini mengukuhkan kefahaman murid.

Dalam pengajaran karangan, guru boleh melakukan aktiviti menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di dinding laman sosial dan kemudiannya meminta murid untuk menyambung jalan cerita tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam pengajaran guru. Murid tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni satu dunia pembelajaran yang baharu baginya.

Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota tatabahasa dan latihan tatabahasa untuk dijawab oleh murid. Guru memberikan satu tempoh masa untuk murid menjawab soalan latihan tatabahasa dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, murid-murid akan berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing, pastilah murid-murid akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik untuk menjadi yang terbaik.

Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh karangan terbaik setiap kali latihan karangan diberikan di dalam kelas. Karangan murid yang terbaik diimbas dengan menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk tontonan umum. Murid yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri murid tersebut, malah memberi motivasi kepada Murid-murid yang lain. Mereka akan cuba membuat karangan yang sebaik mungkin untuk menjadi karangan pilihan yang bakal dimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di “Facebook” dan di ‘Twitter”.

Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar, video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik video yang berkaitan dengan pengajaran bahasa Melayu seperti video forum, video debat dan sebagainya. Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman web yang berbicara mengenai aspek pengajaran bahasa. Untuk memastikan keberkesanan cara ini, guru boleh meminta murid membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada di dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta murid menerangkan apa yang terdapat dalam laman tersebut.

Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru adalah contoh terbaik kepada murid-murid. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru, guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh murid-murid dan dalam kalangan teman-teman sosial yang lain.

Kesimpulannya, dalam era internet sekarang, amat wajar guru mengaplikasikan laman “facebook” dan ‘twitter’ dalam pengajaran bahasa Melayu. Cara ini dilihat lebih berkesan kerana murid banyak menghabiskan masa di laman-laman sosial. Cara ini dapat membuatkan penggunaan laman sosial lebih berfaedah dan membuatkan murid seronok dan termotivasi apabila belajar dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

MEMANFAATKAN LAMAN SOSIAL SEPERTI "FACEBOOK" DAN "TWITTER" UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA.


Penggunaan aplikasi rangkaian sosial pula telah menular sehingga telah menjadi satu perkara yang wajib  bagi sebahagian  besar pengguna internet di seluruh dunia. Menurut catatan penyelidik di Bahagian Penyelidikan Keselamatan Siber dan Polisi, CyberSecurity Malaysia, sehingga kini terdapat sebanyak 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter dan MySpace.  Laman web sosial juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, salah satunya adalah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Caroline dan Terri (2009), amat penting bagi guru untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk membuka akaun Facebook dan Twitter sendiri kemudian menjadi kawan kepada kumpulan yang guru bina untuk para pelajar. Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook atau Twitter akan mengalakkan lebih banyak interaksi antara guru dengan pelajar. Kemudian, guru boleh memuat naik tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman sosial tersebut. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklum balas tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah serta merta. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terus menerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang lama. Misalnya, guru memuat naik sebuah video mengenai kemalangan jalan raya dan meminta pelajar secara berkumpulan untuk memberi ulasan atau pandangan tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya . Pelajar juga dikehendaki memberi komen terhadap pandangan atau pendapat kumpulan lain. Dengan wujudnya kaedah ini secara tidak langsung dapat merangsang pelajar yang pasif dan sukar untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas. Mereka akan mudah terangsang dan teruja untuk memberi idea dan pandangan sekiranya ada dalam kalangan rakan-rakan mereka memberi komen mengenai sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh guru.

Selain itu juga, guru boleh menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna kepada pelajar, secara pantas maklumat tersebut diterima oleh pelajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan mereka. Oleh itu, penggunaan laman  sosial  dalam pembelajaran bahasa menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan. Tambahan pula, selaras dengan perkembangan ICT  bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat mengikut masa dan kebebasan pelajar mereka sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggalakkan proses penambahan dan percambahan ilmu pengetahuan.

PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kesimpulannya, jaringan sosial Facebook boleh bertindak sebagai medium kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini disebabkan Facebook mempunyai beberapa elemen yang berfungsi seakan-akan perisian atas talian, SPIN. Pensyarah dan pelajar memperoleh banyak manfaat dan faedah daripada Facebook. Selain itu, ia juga merupakan suatu perisian atas talian yang terkini. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan daya saing kita dengan proses pembelajaran dan pengajaran bagi negara-negara maju seperti Amerika syarikat dan Eropah.

Namun begitu, Facebook tidak dapat lari daripada beberapa kelemahan. Kelancaran Facebook sangat bergantung kepada kelajuan capaian internet bagi sesuatu tempat. Masalah ini sangat dipengaruhi oleh teknologi yang ada bagi sesuatu negara. Contohnya Vietnam, kelajuan capaian internet bagi negara ini adalah rendah. Pengguna terpaksa bersabar untuk menggunakan Facebook. Mana tidaknya, jangka masa untuk mengreload sesuatu halaman web di negara ini adalah lama. Jadi, kelajuan capaian internet sangat mempengaruhi kelancaran menggunakan Facebook.

Seterusnya, beberapa penambahbaikan juga perlu dilakukan kepada Facebook. Hal ini untuk menyesuaikan penggunaan Facebook dengan kehendak pengguna. Kehendak pengguna bersifat dinamik atau selalu berubah mengikut masa, keadaan dan tempat. Facebook dapat dilihat lebih bersifat sosial. Beberapa perubahan perlu dilakukan untuk menyesuaikan ia dengan proses pembelajaran dan pengajaran.

Jadi, Facebook mampu meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran. Tambahan pula, Facebook sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat pada hari ini.

PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai pereka bentuk pendidikan di sekolah, guru boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel. Perhubungan dan komunikasi berkembang dengan pesat sejak Internet diperkenalkan di seluruh dunia. Perkembangan ini juga menyebabkan peningkatan populariti Social Network Services (SNS) atau yang lebih dikenal dengan jaringan sosial. Jaringan sosial yang sangat popular pada masa ini ialah Facebook. Facebook pada saat ini telah menarik minat berbagai kalangan tenaga pengajar untuk dimanfaatkan dalam komunikasi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara online. Fenomena ini menarik, kerana pada awalnya Facebook sebagai salah satu jaringan sosial yang bertujuan sebagai tempat saling berinteraksi antara seorang individu dengan individu lain kemudian dilihat oleh sebagian para akademik sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran online.



Sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai pelbagai cara dan kreativiti untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan "Facebook" dan Twitter". Melalui laman sosial ini, pelajar akan lebih berminat untuk mencubanya. Tetapi guru hendaklah menetapkan syarat terlebih dahulu dengan mewajibkan semua pelajar mempunyai akaun "Facebook" dan "Twitter" terlebih dahulu. Kemudian, guru mewajibkan semua pelajar untuk menyertai segala perbincangan yang akan dimuatnaikkan dalam aktiviti P&P dalam "Facebook" tersebut. 



Kebanyakan guru memilih saluran komunikasi Facebook kerana  melalui Facebook mudah untuk berkomunikasi dengan para pelajar. Guru boleh berkomunikasi dengan pelajar mereka pada bila-bila masa dan di mana saja mereka berada selagi terdapat kemudahan Internet. Faedah yang paling ketara ialah bagi pelajar yang sukar untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas atau makmal, maka melalui Facebook mereka akan mudah terangsang atau teruja untuk memberi idea sekiranya ada dalam kalangan pelajar-pelajar lain yang memberi komen mengenai sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh guru. Secara tidak langsung guru akan tahu sebenarnya semua pelajar mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Facebook juga sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa guru mengajar dalam kelas maka semasa diluar waktu kelas pelajar berkenaan boleh menggunakan saluran Facebook untuk meluahkan ketidakfahaman mereka dengan mendapat tindak balas dari pelajar lain dan guru berkenaan. Dengan adanya Facebook, komunikasi dapat dibuat dengan kos percuma atau rendah.

