SAJAK
LAUT
Rangkap
1
Penyajak
menggambarkan laut yang begitu biru, luas dan indah.
Rangkap
2
Penyajak
melafazkan betapa laut telah membuatkan hatinya begitu bahagia. Laut juga
begitu tenang dan kaya (dengan pesona).
Rangkap
3
Penyajak melihat
pasir putih dan juga kerang. Ombak singgah di kaki penyajak, manakala angin
pantai membelai diri penyajak.
Rangkap
4
Penyajak melihat
seorang nelayan di kejauhan berdiri di atas sebuah perahu kecil sambil
menebarkan jala. Dia menangkap ikan untuk menyara keluarga.
Rangkap
5
Gelagat
burung-burung laut turut menarik perhatian penyajak. Burung laut mengepakkan
sayap sambil berkicau riang. Kicauan burung laut senada dengan deruan ombak.
Rangkap
6
Matahari berbentuk
separuh bulat kelihatan muncul di seberang laut yang membiru. Matahari tetap
dengan fungsinya memberikan sinaran.
Rangkap
7
Akhirnya penyajak
menyatakan pengakuan bahawa dirinya dan laut biru adalah bersaudara. Maksudnya,
penyajak merasakan dirinya telah benar-benar sebati dan begitu menyayangi laut
biru itu.
Tema
Keindahan laut dan
persekitarannya yang menyumbang terhadap kehidupan makhluk lain.
Persoalan
1 Keindahan alam yang membahagiakan manusia
2 Pergantungan kaum nelayan terhadap laut
3 Kehidupan fauna yang serasi dengan
persekitaran laut
4 Pemandangan matahari menyinari hidupan laut
5 Perasaan cintakan alam sekitar
Gaya
Bahasa
1. Anafora(Pengulangan kata di awal baris)
Contoh:
Laut ini begitu biru
Laut ini begitu luas
Laut ini begitu indah
2. Personifikasi(Sifat manusia diberikan
kepada objek dan haiwan)
Contoh: Laut ini begitu tenang /
ombak menyapa kaki.
3.
Sinkope(Singkatan perkataan)
Contoh: membuatku bahagia.
4.
Simile(Perbandingan)
Contoh: begitu gembira mereka menyanyi bagai
berlumba
5.
Asonansi(Pengulangan vokal)
Contoh: Betapa bahagianya hati.
6.
Aliterasi (Pengulangan konsonan)
Contoh:
dengan nyanyian ombak.
Nada
Sajak ini bernada
romantis.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan
alam ciptaan tuhan – keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi
ketenangan.
2. Kita perlulah gigih berusaha untuk
mendapatkan rezeki – nelayan berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk
menyara keluarga.
3. Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling
kita.
Nilai
1. Nilai kesyukuran
Bersyukur dengan
nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup kita.
2. Nilai kegigihan
Kegigihan nelayan
mencari rezeki untuk menyara keluarga.
No comments:
Post a Comment