Watak Utama (Anas) |
1. Anas berumur 17 tahun merupakan anak kepada pasangan Maizan dan Profesor Fitri. |
Beliau juga merupakan abang kepada Aina. |
2. Anas mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan. Buktinya, ketika beliau diserang |
Samy di bilik persalinan, Anas berjaya menumpaskan Samy dengan ilmu |
persilatannya. |
3. Anas juga berbakat dalam sukan hoki. Buktinya, dia berjaya menjaringkan gol |
tunggal untuk pasukan hokinya. |
4. Anas seorang yang mudah kecewa. Walaupun dia berjaya menjaringkan gol tunggal |
untuk pasukan hokinya, dia masih kecewa kerana pasukannya tidak dapat |
menempatkan diri dalam perlawanan akhir. |
5. Anas berfikiran positif. Buktinya, beliau masih mempercayai bahawa ayahnya masih |
hidup. Beliau tidak percaya kepada gossip yang mengatakan ayahnya telah ditawan |
oleh makhluk asing. |
6. Anas juga seorang yang menurut perintah. Buktinya, Anas mengikut kehendak Aina |
semasa Aina meminta Anas berpindah ke halaman lain semasa melayari laman web |
Avatari. |
7. Anas seorang yang bertolak-ansur. Misalnya, beliau telah mendahulukan duitnya |
dahulu untuk membayar borang dan yuran pendaftaran pertandingan. |
8. Anas bangga akan wira Melayu. Buktinya, beliau telah memilih avatar Hang Tuah |
sebagai dirinya semasa berada dalam kamar bicara. |
9. Anas tegas. Buktinya, beliau tidak bersetuju dengan avatar Shogun T okugawa yang |
mengatakan bahawa Negara ASEAN diper intah secara kuku besi. Lalu, beliau telah |
meminta bukti daripada avatar tersebut untuk kenyataannya itu. |
10. Anas seorang yang suka ber debat dan menyuarakan pendapatnya. Buktinya, beliau |
menghabiskan masa dalam kamar bicara untuk berkongsi idea dan berbalas hujah |
dengan pengguna(avatar) yang lain. |
11. Anas seorang abang yang baik. Misalnya, beliau telah memimpin adiknya masuk ke |
bilik tidur setelah dapati adiknya telah tertidur di kerusi. |
12. Anas seorang yang sensitif. Beliau amat terasa dengan gurauan ayahnya dan Pak Cik |
Ho yang ingin beliau dan Pauline bertunang. Akibatnya, persahabatan beliau dan |
Pauline telah renggang. |
13. Anas seorang yang tidak mementingkan diri sendiri. Buktinya, beliau sanggup |
mengenepikan prinsip setia kawan dalam kumpulan untuk tidak berkawan dengan |
perempuan. Demi menyertai Avatari dan memenuhi impian adiknya, beliau telah |
meminta pertolongan Pak Cik Ho padahal beliau amat bimbang rakan-rakannya itu |
mengatakan dia lemah kerana berkawan dengan Pauline yang merupakan anak kepada |
pak Cik Ho. |
14. Anas seorang yang sabar. Walaupun beliau tersinggung dengan kata-kata Kumar yang |
memperlekehkan Adeen, tetapi beliau hanya membiarkan kata-kata Kumar itu untuk |
mengelakkan pergaduhan. |
15. Anas mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Buktinya, beliau telah membuang |
lebihan makanan dan sampah di dalam dulang ke dalam tong yang disediakan. |
16. Anas mudah naik hangin. Buktinya, beliau mudah marah dengan gurauan Aina yang |
mengaitkannya dengan Pauline. |
17. Anas seorang yang mempertahankan Islam. Buktinya, walaupun berada dalam ruang |
siber, beliau tetap mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW. |
18. Anas berani. Buktinya, beliau telah memasukkan bicu ke dalam soket masa yang |
mengakibatkan beliau terpelanting ke sisi akibat oleh daya cas elektrik daripada |
perisai mesin masa. |
19. Anas matang dan mempunyai ketajaman fikiran. Buktinya, beliau telah berjaya |
memimpin pasukannya untuk menyelesaikan masalah pada peringkat akhir yang |
memberi peluang untuk memenangi piala Avatari. |
No comments:
Post a Comment