CONTOH (KARANGAN RANGSANGAN)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda
tentang faedah melancong kepada kita.
#GAMBAR TENTANG PELANCONGAN#
Dewasa ini, terdapat banyak destinasi yang menarik untuk
dilawati di negara kita. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang
kurang arif mengenai kebaikan yang akan mereka perolehi sekiranya mereka pergi
melancong.
Antara faedah melancong ialah kita boleh merapatkan hubungan
sesama ahli keluarga.Tamsilnya, kita boleh mengadakan percutian keluarga di
kawasan peranginan seperti di Cameron Highland, Genting Highland dan
sebagainya. Impaknya, institusi kekeluargaan akan bertambah kukuh.
Selain itu, melalui aktiviti ini juga, kita dapat
meningkatkan ilmu Geografi khususnya kepada para pelajar.Impaknya, kita akan
lebih mengetahui kedudukan dan latar masyarakat sesuatu tempat pelancongan.
Bukan itu sahaja, aktiviti melancong juga berupaya
merehatkan minda kita dari memikirkan soal pekerjaan semata-mata. Sebagai
contoh, kita dapat menenangkan fikiran dengan bersantai di tepi pantai sambil
menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Konklusinya, masyarakat perlulah diberitahu akan kebaikan
melancong. Hal ini kerana aktiviti ini ternyata mendatangkan impak yang positif
kepada kehidupan mereka.
tak ade lagi ke faedah-faedah melancong
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteWow,bagus jugak karangan nie.Terima kasih ye......
ReplyDelete