Latar Tempat |
1. Latar tempat dalam cerita ini ialah di bandar. |
2. Anggun ± kompleks beli belah di mana Pertandingan Avatari berlangsung. |
3. Bilik kayu atau bilik persalinan sementara ± tempat di mana Aina ditembak oleh Ah |
Kong. |
4. Bilik bacaan ± tempat Anas dan Aina melayari internet untuk mencari maklumat |
tentang pertandingan Avatari. |
5. Rumah Pak Ho ± Anas dan Aina bertandang ke rumah pak Ho untuk meminta |
pertolongan meminjamkan komputer alam maya kepada mereka. |
6. Pusat pemainan Game Star ± Pauline, Anas, Aina dan Kumar menunggu kehadiran |
Adeen di sini. |
7. Padang bola Kampung Pindah ± Pauline, Aina , Anas dan Adeen menjalani latihan |
fizikal dan mental yang dikendalikan Cikgu Nisah. |
8. Pantai ± Pertempuran dalam latihan berlaku antara Anjali dan Pauline serta Zuraini |
dan Aina yang diketuai Cikgu Nisah. |
9. Wad ± tempat Aina menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya akibat |
ditembak Ah Kong. |
Latar Masa |
1. Latar masa cerita ini ialah pada zaman sekarang merangkumi waktu pagi, petang dan |
malam. |
2. Pagi- Aina tetap tekun menyiapkan kerja sekolah walaupun waktu rehat telah tiba. |
3. Petang ± Aina, Anas, Pauline, Adeen dan Anjali bersiap sedia untuk meneruskan |
cabaran terakhir pertandingan Avatari. |
4. Malam ± Aina dan Anas mengendalikan komputer dalam bilik bacaan untuk mencar i |
maklumat tentang pertandingan Avatari. |
Latar Masyarakat |
1. Masyarakat yang berada di bandar dan hidup dalam kecanggihan teknologi. |
2. T erdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. |
3. Masyarakat yang bertindak dengan berani. Contohnya, Adeen dan Ana cuba |
menumpaskan Samy yang telah menceroboh bilik persalinan mereka. |
4. Masyarakat yang berhati busuk. Contohnya, Chan yang mengarahkan Muthu untuk |
menimbulkan masalah di Game Star kerana ingin membalas dendam terhadap Pak |
Cik Ho disebabkan tidak menjual Game Star kepadanya. |
5. Masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab. Contohnya, bapa Anjali telah |
meninggalkan Anjali dan adik-beradik yang lain tanpa meninggalkan sebarang berita |
hingga menyebabkan Anjali dibesarkan dalam suasana yang daif. |
6. Masyarakat yang sentiasa berwaspada untuk kemudahan pada masa akan datang. |
Contohnya, Mak Cik Nora bijak melabur wang kemenangan pasukan Zamr ud untuk |
kegunaan pada masa akan datang. Ahli pasukan Zamrud juga tidak membelanjakan |
semua wang yang mereka menangi. |
7. Masyarakat yang saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Contohnya,Pak |
Cik Ho, Pak Cik Kuppusamy, Mak Cik Nora dan Mak Cik Vicky telah membenarkan |
Anas dan Aina untuk menggunakan komputer realiti maya milik pasukan Zamrud. |
8. Masyarakat yang mahir menggunakan teknolongi pada usia yang masih muda. |
Contohnya, walaupun Aina berusia 12 tahun, beliau mahir melayari internet untuk |
mencari bahan maklumat kerja sekolahnya. |
9. Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Contohnya, Adeen, Anas, |
Aina, Anjali, Pauline dan Zuraini berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke |
peringkat akhir pertandingan Avatari. |
10. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya, Aina dan |
Anas telah memenuhi impian ayahnya, Profesor Fitri untuk melihat anak-anaknya |
menjadi juara pertandingan Avatari. |
11. Masyarakat yang memberikan galakan kepada generasi muda. Contohnya, ahli |
pasukan Zamrud telah member i bantuan berbentuk sokongan moral dan kewangan |
kepada pasukan Zamrud II supaya pasukan itu menjuarai Pertandingan Avatari. |
12. Masyarakat yang tidak berputus asa. Contohnya, Aina masih mengharap ayahnya |
masih hidup dan tidak berhenti berdoa agar ayahnya selamat. |
13. Masyarakat yang membuat persiapan awal dan bersiap sedia. Contohnya, pasukan |
Zamrud II telah menjalani latihan berbentuk fizikal dan mental diketuai Cikgu Nisah. |
14. Masyarakat yang riak dan angkuh. Contohnya, Kumar bersikap sombong kerana |
beliau merupakan anak kepada jutawan rangkaian barang kemas ternama di Malaysia. |
15. Masyarakat yang ter jebak dalam gejala sosial. Contohnya, Muthu terlibat dalam |
gejala samseng dan ketua penjenayah Chan Kok Meng terlibat dalam pengedaran |
dadah dan pil khayal. |
16. Masyarakat yang mempertahankan agamanya. Contohnya, Anas mempertahankan |
Islam dan Rasulullah SAW walaupun ini hanyalah berbentuk permainan. Beliau |
memastikan pihak Yahudi tidak memenangi kemenangan moral terhadap Islam. |
Thanks for your note, thanks!
ReplyDeleteWhat a notes
ReplyDeletethanks you are help me oh god bless me!!!!!
ReplyDelete