PLOT
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap
mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan
Plot
dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram berkenalan di dalam
kapal terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu lagi dalam sebuah
kovensyen berkaitan pengisian komputer
Perkembangan
Aqram
menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat letaknya sistem
Dinara dengan tujuan membantu menggodam virus demi menyelamatkan Dinara.
Konflik
Konflik
berlaku antara Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl mengekspolasi
fikirannya dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan ujikajinya.
Klimaks
Di sini
rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang
telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di
Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara.
Peleraian
Karl
akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri Shida.
Buktinya dalam percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan
berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
TEKNIK PLOT
1.
Pemerian
Contohnya :
Farisha berjalan
susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas
Lapangan Terbang SenaI
Pengumuman tentang
penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur sedang berkumandang
1.
Suspens
Contohnya ;
“ Pergi! Kau tak sayang
aku. Kau cuba bunuh aku dulu. Ini semua muslihat. Pasti kau akan bunuh aku kali
ini!”
“ Karl yang siksa aku
sehingga aku cacat. Kemudian dia jadikan aku Alia. Nama sebenarku Rosmina”.
No comments:
Post a Comment