LATAR
Latar
Masa
1.
Subuh- Selepas
subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port
Dickson untuk upacara itu.
2. Pagi – Ketika jam sudah
menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih belum kelihatan.
3. Pagi –Farisha sempat menaiki
train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke Stesen Bukit Nanas pukul
8.50 pagi.
4. Hari – “Mekanik kata petang Ahad
atau malam Isnin boleh siap,” jawab Rosman.
5. Malam –Atas desakan Rosman,
Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai
sesi bengkel yang ketiga.
6. Petang –“Pukul 4.30 petang mungkin
boleh. Saya bercadang hendak melihat keadaan Farisha sekitar pukul 6.00 petang
nanti,” Shida memberikan cadangan.
Latar
tempat
1.
Di Lapangan Terbang Senai.
Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit
lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang
memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.
2. Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut
pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.
3. Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga
menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.
4. Rumah Karl- “Kita akan berbincang di
rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….
5.
Puchong –“Kita
boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.
6. Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…
7.
Hospital – Mereka
berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…
8. Port Dickson – Selepas subuh pada hari
Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk
upacara itu.
9. Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan
pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-lahan…
10. Berhampiran Kawasan Nilai – Mata
abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-kenderaan yang bertali
arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan
sedikit kereta
Latar
Masyarakat
1.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan
teknologi maklumat yang sangat meluas.
2. Masyarakat
bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas dengan teknologi
maklumat.
3. Masyarakat
yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.
4. Masyarakat
yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi masing-masing berkaitan
dengan teknologi maya.
5.
Orang Inggeris yang berada dalam masyarakat Melayu dan cuba
menggunakan orang-orang tempatan sebagai bahan ujikaji.
No comments:
Post a Comment