1. Cara
sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak
dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2. Kehalusan
budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan
bahasa.
3. Dalam
kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang
tersendiri.
4. Sistem
sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan
ganti nama.
5. Kesantunan
berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti
nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan.
6. Bahasa
halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan
adab tata tertib.''
7. Kesantunan
berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya
ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku,
berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
8. Kata dan
ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan
ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban
hubungan.
No comments:
Post a Comment