Pengajaran |
1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contohnya, Anas dan |
Aina sentiasa mengharapkan kepulangan ayahnya yang hilang tanpa khabar berita |
selama 6 bulan. |
2. Kita perlulah menggunakan kemudahan teknologi dengan sebaik-sebaiknya. |
Misalnya, penggunaan kamar bicara ada mendatangkan kebaikan dan kelemahan. Ini |
bergantung kepada penggunaannya sama ada dapat memanfaatkan kelebihannya |
ataupun tidak. |
3. Kita hendaklah menjaga hubungan persahabatan agar sentiasa berada dalam keadaan |
yang baik. Contohnya, disebabkan gurauan ayahnya dan Pak Cik Ho yang inginkan |
Anas dan Pauline bertunang, hubungan mereka renggang. |
4. Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contohnya, Kumar |
telah memperlekehkan komputer Pak Cik Tan yang lama dan beliau bertindak kasar |
dengan menghempas daun pintu apabila hendak pulang. |
5. Kita perlulah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Contohnya, Anjali telah |
menurut perintah abangnya supaya menggagalkan usaha Pasukan Zamrud II |
memenangi pertandingan Avatar. Seharusnya, Anjali perlu berfikir bahawa perbuatan |
tersebut merupakan satu kesalahan. |
6. Kita janganlah berputus asa jika dilanda kesusahan. Contohnya, walaupun Aina telah |
ditembak dan pasukan Zamr ud II kehilangan seorang ahli, pasukan Zamrud II tetap |
meneruskan usaha memenangi pertandingan tersebut dengan menggantikan posisi |
Aina dengan Zuraini. |
7. Kita tidak harus menukar sejarah silam kerana setiap ketetapannya mempunyai |
rahmatnya. |
8. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, |
Anas cuba memujuk dan menenangkan Aina ketika Aina bersedih atas kehilangan |
ayahnya itu. |
9. Kita perlulah berusaha ber sungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu. Contohnya, |
pasukan Zamrud II telah membuat persiapan awal dengan menjalani latihan fizikal |
dan mental demi memenangi pertandingan Avatari nanti. |
10. Kita seharusnya tidak terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Contohnya, Kumar |
merupakan ketua samseng yang menimbulkan keadaan huru-hara di Game Star. |
11. Kita hendaklah mengikut contoh yang baik. Contohnya, Aina dan Anas mengikut |
jejak langkah ayahnya dengan memenangi pertandingan Avatari yang pernah |
dimenangi ayahnya dahulu. |
12. Kita hendaklah mengekalkan adat warisan Melayu. Contohnya, Aina telah memasuki |
No comments:
Post a Comment