Kesimpulannya, jaringan sosial Facebook boleh bertindak
sebagai medium kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini disebabkan
Facebook mempunyai beberapa elemen yang berfungsi seakan-akan perisian atas
talian, SPIN. Pensyarah dan pelajar memperoleh banyak manfaat dan faedah
daripada Facebook. Selain itu, ia juga merupakan suatu perisian atas talian
yang terkini. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan daya saing kita
dengan proses pembelajaran dan pengajaran bagi negara-negara maju seperti
Amerika syarikat dan Eropah.
Namun begitu, Facebook tidak dapat lari daripada beberapa
kelemahan. Kelancaran Facebook sangat bergantung kepada kelajuan capaian
internet bagi sesuatu tempat. Masalah ini sangat dipengaruhi oleh teknologi
yang ada bagi sesuatu negara. Contohnya Vietnam, kelajuan capaian internet bagi
negara ini adalah rendah. Pengguna terpaksa bersabar untuk menggunakan
Facebook. Mana tidaknya, jangka masa untuk mengreload sesuatu halaman web di
negara ini adalah lama. Jadi, kelajuan capaian internet sangat mempengaruhi
kelancaran menggunakan Facebook.
Seterusnya, beberapa penambahbaikan juga perlu dilakukan
kepada Facebook. Hal ini untuk menyesuaikan penggunaan Facebook dengan kehendak
pengguna. Kehendak pengguna bersifat dinamik atau selalu berubah mengikut masa,
keadaan dan tempat. Facebook dapat dilihat lebih bersifat sosial. Beberapa
perubahan perlu dilakukan untuk menyesuaikan ia dengan proses pembelajaran dan
pengajaran.
Jadi, Facebook mampu meningkatkan kualiti proses
pembelajaran dan pengajaran. Tambahan pula, Facebook sudah menjadi kebiasaan
kepada masyarakat pada hari ini.
No comments:
Post a Comment