KETENANGAN
(Nor Rasidah Mohd)
MAKSUD SAJAK
Rangkap 1
Penyajak
berusaha untuk mencari ketenangan dalam dirinya walaupun terpaksa menghadapi
pelbagai halangan dan kesusahan.
Rangkap 2
Penyajak telah
menemui ketenangan yang dicari-cari sehingga kesepian yang dialami selama ini
diganti dengan kegembiraan dan sesuatu yang kabur menjadi jelas.
Rangkap 3
Kini penyajak
sedar bahawa setiap ketenangan dalam diri seseorang bukan diperoleh dengan cara
mencapai kekayaan dan kemewahan hidup.
Rangkap
4
Penyajak menjelaskan
bahawa ketenangan sebenarnya dapat dicapai dengan cara memantapkan ilmu dalam
diri dan menguatkan keimanan terhadap tuhan.
Keadaan ini menjadikan jiwa penyajak tenang apabila mengamalkan
kedua-dua perkara tersebut.
TEMA
Sajak ini
mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang mencari ketenangan dalam
hidup – Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau
berjaya menemuinya.
PERSOALAN
1. Persoalan kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang
diinginkan – penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya
walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
2. Persoalan dapat menghilangkan segala kesepian dan
kedukaan dalam hidup – masalah kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi
apabila beliau menemui ketenangan hidup.
3.
Persoalan kemewahan dan kekayaan hidup
tidak menjanjikan ketenangan dalam hidup seseorang.
4.
Persoalan menuntut ilmu dan meneguhkan
keimanan terhadap tuhan merupakan jalan terbaik bagi mencapai ketenangan.
BENTUK
1.
Sajak ini terdiri daripada empat
rangkap.
2.
Rima akhir adalah bebas.
3.
Jumlah baris serangkap bebas
Contoh: Rangkap 1- tujuh baris, Rangkap 2 – empat baris
dan sebagainya.
4.
Jumlah perkataan dalam satu baris
antara satu hingga empat patah kata.
5.
Jumlah suku kata dalam satu baris
antara empat hingga sepuluh suku kata.
GAYA BAHASA
1.
Anafora
Suasana sepi menjadi
riang
Suasana gelap menjadi tenang
(Rangkap 2, baris 3 dan 4)
2.
Sinkope
Kini kutemuimu
(Rangkap 2, baris 2)
3.
Asonansi
Kekayaan
atau kemewahan (Rangkap 3, baris 5)
Pengulangan vokal ‘a’.
4.
Aliterasi
Tanpa menghiraukan
rintangan (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan konsonan ‘n’.
NADA
Nada sajak ini ialah romantis.
NILAI
1.
Nilai kegigihan
Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri.
2.
Nilai ketabahan
Penyajak tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan
dalam usaha mencari ketenangan dalam dirinya.
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan – penyajak berusaha untuk mencari
ketenangan dalam hidupnya.
2.
Kita hendaklah meneguhkan keimanan kita
kepada tuhan untuk mendapat ketenangan – penyajak berjaya menemui ketenangan
yang dicarinya dengan cara meneguhkan keimanan kepada tuhan.
3.
Kita hendaklah sedar bahawa kemewahan
dan kekayaan mampu memberi segala keinginan kita – ketenangan diri tidak dapat
dicapai dengan kemewahan hidup.
4.
Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu
walau di mana sahaja kita berada.
stupid
ReplyDelete