ESEI BAHASA MELAYU TINGKATAN 6
Punca-Punca
Pemanasan Global
Kita sering melihat kesan pencemaran
alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini sudah berubah jika
dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udaranya lebih nyaman serta keadaan
cuaca yang tidak terlalu panas. Perkara ini membolehkan manusia menjalani
kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun, keadaan bumi pada masa kini yang
terlalu panas telah memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia dan juga
alam sekitar. Hal ini diibaratkan seperti manusia hidup di dalam balang kaca
yang panas. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya tahu punca-punca yang
menyebabkan pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk
menaganinya.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan
pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh aktiviti manusia yang
tidak terkawal di dunia ini. Hal ini demikian kerana, perkara yang sering kita
lihat yang melibatkan aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian
pindah. Mereka membakar kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk
dijadikan sebagai baja organik dan mereka membuka pula pertanian baharu di
kawasan lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu,
secara tidak langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap
di udara dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.
Selain itu, faktor lain yang menyebabkan
berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas yang berbahaya secara
tidak terkawal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat
telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan
jumlah 60005 tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan
penyebab utama pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api
fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu. Oleh hal yang
demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar
melakukan anjakan paradigma dan menyembuhkan luka yang dialami oleh bumi ini.
Masyarakat juga harus mengatasi masalah ini sebelum ‘nasi menjadi bubur’.
Di samping itu, kegiatan
perindustrian turut menjadi faktor pemanasan global berlaku. Hal ini demikian
kerana, kegiatan perindustrian yang pesat membangun akan menghasilkan gas-gas
berbahaya seperti karbon monoksida. Para saintis di Amerika Syarikat telah
membuat ramalan bahawa peningkatan suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah
celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, masyarakat janganlah mengamalkan
peribahasa “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Oleh hal
yang demikian, mereka seharusnya mencegah perkara-perkara negatif sebelum
berlaku selaras dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.
Pembakaran terbuka juga menjadi punca
berlakunya pemanasan global di muka bumi kita ini. Banyak pembakaran terbuka
yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada
kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di
udara dan seterusnya memerangkap haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan
seharusnya memperketat undang-undang agar mereka tidak berani membuat sebarang
kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu, masalah jerebu yang
sering melanda dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita ini
menjadi lebih melarat lagi.
Namun
begitu, masih terdapat faktor lain yang menjadi penyebab kepada pemanasan
global seperti pembinaan bangunan pencakar langit. Di bandar besar seperti
Kuala Lumpur, bangunan-bangunan tinggi yang tersergam indah itu juga sebenarnya
memberikan impak negatif kepada muka bumi kita ini. Hal ini demikian kerana,
pantulan daripada matahari yang menembusi cermin bangunan boleh menyebabkan
haba terperap di kawasan atmosfera. Dengan cara ini, masyarakat seharusnya
janganlah mengambil mudah seperti melepaskan batuk di tangga, dengan mengejar
segala arus pembangunan tetapi menyebabkan kesan negatif kepada hidupan lain.
Maka, jelaslah bahawa ketidakseimbangan manusia mengeksploitasi khazanah bumi
merupakan faktor berlakunya pemanasan global.
Kesimpulannya, kemanusiaan yang semakin
menipis, iaitu senipis kulit bawang ini merupakan faktor tercetusnya pemanasan
global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, setiap individu dan insan di
dunia ini perlu memupuk semangat cinta akan alam sekitar agar bumi yang sedang
sakit ini dapat dipulihkan semula. Diharapkan agar fenomena pemanasan global
yang sedang melanda dunia sekarang ini akan berakhir dengan segera agar
keselamatan dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan berkekalan. Pihak
kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap masalah global yang semakin bernanah
ini malah perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar masyarakat
lebih prihatin dengan nasib bumi ini. Oleh itu, Mahatma Gandhi pernah berkata,
“kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita
meminjamnya daripada anak cucu kita”.
No comments:
Post a Comment