Pengenalan
Kepada Pencemaran Air
Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberikesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantaidan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja.
Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberikesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantaidan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja.
Punca
Pencemaran Air
1. Bahan
Pencemar dari Kilang
·
Punca
utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari
kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut.
·
Masalah
timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang
sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
2. Pembaungan Sampah
·
Punca
utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik
yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang
sewenang-wenangnya ke dalam sungai.
·
Bahan
kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen
yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang
menggugat kehidupan akuatik.
3. Pertanian
·
Pertanian
juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil
pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam
sungai-sungai.
·
Hampas-hampas
organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai.
·
Selain
itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak
mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air
dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
5. Industri Perlombongan
·
Can gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada
gejala ini.
·
Apabila
minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air
tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan
haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
6. Bahan Radioaktif dan Ujian Nuklear
·
Bahan-bahan
buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang
kepada pencemaran air.
·
Banyak
bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital
yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai
dan laut.
·
Stesen-stesen
nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air
laut.
No comments:
Post a Comment