Saya masuk ke kelas 2 Bestari dengan penuh yakin. Segala yang hendak
diajarkan pada hari ini sudah dirancang secukupnya. Saya penuh yakin pengajaran
pada hari ini dapat berlangsung dengan baik. Saya mengaplikasikan Model
Pengajaran Secara Langsung. Sebelum memulakan pengajajaran saya memastikan
semua pelajar dalam keadaan sihat dan menyuruh mereka mengutip sampah terlebih
dahulu.
Ini
merupakan pengajaran saya yang pertama untuk kelas 2 Bestari. Semasa pengajaran
berlangsung saya menggunakan teknik 5W 1H. Apa yang menguji kesabaran saya
ialah saya dapati pelajar membuat bising, tidak menumpukan perhatian dan
sembang dengan rakan mereka. Kelas ini adalah kelas sederhana, yakni pelajarnya
agak nakal, aktif, dan pasif.
Saya terpanggil untuk menimbulkan
suasana pembelajaran yang seimbang di mana setiap pelajar harus bercakap dan
memberi pendapat. Oleh itu, saya nekad untuk bertanya kepada setiap pelajar. Pelbagai
soalan timbul dalam fikiran saya. Adakah
pengajaran saya terlalu cepat sehingga pelajar tidak dapat mengikutinya? Adakah
pelajar bosan terhadap pengajaran saya?
Saya
sedar, bahawa pelajar tingkatan 2 Bestari malas berfikir untuk mencari
maksud setiap rangkap pantun. Saya perhatikan mereka hanya bergantung kepada
guru, yakni berpusatkan guru.
Pada minggu hadapan, jika saya
akan mengajarkan maksud pantun yang berikutnya. Saya akan mengambil masa
yang lebih untuk mengajar mereka cara mencari maksud setiap rangkap pantun dan
saya akan sentiasa bertanya kepada mereka agar mereka memerah otak untuk
berfikir. Saya berharap dengan cara ini pelajar dapat memberi pendapat
dalam perbincangan walaupun kurang tepat.
No comments:
Post a Comment