RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(MODEL DISKUSI)
Tingkatan : 2 Al-Farabi
Bilangan Pelajar : 30 orang
Tarikh : 31 Mac 2011
Masa : 40 minit
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Teknologi
Tajuk : Menonton televisyen: positif atau negatif
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran | Huraian Hasil Pembelajaran |
HPU 4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan. HPK 4.2 Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil untuk meyakinkan pihak yang terlibat. | Aras 1 (ii) Menganalisis dan menentukan pilihan berdasarkan aspek yang tertentu. |
Objektif Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat mengemukakan dua kesan positif dan dua kesan negatif menonton televisyen dalam satu perenggan lengkap, tidak kurang daripada 30 patah perkataan.
Pengetahuan/Kemahiran sedia ada
- Pelajar pernah menonton dan mengetahui variasi rancangan televisyen.
- Pelajar mengetahui kesan daripada menonton televisyen.
Penyerapan
- Nilai murni : Pembelajaran sepanjang hayat dan kerjasama.
- Ilmu : Pengetahuan.
- KBKK : Menjana idea – pelajar melakukan sumbangsaran bagi
memperoleh idea yang bernas.
Penggabungjalinan
· HHP : 2.3 Aras 1 (ii)
Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan
pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas.
· Sebutan dan Intonasi : Menggunakan sebutan bahasa baku dalam pembentangan.
· Tatabahasa : Penggunaan “di” sebagai kata kerja atau kata sendi.
· Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir
No comments:
Post a Comment