Jenis Penanda Wacana
Terdapat 5 jenis penanda wacana iaitu:
1. Penanda penghubung
2. Penanda rujukan
3. Penanda Penggantian
4. Penanda leksikal
5. Penanda elipsis atau pengguguran
Penanda Penghubung
- Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang
laindalam wacana.
- Tebahagi kepada 4 jenis iaitu
a. Penghubung tambahan (maklumat tambahan)
- Contoh: dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih - lebih lagi,
di samping itu, selanjutnya, pada masa yang sama, umpamanya, juga, dengan
perkataan lain, tegasnya, selain itu, apalagi, atau, dan ertinya
b. Penanda Tentangan (pertentangan
maklumat)
- Contoh: tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walaupun,
walau bagaimanapun, walaupun begitu, cuma, biarpun begitu, memang, sebenarnya dan namun
demikian
c. Penghubung Musabab (sebab berlakunya sesuatu)
- Contoh: kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal demikian, dengan
itu, maka itu, dengan demikian, kerana itu, seperti yang diterangkan dansehubungan
dengan itu
d. Penghubung Tempoh/Waktu (urutan masa, siri berlakunya sesuatu)
- Contoh: pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas
itu, maka, akhirnya, sekarang pun, yang kedua, sehingga hari ini,
kesimpulannya, ketika ini dan pendeknya
Penanda Rujukan
- Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau prasa yang
lain dalam wacana yang sama.
- Melibatkan penggunaankata ganti nama bagi merujuk perkataan dan
frasa yang lain.
- Terdiri daripada kata ganti nama diri orang (pertama, kedua dan ketiga) dan
kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sini dan situ).
- Contoh: Fatin bekerja di Warung Pak Ali. Dia sudah
bekerja di situselama setahun.
Penanda Leksikal (pengulangan)
- Melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan
kata.
- Melibatkan kohensi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui
pengulangan kata.
- Unsur pengulangan perkataan terdiri daripada
Perkataan yang sama makna(sinonim) - contoh: jelita dengan cantik
Perkataan yang mempuyai makna umum dan khusus (hiponim) - contoh: Ayam dan kucing
(binatang)
Perkataan yang berlawanan (antonim) - cantik dengan hodoh
Perkataan yang kehadirannya saling berkaitan (kolokasi)
Penanda Elipsis/Pengguguran
- Melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat
sebelumnya.
- Pengguguran perkataan atau frasa mengaitkan maklumat yang telah diketahui
oleh pembaca.
- Contoh: Semua peserta kursus telah masuk ke dalam dewan, Demikian juga dengan
kami.
Penanda Penggantian
- Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana
yang sama.
- Terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa.
- Contoh: Pada pendapat saya, tindakan remaja lelaki itu
salah,pendirian ini adalah muktamad.
No comments:
Post a Comment