Bab 10 Pengakuan
Munir dipanggil ke bilik kerjaya.
Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru kaunseling dan guru kerjaya sekolah
telah meminta Munir memberikan penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu
pelajar lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di
kedai koperasi. Munir tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir
mengaku tidak akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan
sedar akan kesalahannya.
11. Melepaskan Dendam
Pada petang itu, Munir, Leong dan
Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi jalan yang menuju ke arah
rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali,
mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah.
Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi
menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin
melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat
demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.
12. Kasih Seorang Ibu
Ketika Razali sampai di rumah,
Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya. Razali pun menyatakan
perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah
pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali
sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak
Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali
membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah
tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya.
Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak
mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.
13. Dendam Membawa Padah
Keesokan hari, Munir, Leong dan
Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat aduan bahawa mereka dituduh
memikul Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan
untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua.
14. Berita Gembira
Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa
Razali telah dipilih untuk menyertai kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli
lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain telah memberikan ucapan tahniah
kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan
dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki
bas ke Petaling Jaya.
15 . Budi Baik Dikenang juga.
Razali bersama-sama dengan
peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab
Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan
bahawa generasi muda harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi
pemimpin koperasi yang berjaya di negara kiga. Selepas kursus, para peserta
dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan
tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat terhutang budi kepada
Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk menghadiri
kursus tersebut.
16. Kesan Kunjungan
Setelah seminggu kemudian, Razali
balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah
memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus
itu. Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai
pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya
yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan
memberikan cadangan supaya mereka masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli
lembaga pengarah bersetuju atas cadangan itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua
ahli lembaga pengarah berusaha dan menunjukkan semangat untuk memajukan
koperasi mereka pada tahun itu.
17. Semakin Jauh Terbang Burung
Untuk membuat persediaan tentang
pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek
mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi.
Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk
mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di
padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua,
Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja
setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya
anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali
kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin
membuat sesuatu terhadap Razali lagi.
18. Malang Tidak Diduga
Pada malam itu , ada lembaga
hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila
Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya
terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang
sebanyak RM200 juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu
Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu
kepada pengetua dan pihak polis.
19. Misteri Kedai Koperasi
Dua orang anggota polis telah
datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu
kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali
dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli
telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli
lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir,
Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes
itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan
pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap
pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka
untuk masuk pertandingan.
20 Tindakan Ayah Tiri
Ketika Pak Zakaria hendak pulang
ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung motosikal ke arahnya. Mereka
memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai
koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan
peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di
beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak
menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan membela
Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali
dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak
Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.
21. hidup yang Dirundung Malang
Razali berlegar-legar di tengah
sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas
nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang
fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali.
Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak
Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah
tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu membangkit
peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia
tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.
22. Misteri Berakhir
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai
koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan danMarzuki bahawa kedai koperasi
dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan
mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu.
Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi
itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama
dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang
terdapat huruf ‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli
sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin, Munir
mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana
tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil
keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan
guru-guru disiplin untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.
23. Hukuman
Mengikut keputusan mesyuarat guru
disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3
kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran
dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan
kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri
dan digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke depan,
tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali
mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali
berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua
pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.
24. Memasuki Dunia Baharu
Ketika selesai menunaikan solat,
Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak
Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga
menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah
insaf akan kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali
supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali
tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi
Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah
mendapat seorang sahabat baharu.
25. Harapan Berbunga Indah
Pada suatu hari, tiga orang hakim
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGSAKA datang untuk menghakimi
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti
barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian
mereka juga meninjau projek ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang
disediakan oleh koperasi sekolah itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris dalam perhimpunan. Pengarah
Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu
bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput
untuk berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan
dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih
untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk
tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli lembaga
pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak
Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua dan dapat mengesan lelaki
itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia
dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya,
termasuk pengarah.
26. Terbuka Rahsia
Encik Ramli mula membuka rahsia
antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal
bersama dengan abangnya seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak
Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai
dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera
di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai
isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria telah
membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik ke Melaka
dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini, Pak
Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa
dia tidak mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali
akan meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke
pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang dicarinya selama ini ialah
ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah
tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut
kerana Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu.
Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa
sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak dengan
ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu
dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa
dengan riang.
No comments:
Post a Comment