Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan.
Menyedari hakikiat ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian
Pendidikan Malaysia pada waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah
mempelajari kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu
dengan nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas
bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun
2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
diajarkan Komsas.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas.
Antara objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat:
· melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan,
perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan
berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
· menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara
lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar
harus faham dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan
pihak lain. Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa
mereka berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti
kebahasaan seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Menengah. Sebagai contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti
yang menjurus kepada kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:
1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan
sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang
relevan dengan topik.
1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan
memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau
panggilan yang sesuai bagi seseorang.
No comments:
Post a Comment