Watak Sampingan (Aina) |
1. Seorang perempuan yang berusia 12 tahun dan anak kepada Maizan dan Profesor |
Fitri. |
2. Merupakan adik kepada Anas yang banyak mewarisi rupa dan bakat daripada |
ayahnya. |
3. Aina seorang yang rajin. Buktinya, walaupun waktu rehat telah tiba, beliau amat |
tekun menyiapkan kerja sekolahnya. |
4. Aina mematuhi suruhan agama walaupun usianya masih muda. Buktinya, beliau telah |
berpuasa sunat pada bulan Rejab. |
5. Aina seorang rakan yang baik. Buktinya, beliau menggalakkan Zuriani ke arah |
kebaikan dengan menasihati Zuraini untuk berlatih berpuasa walaupun usia masih |
kecil. |
6. Aina pandai bersilat. Buktinya, beliau menumpaskan Zuraini semasa perlawanan |
dalam latihan Cikgu Nisah. |
7. Aina bijak mengurus masa. Buktinya, beliau telah menyiapkan ker ja sekolahnya |
terlebih dahulu walaupun kerja sekolah itu perlu dihantar pada minggu hadapan. |
8. Aina pandai memujuk. Buktinya, beliau pandai mengambil hati dan menasihati |
abangnya yang telah kecewa dalam kekalahan pasukan hokinya. |
9. Aina bijak dan berfikiran luas. Buktinya, beliau telah mencadangkan kepada Anas |
supaya menggunakan kaedah tradisonal untuk memesan borang pendaftaran |
pertandingan itu setelah tidak berjaya mendaftar secara talian langsung. |
10. Aina juga mahir dalam penulisan sajak. Buktinya, dia telah mewarisi bakat ayahnya |
dalam menulis sajak dan Anas juga berpendapat seperti itu. |
11. Aina suka bergurau. Misalnya, dia suka mengusik dengan mengaitkan hubungan |
antara Anas dan Pauline. |
12. Aina seorang yang tegas. Buktinya, beliau tetap mengatakan bahawa menjadi satu |
kesalahan membeli CPU di pasar gelap. |
13. Aina pandai menjaga hati sahabat. Buktinya, beliau yang telah menyinggung hati |
Zuraini cuba memulihkan keadaan dengan mengajak Zuraini menyertai pasukannya |
untuk bertanding dalam pertandingan Avatari. |
No comments:
Post a Comment