LAMAN SOSIAL SEPERTI "FACEBOOK" DAN "TWITTER" UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


Facebook dan Twitter merupakan laman sosial yang digilai ramai terutamanya golongan remaja. Dengan menggunakan laman sosial facebook atau twitter, kita boleh berkenalan dan berkomunikasi dengan ramai orang dari seluruh dan boleh mendapatkan maklumat terkini dengan mudah dan pantas. Penggunaan laman sosial ini juga sangat efisien. Pelbagai aplikasi yang dimuatkan dilaman sosial ini dan memberi manfaat kepada pengguna seperti boleh menghantar pesanan kepada rakan dengan pantas, membuat paggilan video dan sebagainya. Laman sosial seperti facebook dan twitter bukan sahaja medan untuk bersosial dan berhibur sahaja, tetapi laman sosial ini boleh dijadikan medan untuk pelbagai tujuan. Bagi ahli-ahli perniagaan misalnya boleh menarik pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan mereka menggunakan laman sosial ini. Perkembangan semasa yang berlaku sama ada di dalam dan di luar negara juga dapat diketahui dengan pantas melalui status rakan-rakan atau laman yang telah disambungkan dengan akaun kita misalnya akhbar online dan blog.

Bagi seorang guru pula, mereka boleh memanfaatkan laman sosial yang diminati ramai ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya, dalam era teknologi maklumat yang semakin pesat ini, boleh dikatakan ramai pelajar sekarang sudah memiliki akaun facebook atau twitter. Mereka sudah pandai menggunakan komputer dan mengakses internet sendiri walaupun baharu sahaja berada di sekolah rendah. Tambahan pula, di kebanyakan sekolah menengah misalnya, ramai para pelajar telah dibekalkan dengan komputer riba kecil sendiri. Pelajar yang mempunyai jaringan internet di rumah, sudah tentu boleh melayari laman sosial dengan mudah di rumah dan tidak perlu ke kedai komputer. Laman sosial seperti facebook dan twitter sebenarnya salah satu media pengajaran yang berkesan yang boleh digunakan sebagai satu medium dan ruangan interaksi antara guru dan pelajar selain di bilik darjah.

Pada pendapat saya, seorang guru perlu mengambil kira minat dan kecenderungan pelajar kerana apa yang dilihat dalam situasi kini, para pelajar sentiasa ada masa dan sangat berminat untuk mengikuti dan melayari laman sosial seperti facebook dan twitter. Jadi, apa salahnya jika guru menjadikan laman sosial tersebut sebagai laman untuk tujuan pengajaran dna pembelajaran. Bagi seorang guru bahasa Melayu, laman sosial ini boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Laman sosial ini boleh digunakan sebagai tempat untuk berdiskusi, membuat tutorial dan menimba ilmu. Contohnya, sebagai langkah pertama, guru boleh membuat kumpulan untuk setiap tingkatan yang diajar dan menambah pelajar-pelajar di dalam kelas yang sama di dalam kumpulan tersebut. Bagi kelas yang berlainan, perlu dimasukkan dalam kumpulan yang berlainan kerana tahap kefahaman secara puratanya adalah berbeza-beza mengikut kelas. Di dalam kumpulan tersebut, guru boleh memuat turun bahan pengajaran sama ada berkaitan tatabahasa, pemahaman, karangan atau KOMSAS ke dalam kumpulan tersebut. Bukan sahaja bahan pengajaran tersebut disediakan sendiri oleh guru, tetapi guru juga boleh mendapatkan pelbagai bahan pengajaran di dalam internet terutamanya di dalam laman web pendidikan atau blog-blog berkaitan. Guru juga boleh menghubungkan bahan yang terdapat di dalam mana-mana laman web pendidikan atau blog berkaitan dengan kumpulan tersebut. Para pelajar boleh memanfaatkan bahan tersebut bagi menambahkan lagi ilmu mereka tentang sesuatu topik pembelajaran. Cara ini merupakan cara yang mudah dan berkesan kerana bukan mudah untuk melihat seseorang pelajar mencari sendiri maklumat tambahan di dalam internet. Tetapi jika guru menghubungkan terus bahan pengajaran tersebut di dalam laman sosial, kecenderungan pelajar untuk membaca bahan tersebut lebih besar.

