ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Monday, June 29, 2020

ESOK YANG BAHARU COVID 19

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK DALAM BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
Add caption

ESEI NORMA BAHARU PASCA WABAK COVID 19

PERTANDINGAN MENULIS ESEI
Add caption

SAJAK CORONA VIRUS DALAM BAHASA IBAN



CORONA PULAI MEH..
digaga Cikgu Sidi

Corona pulai meh
Nuan udah raun ambis dunya
Aku nemu nuan udah lelak
Sekayu dunya udah nemu sapa nuan
Sekayu dunya udah nemu aki inek nuan
Pulai meh..

Cukup mayuh lalau nyadika tenggau
Pemeresi rampa menua patut dikemberanka
Chukup manah enti kitai enda betegu pangan diri
Ia ke indu ia ke laki jaga meh pengingin ati
Amat beguna enti kitai diau aja ba rumah
Begulai begagai enggau diri sebilik

Kami nemu
Kami chukup sibuk ngiga reta ngiga pengeraja
Sampaika kami enda ingat bisi ruang bilik
Ti semampai nganti penatai pemulai kami

Terima kasih Corona
Laban udah ngajar kami reti pengidup
Terima kasih
Laban nguatka pengarap kami ngagai Tuhan siko aja
Terima kasih Corona

Enda lama da agi gawai deka datai
Kami minta kasih, kami minta tulung nuan
Corona pulai meh anang datai agi
Kami ka idup enggau lantang senang
Kami ka begempuru enggau diri sebilik
Enggau kaban belayan
Kami ka betabi enggau panggan diri
Kami ka baka suba, baka kelia, baka munya

Kami  ka dunya penuh enggau pemetang tu berubah
Kami badu nyalahka pangan diri
Kami berubah awakka nyadi anak mensia ti besaup, beserakup
Kami ka idup gaga, idup gerai, idup nyamai
Corona pulai meh
Ngarapka Tuhan
Ngangauka nuan
Ngambi nuan pulai
Pulai meh Corona.


Digaga:
Cikgu Sidi
SMK Bandar Bintulu




Monday, April 8, 2019

APA ITU MORFOLOGI: BAHASA MELAYU STPM


Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

            Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi  morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik  yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun  2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield  dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.


APAKAH ITU SINTAKSIS : BAHASA MELAYU STPM


Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.


AYAT DASAR, AYAT TUNGGAL, AYAT TERBITAN : BM STPM


PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR
Sejauh manakah ayat dasar boleh terbit dengan hanya satu perkataan untuk subjek dan satu perkataan untuk predikat?

Isu ini jarang sekali dikemukan,tetapi jika ditanya benar atau tidak ayat dasar boleh bersifat sedemikian. Bagi saya, jawapannya ialah "Ya". Sebelum menerangkan mengapa saya mengatakan ya,terlebih dahulu, cuba faham konsep ayat dasar serta bentuk dan sifat frasa - frasa yang membentuk ayat dasar iaitu merujuk kepada pola -pola utama dalam ayat dasar.

Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi membentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis ayat dasar daripada segi binaan dan susunannya, serta sepi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai pola yang tersendiri.

Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu

FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN

Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat dasar boleh terdiri hanya daripada satu perkataan untuk subjek dan predikat kecuali untuk binaan pola FN + FSN.

Bukti 1 : FN + FN

Subjek + Predikat
Arisa guru.

Perhatikan ayat di atas, dan cuba analisis dari aspek binaan subjek dan predikat serta daripada aspek makna ayat tersebut.
Frasa Arisa yang menjadi konstituen subjek merupakan frasa nama. Manakala frasa guru juga merupakan frasa nama.
Daripada aspek semantik, ayat tersebut mempunyai makna dan lengkap.

Bukti 2 : FN + FK

Subjek + Predikat
Ayah tidur.

Subjek ayat adalah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja tak transitif yang tak berpelengkap.
Ayat ini lengkap daripada aspek makna.
Ayat ini boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada binaan predikat iaitu frasa kerja. Ini kerana frasa kerja tidur merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap yang boleh menerima unsur keterangan.
Secara ringkasnya, jika unsur frasa kerja adalah frasa kerja transitif, maka akan wujud dalam dua bentuk, iaitu dengan dua objek atau satu objek. Keadaan ini berlaku kerana frasa kerja transitif mengandungi objek dan tidak boleh berdiri sendiri, malah daripada aspek makna adalah tidak lengkap.

Bukti 3 : FN + FA

Subjek + Predikat
Adik nakal.

Bagi ayat di atas, ternyata pola ini subjek dan predikatnya boleh terdiri daripada satu perkataan.
Binaan ini boleh diperluaskan dengan frasa adjektif yang menerima unsur keterengan,penguat dan kata bantu.

Bukti 4 : FN + FSN

Subjek + Predikat
Dia ke kampung.

Bagi pola di atas, subjeknya boleh terdiri daripada hanya satu perkataan, tetapi predikatnya tidak.
Ini berlaku kerana binaan frasa sendi nama itu sendiri yang terbina dengan kata sendi dan frasa nama.
Kata sendi juga tidak boleh membentuk frasa sendi nama tanpa unsur frasa nama.
Oleh yang demikian unsur predikat yang terbina daripada frasa sendi nama tidak boleh hanya satu perkataan .

Monday, April 1, 2019

JANA DUIT: CARA MENINGKATKAN TRAFIK BLOG DAN MENJANA PENDAPATAN NUFFNANG







Sudah pasti ramai yang ingin tahu Cara Tinggikan Trafik Blog dan Earning Nuffnang. Selepas sudah sekian lama berblogging, kadang-kadang rakan blogger lain beritahu seperti tiada hasil, tiada peningkatan atau masih sama seperti biasa saja. Bagi KiD sendiri, adalah dengan mencari, mengkaji dan mengamalkan tips atau kelakuan, pergerakan atau sebagainya terhadap blogger-blogger yang sudah berjaya dan maju.
Aku ada buat kajian, dan masa yang aku publish kan entry adalah time iklan nuffnang selalu keluar. So, korang kena alert dan buat kajian laa sikit yea. Mungkin ia berubah-ubah mengikut keadaan dari advertiser tersebut. Korang juga kena tahu siapa pembaca setia anda, di mana mereka dan pukul berapa mereka selalu online. Contohnya kalau korang post entry pada jam 3 pagi atau time orang balik kerja, potensi ramai tak nak baca entry post tu?
So, KiD biasa bukak lima (5) tab untuk entry post, FB, Twitter, ping, dan sambil tu blogwalking blog lain. So, memang berbaloi kalau guna UNIFI kan? Apa lagi, kalau coverage dah masuk, pasang je UNIFI. Hangpa nak pakai P1 pun ikut lah. Tapi, aku tetap dengan UNIFI buat masa ni. TM, Merintis Kemungkinan.. =)

Orait, dah ada tips-tips yang kid bagi di atas.Dari itulah EARNING MAKSIMUM DARI NUFFNANG terhasil. Selamat Mencuba!!