LATIHAN INTENSIF BERFOKUS
Selama ini kita lebih banyak memberikan perhatian
kepada masalah pencemaran air dan udara berbanding dengan masalah pencemaran
bunyi, walhal pencemaran bunyi juga boleh membawa kesan negatif kepada kita.
Berikan pendapat anda tentang punca dan kesan pencemaran bunyi yang juga
dianggap berbahaya itu.
Kita
mengakui hakikat bahawa pencemaran bunyi di negara kita selama ini belum begitu
diberikan perhatian oleh pihak berkuasa dan orang ramai berbanding dengan
masalah pencemaran air dan udara. Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini isu
pencemaran bunyi sudah menjadi isu vang sering diperkatakan orang disebabkan
kesannva ke alas kesihatan sudah mula terasa. Masalah ini semakin terasa,
terutamanva apabila banvak lebuh rava dibina berhampiran kawasan perumahan di
bandar besar, seperti Lebuhraya Damansara-Puchong. Pencemaran bunvi merupakan
salah satu jenis pencemaran vang timbul selaras dengan perkembangan
infrastruktur dan ekonomi negara. Jika tidak diberikan perhatian yang serius,
pencemaran ini akan menimbulkan banvak masalah kepada orang ramai.
Punca utama yang menimbulkan
pencemaran bunyi ialah pertambahan jumlah kenderaan, terutamanva di jalan rava.
Masalah kesesakan lalu lintasyang
timbul menyebabkan kebisingan, iaitu daripada hon kereta dan bunyi enjin kenderaan
berat, terutamanya yang telah usang dan berenjin diesel. Begitu juga keadaannya
dengan alat pengangkutan awam, seperti bas dan teksi yang terdiri daripada
kenderaan lama yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi atau yang fungsinya
tidak efisien lagi. Keadaan akan menjadi bcrtambah buruk apabila ada pemilik
kenderaan mengubahsuaikan ekzos kenderaan mereka dengan tujuan untuk
menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan bising.
Kerja di tapak pembinaan dan proses pengeluaran di kilang
juga merupakan faktor yang menyebabkan pencemaran bunyi. Negara kita mengalami
proses pembangunan pada tahap optimum dan dengan itu mengalami ledakan dalam
bidang perindustrian dan pembinaan. Proses pembinaan bangunan baharu,
infrastruktur, dan kerja pembinaan jalan raya melibatkan penggunaan jentera dan mesin
yang mengeluarkan bunvi yang kuat. Selain itu, pengubahsuaian struktur lanah,
seperti pemotongan lereng bukit untuk membuka kawasan perumahan baharu dan jalan raya yang menggunakan jentera berat,
seperti mesin penggerudi pula mengeluarkan bunvi bising. Kilang juga
menggunakan mesin pemprosesan yang besar dan jentera pendingin vang lazimnya
mengeluarkan bunvi yang kuat, kesan daripada penggunaan tenaga yang amat
tinggi. Kesemuanya ini mewujudkan masalah pencemaran bunyi.
Perkembangan dunia hiburan dan
teknologinya juga menjadi antara punca wujudnya pencemaran bunyi. Pada masa
ini, banyak peralatan hi-fi telah dicipta dan untuk menimbulkan keseronokan
yang optimum, peralatan tersebut dibunyikan dengan volum yang tinggi. Di kota
besar, kemunculan pusal hiburan yang menggunakan teknologi yang canggih
menyebabkan peningkatan tahap bunyi di kawasan berhampiran. Pusat hiburan,
seperti disko dan aktiviti hiburan, seperti konsert, lazimnya menggunakan peralatan
muzik yang mengeluarkan bunyi yang melebihi had pendengaran manusia, iaitu 80
desibel. Sesetengah individu pula amat gemar membunyikan peralatan hi-fi pada
volum vang tinggi sehingga larut malam. Mereka yang tinggal berdekatan akan
mengalami gangguan daripada keadaan tersebut.
Kesan pencemaran bunvi vang ketara
ialah gangguan pada organ pendengaran manusia. Manusia mempunyai kebolehan
mendengar bunyi tidak melebihi 80 desibel. Pendedahan kepada bunyi yang
melebihi had ini secara berpanjangan akan menyebabkan gangguan pada gegendang
telinga dan akibatnya seseorang itu boleh menjadi pekak. Organ pendengaran
manusia begitu lembut dan sensitif dan sekiranya terdedah begitu lama kepada
bunyi yang terlalu kuat akan menjejaskan fungsinya, sama ada secara kekal atau
sementara. Kajian yang dilakukan terhadap pekerja kilang yang sering terdedah
kepada bunyi jentera yang kuat selama beberapa tahun menunjukkan tahap
pendengaran mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja yang tidak terdedah
kepada keadaan demikian.
Pencemaran bunyi juga menyebabkan
gangguan psikologi dan tekanan emosi kepada seseorang. Pendedahan kepada
kebisingan yang melampau boleh menjejaskan keupayaan berfikir seseorang.
Seterusnya, bunyi yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan seseorang bertindak
seeara agresif dan di luar kawalannya. Tekanan boleh menjadi kesan kekal
sekiranya pendedahan kepada bunyi yang kuat tidak dikurangkan. Di sebalik itu,
bunyi yang bising juga boleh mengganggu tumpuan seseorang terhadap pekerjaan
yang dilakukannya. Seseorang pelajar di sebuah sekolah yang terbina
bersebelahan dengan jalan raya yang sibuk misalnya, tidak akan dapat mengikuti
pelajaran dengan tenteram. Hal yang sama juga berlaku apabila seseorang pekerja
pejabat tidak dapat melakukan kerja dengan efisien ketika pejabatnva diubah
suai. Dengan perkataan lain, kebisingan boleh menyebabkan kemerosotan prestasi
seseorang dan ini tentunya amat merugikan.
Kesimpulannya, apa-apa juga
pencemaran, sama ada pencemaran air, udara ataupun pencemaran bunyi boleh menyebabkan
kesan negatif kepada kesihatan manusia, seterusnya menjejaskan kelancaran
aktiviti seharian mereka. Dengan itu, langkah sewajarnya perlu diambil oleh
pihak berkenaan untuk memastikan masyarakat yang dinamik dapat diwujudkan. Ini
tidaklah bermakna kita hams menolak pembangunan dan mengelak daripada
menggunakan ciptaan sains dan teknologi yang menjadi penyebab kepada masalah
itu. Yang harus kita lakukan ialah mencari jalan penyelesaian untuk
mengatasinya secara sistematik dan saintifik.
No comments:
Post a Comment