Selain memuat turun bahan pengajaran, guru boleh memberikan latihan kepada pelajar sebagai aktiviti pengukuhan diluar bilik darjah bagi memantapkan dan menguji kefahamn pelajar. Contohnya, guru boleh memberikan soalan-soalan berbentuk kefahaman seperti meminta pelajar memberikan maksud peribahasa, maksud rangkai kata, memberikan pendapat dan sebagainya. Melalui laman sosial ini juga, guru boleh memuat turun video-video berkaitan untuk tujuan pembelajaran. Latihan-latihan yang diberikan di dalam laman sosial lebih mudah untuk pelajar dan guru kerana pelajar boleh menjawab terus dan guru juga boleh memberikan penilaian terus kepada pelajar. Penggunaan laman sosial dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif. Hal ini kerana ada pelajar yang agak pasif di dalam kelas kerana kurang keyakinan untuk bercakap di hadapan rakan-rakan mereka menjadi aktif melalui pembelajaran melalui laman sosial kerana mereka boleh memberikan pendapat dan berkomunikasi di alam maya tanpa perlu bersemuka dengan rakan-rakan atau guru. Pelajar juga bebas memberikan pendapat dengan pantas dengan hanya menekan butang ‘komen’.

Kesimpulannya, laman sosial seperti facebook dan twitter boleh dijadikan sebagai satu media pengajaran yang berkesan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Penggunaan laman sosial ini menyediakan suasana pembelajaran yang pelbagai di mana belajar boleh bersosial dan dalam masa yang sama dapat menimba ilmu pengetahuan. Pembelajaran sebegini sangat santai dan tidak membosankan pelajar malahan boleh memupuk minat pelajar terhadap budaya ilmu.

MEMANFAATKAN LAMAN SOSIAL SEPERTI "FACEBOOK" DAN "TWITTER" UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


Sebelum ini, semasa sesi pengajaran kita sering kali  menggunakan kaedah  pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan. Namun  begitu, perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama pelajar tidak berlaku. Oleh itu,  sebagai guru yang kreatif,  sebagai kita sepatutnya menggunakan peluang perkembangan ICT, iaitu laman sosial seperti  Facebook dan Twitter yang menjadi kegilaan remaja dewasa ini untuk memperbaiki kaedah perbincangan secara kumpulan (Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff, 2011).

Menurut Caroline dan Terri (2009), amat penting bagi guru untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk membuka akaun Facebook dan Twitter sendiri kemudian menjadi kawan kepada kumpulan yang guru bina untuk para pelajar. Dengan membina peralatan dalam struktur social Facebook atau Twitter akan mengalakkan lebih banyak interaksi antara guru dengan pelajar. Kemudian ,guru boleh memuat naik tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman sosial tersebut. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklum balas tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah serta merta. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terus menerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang lama. Misalnya, guru memuat naik sebuah video mengenai kemalangan jalan raya dan meminta pelajar secara berkumpulan untuk memberi ulasan atau pandangan tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya . Pelajar juga dikehendaki memberi komen terhadap pandangan atau pendapat kumpulan lain. Dengan wujudnya kaedah ini secara tidak langsung dapat merangsang pelajar yang pasif dan sukar untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas. Mereka akan mudah terangsang dan teruja untuk memberi idea dan pandangan sekiranya ada dalam kalangan rakan-rakan mereka memberi komen mengenai sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh guru.

Selain itu juga, guru boleh menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna kepada pelajar, secara pantas maklumat tersebut diterima oleh pelajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan mereka. Oleh itu, penggunaan laman  sosial  dalam pembelajaran bahasa menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan. Tambahan pula, selaras dengan perkembangan ICT  bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat mengikut masa dan kebebasan pelajar mereka sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggalakkan proses penambahan dan percambahan ilmu pengetahuan.

RUJUKAN
Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff (2011). Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1. Universiti Sains Malaysia.

