WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL
ISTANA MENANTI
Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil.Watak sampingan terdiri
daripada Ah Seng,Ramasamy,Tuk Ngah,Khairil Anuar,Dolah,Sarjan Mokhtar,Encik
Leong,Pak Senik,Encik Karim dan Encik Shanti.
Fadhil
Fadhil merupakan anak kepada
Encik Karim dan Mak Joyah.Dia berusia 15 tahun.Dia suka akan subjek sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli
sejarah.Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh.Dia berfikir panjang dalam
membuat sebarang sebarang keputusan.Dia bijak merancang dengan menyenaraikan
barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk.Fadhil juga seorang yang menghormati
orang tua.Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke
Gunung Datuk.
Ah Seng
Ah Seng ialah kawan baik
Fadhil.Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan Puan Lily.Dia mempunyai minat dan cita-cita
yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang
mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan
burung bertempiaran lari.Suka makan,dia tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika
semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam
bilik,dia tetap berselera untuk makan.
Ramasamy
Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng.Dia sebaya dengan Fadhil
dan Ah Seng serta mempunyai minat yang
sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.Dia merupakan anak Encik Shanti dan Puan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika
menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng,Ramasamy dan kawan-kawannya terserempak dengan beberapa
orang lelaki.Dia mahu melawan orang-orang jahat itu tetapi dihalang oleh Khairil Anuar.
Tuk Ngah
Tuk Ngah ialah warga tua di
Kampung Ulu Seperi,Rembau.Usianya hampir 80 tahun.Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang
cerita sejarah setempat dan sejarah negara.Beliau banyak pengalaman.Beliau pernah melalui zaman
kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman darurat sebagai akibat pemberontakkan
pengganas Komunis.Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan bertenaga.Buktinya,beliau masih larat mendaki
Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan
Ramasamy.
Khairil Anuar
Dia seorang penuntut di
Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun.Tubuhnya
gempal.Berani.Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata
untuk mengkaji sejarah lama itu.Dia
tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang
kelaparan,terserempak dengan ular sawa
dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar
dari terowong.Khairil Anuar bercita-cita
hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.Dia prihatin,bertanggungjawab dan mengambil
berat.Meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy,dia amat mengambil berat kan
keselamatan mereka.
Dolah
Dia lelaki tua yang berusia
dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil.Dia pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang
pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketau pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM).Dolah
pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah
air 40 tahun kemudian selepas memperoleh
pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment