CONTOH 3-HASIL PENULISAN PELAJAR(KARANGAN RANGSANGAN)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda
tentang usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum antara rakyat di negara kita.
Sejak kebelakangan ini,perpaduan antara kaum di negara kita semakin
renggang. Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat di negara ini?
Antara usaha untuk mewujudkan perpaduan adalah dengan
mengamalkan sikap saling menghormati antara kaum.Tamsilnya,rakyat yang berlainan
kaum mestilah menghormati adat kaum yang lain.Natijahnya,hal ini akan
mewujudkan persefahaman antara mereka.
Selain itu,dengan menghayati Rukun Negara,perpaduan kaum
akan dapat diwujudkan.Tamsilnya,Rukun Negara yang kelima menjelaskan bahawa
rakyat Malaysia perlu bersopan dan bertatasusila.Dengan berpaksikan Rukun
Negara ini,maka perpaduan akan dapat diwujudkan.
Usaha yang seterusnya adalah dengan membanyakkan lagi
sekolah kebangsaan.Sebagai contoh, sekolah menengah dan sekolah rendah
kebangsaan perlu dibanyakkan di kawasan majoriti penduduknya berbilang kaum.Hal
ini secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan kerana mereka belajar di
bawah satu bumbung yang sama.
Konklusinya,terdapat pelbagai usaha untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.Caranya,dengan memahami dan bergaul
mesra sesama manusia tidak kira bangsa mahupun agama.
No comments:
Post a Comment