Tuesday, November 22, 2011

ANALISIS WACANA / PENANDA WACANA


Penanda wacana
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Contoh
Kata penghubung
-tetapi -lalu -jika
-serta -agar -supaya
-sungguhpun -kerana -walaupun
Penambahan
-dan -sebenarnya -juga
-sekali lagi -bertitik tolak -hal ini
-tambah lagi -lebih-lebih lagi -selain juga
Perbandingan/ Perbezaan
-tetapi -dalam nada yang berbeza -selain itu
-walaupun -sehubungan dengan - sebagaimana
-sebaliknya -jika dibandingkan dengan -sama dengan
-berbeza dengan -walau bagaimana sekalipun -selari dengan
-walau bagaimanapun -setelah dibandingkan dengan -namun demikian
Turutan/ terusan
-pertamanya -akhirnya -selain itu
-keduanya -seterusnya -pertama sekali
-selepas itu -lebih awal dari itu -lebih penting lagi
Contoh
-contohnya -biar kita ambil contoh -khususnya
-misalnya -mari kita mengambil contoh -terutamanya
-umpamanya -apa yang dimaksudkan -seperti
Masa
-akhirnya -pada masa yang sama -sesekali
-dewasa ini -pada ketika itu -sebelum ini
-selepas itu -pada mulanya -semenjak itu
-sementara itu -serentak dengan -ada ketikanya
Kesimpulan
-oleh itu -jadi -kesimpulannya
-jika kita tidak -jelaslah -dapatlah disimpulkan bahawa
-kesudahannya -sesungguhnya -tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.)
-pendek kata -walaupun -oleh hal yang demikian
-ringkasnya -marilah kita -komitmen semua pihak
-sebagai rumusan -demikianlah -dapatkah kita membayangkan..
-kejayaan...bergantung pada -pada keseluruhannya -sebagai menggulung hujah
-keengganan... bakal menyaksikan -(peribahasa)
-sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...
Penanda wacana umum
-dengan ini -banyak pihak yang berpendapat -amnya
-sememangnya -selaras dengan -lazimnya
-sejajar dengan sering kali kita -justeru itu
-sementelahan pula -secara khususnya -pada kebiasaannya

Monday, November 14, 2011

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA


Kesantunan (politiness), kesopansantunan, atau etiket adalah tatacara, adat, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh karena itu, kesantunan ini biasa disebut “tatakrama”.

Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari dari berbagai segi dalam pergaulan sehari-hari. Pertama, kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari. Ketika orang dikatakan santun, maka dalam diri seseorang itu tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket yang berlaku secara baik di masyarakat tempat seseorang itu megambil bagian sebagai anggotanya. Ketika dia dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan secara seketika (mendadak) maupun secara konvensional (panjang, memakan waktu lama). Sudah barang tentu, penilaian dalam proses yang panjang ini lebih mengekalkan nilai yang diberikan kepadanya.

Kedua, kesantunan sangat kontekstual, yakni berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku bagia masyarakat, tempat, atau situasi lain. Ketika seseorang bertemu dengan teman karib, boleh saja dia menggunakan kata yang agak kasar dengan suara keras, tetapi hal itu tidak santun apabila ditujukan kepada tamu atau seseorang yang baru dikenal. Mengecap atau mengunyah makanan dengan mulut berbunyi kurang sopan kalau sedang makan dengan orang banyak di sebuah perjamuan, tetapi hal itu tidak begitu dikatakan kurang sopan apabila dilakukan di rumah.

Ketiga, kesantunan selalu bipolar, yaitu memiliki hubungan dua kutub, seperti antara anak dan orangtua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara pria dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.

Keempat, kesantunan tercermin dalam cara berpakaian (berbusana), cara berbuat (bertindak), dan cara bertutur (berbahasa).

KESANTUNAN BERBAHASA


Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun 2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 diajarkan Komsas.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat:

·   melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
·   menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain. Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:

1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang.

APA ERTI KESANTUNAN


Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.

Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi:

“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.

Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu. 

KESANTUNAN BERBAHASA


1.            Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2.           Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3.            Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4.            Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

5.            Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6.      Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7.            Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8.            Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.