1.1 Konsep Wacana
Kamus Dewan Edisi Keempat - keseluruhan tutur yang merupakan satukesatuan,
ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.
Wacana merujuk kepada kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan
ataupun tulisan.
Asmah Haji Omar (1986) - keseluruhan perlahiran bahasa oleh penutur atau
penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur - unsur luar daripada sistem bahasa yang
menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam berkomunikasi.
Dari sudut kajian bahasa - unit bahasa yang terdiri daripada ayat, sejumlah
ayat, satu bab, satu cerita, sebuah buku, satu siri buku, dialog dan
sebagainya.
Secara kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
1.2 Ciri Wacana
Terdiri daripada 2 wacana yang utuh iaitu Kohensi dan Koheren
Kohensi - ciri yang ada keserasian antara satu sama lain antara unsur liguistik
dengan yang lain dalam sesuatu wacana untuk hasilkan wacana yang lengkap.
- Jalinan ketatabahasaan yang utuh.
- Contoh
Koheren - kesinambungan
idea yang terdapat dalam sebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.
- Jalinan idea yang utuh.
No comments:
Post a Comment