Add caption |
SOSIOLINGUISTIK MELAYU
Monday, June 29, 2020
SAJAK CORONA VIRUS DALAM BAHASA IBAN
CORONA
PULAI MEH..
digaga
Cikgu Sidi
Corona
pulai meh
Nuan
udah raun ambis dunya
Aku
nemu nuan udah lelak
Sekayu
dunya udah nemu sapa nuan
Sekayu
dunya udah nemu aki inek nuan
Pulai
meh..
Cukup
mayuh lalau nyadika tenggau
Pemeresi
rampa menua patut dikemberanka
Chukup
manah enti kitai enda betegu pangan diri
Ia
ke indu ia ke laki jaga meh pengingin ati
Amat
beguna enti kitai diau aja ba rumah
Begulai
begagai enggau diri sebilik
Kami
nemu
Kami
chukup sibuk ngiga reta ngiga pengeraja
Sampaika
kami enda ingat bisi ruang bilik
Ti
semampai nganti penatai pemulai kami
Terima
kasih Corona
Laban
udah ngajar kami reti pengidup
Terima
kasih
Laban
nguatka pengarap kami ngagai Tuhan siko aja
Terima
kasih Corona
Enda
lama da agi gawai deka datai
Kami
minta kasih, kami minta tulung nuan
Corona
pulai meh anang datai agi
Kami
ka idup enggau lantang senang
Kami
ka begempuru enggau diri sebilik
Enggau
kaban belayan
Kami
ka betabi enggau panggan diri
Kami
ka baka suba, baka kelia, baka munya
Kami ka dunya penuh enggau pemetang tu berubah
Kami
badu nyalahka pangan diri
Kami
berubah awakka nyadi anak mensia ti besaup, beserakup
Kami
ka idup gaga, idup gerai, idup nyamai
Corona
pulai meh
Ngarapka
Tuhan
Ngangauka
nuan
Ngambi
nuan pulai
Pulai
meh Corona.
Digaga:
Cikgu
Sidi
SMK
Bandar Bintulu
Monday, April 8, 2019
APA ITU MORFOLOGI: BAHASA MELAYU STPM
Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan
bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang
sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan
rakan –rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa
dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk
bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah
Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku
Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik
yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap
unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan
bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit
bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin
Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ),
1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu
morfologi satu cabang daripada ilmu
linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat
daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan
fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan
bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem
itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim
Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady
& Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000
:121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan
rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah
merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard
Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan
Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah
konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen –
konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.
APAKAH ITU SINTAKSIS : BAHASA MELAYU STPM
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji
rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta
hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai
sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang
telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam
sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan”
dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”. Oleh yang demikian,
secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata
secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
AYAT DASAR, AYAT TUNGGAL, AYAT TERBITAN : BM STPM
PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR
Sejauh manakah ayat dasar boleh terbit dengan hanya satu
perkataan untuk subjek dan satu perkataan untuk predikat?
Isu ini jarang sekali dikemukan,tetapi jika ditanya benar
atau tidak ayat dasar boleh bersifat sedemikian. Bagi saya, jawapannya ialah
"Ya". Sebelum menerangkan mengapa saya mengatakan ya,terlebih dahulu,
cuba faham konsep ayat dasar serta bentuk dan sifat frasa - frasa yang
membentuk ayat dasar iaitu merujuk kepada pola -pola utama dalam ayat dasar.
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
membentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis
ayat dasar daripada segi binaan dan susunannya, serta sepi panjang pendeknya
dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai pola yang tersendiri.
Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat
dasar boleh terdiri hanya daripada satu perkataan untuk subjek dan predikat
kecuali untuk binaan pola FN + FSN.
Bukti 1 : FN + FN
Subjek + Predikat
Arisa guru.
Perhatikan ayat di atas, dan cuba analisis dari aspek binaan
subjek dan predikat serta daripada aspek makna ayat tersebut.
Frasa Arisa yang menjadi konstituen subjek merupakan frasa
nama. Manakala frasa guru juga merupakan frasa nama.
Daripada aspek semantik, ayat tersebut mempunyai makna dan
lengkap.
Bukti 2 : FN + FK
Subjek + Predikat
Ayah tidur.
Subjek ayat adalah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja
tak transitif yang tak berpelengkap.
Ayat ini lengkap daripada aspek makna.
Ayat ini boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan
pada binaan predikat iaitu frasa kerja. Ini kerana frasa kerja tidur merupakan
kata kerja tak transitif tak berpelengkap yang boleh menerima unsur keterangan.
Secara ringkasnya, jika unsur frasa kerja adalah frasa kerja
transitif, maka akan wujud dalam dua bentuk, iaitu dengan dua objek atau satu
objek. Keadaan ini berlaku kerana frasa kerja transitif mengandungi objek dan
tidak boleh berdiri sendiri, malah daripada aspek makna adalah tidak lengkap.
Bukti 3 : FN + FA
Subjek + Predikat
Adik nakal.
Bagi ayat di atas, ternyata pola ini subjek dan predikatnya
boleh terdiri daripada satu perkataan.
Binaan ini boleh diperluaskan dengan frasa adjektif yang
menerima unsur keterengan,penguat dan kata bantu.
Bukti 4 : FN + FSN
Subjek + Predikat
Dia ke kampung.
Bagi pola di atas, subjeknya boleh terdiri daripada hanya
satu perkataan, tetapi predikatnya tidak.
Ini berlaku kerana binaan frasa sendi nama itu sendiri yang
terbina dengan kata sendi dan frasa nama.
Kata sendi juga tidak boleh membentuk frasa sendi nama tanpa
unsur frasa nama.
Oleh yang demikian unsur predikat yang terbina daripada
frasa sendi nama tidak boleh hanya satu perkataan .
Monday, April 1, 2019
JANA DUIT: CARA MENINGKATKAN TRAFIK BLOG DAN MENJANA PENDAPATAN NUFFNANG
Sudah pasti ramai yang ingin tahu Cara Tinggikan Trafik Blog
dan Earning Nuffnang. Selepas sudah sekian lama berblogging, kadang-kadang
rakan blogger lain beritahu seperti tiada hasil, tiada peningkatan atau masih
sama seperti biasa saja. Bagi KiD sendiri, adalah dengan mencari, mengkaji dan
mengamalkan tips atau kelakuan, pergerakan atau sebagainya terhadap
blogger-blogger yang sudah berjaya dan maju.
Aku ada buat kajian, dan masa yang aku publish kan entry
adalah time iklan nuffnang selalu keluar. So, korang kena alert dan buat kajian
laa sikit yea. Mungkin ia berubah-ubah mengikut keadaan dari advertiser
tersebut. Korang juga kena tahu siapa pembaca setia anda, di mana mereka dan
pukul berapa mereka selalu online. Contohnya kalau korang post entry pada jam 3
pagi atau time orang balik kerja, potensi ramai tak nak baca entry post tu?
So, KiD biasa bukak lima (5) tab untuk entry post, FB,
Twitter, ping, dan sambil tu blogwalking blog lain. So, memang berbaloi kalau
guna UNIFI kan? Apa lagi, kalau coverage dah masuk, pasang je UNIFI. Hangpa nak
pakai P1 pun ikut lah. Tapi, aku tetap dengan UNIFI buat masa ni. TM, Merintis
Kemungkinan.. =)
Orait, dah ada tips-tips yang kid bagi di atas.Dari itulah
EARNING MAKSIMUM DARI NUFFNANG terhasil. Selamat Mencuba!!
Subscribe to:
Posts (Atom)