ISU-ISU TERKINI

Monday, February 28, 2011

PENGARUH MEDIA MASSA

Dalam pembentangan tadi, terdapat satu kumpulan yang menggunakan kesalahan ejaan. Mereka sengaja melakukan kesalahan tersebut kerana ingin mewujudkan video klasik. Mereka menggunakan perkataan “TAMMAT”

Komen:
Dewasa ini, media memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat hari ini tidak kira tua ataupun muda. Hal ini kerana masyarakat lebih suka kepada media seperti video, movie, dan sebagainya. Penggunaan kesengajaan kesalahan ejaan dalam pembentangan berbentuk media adalah tidak salah dan tidak digalakkan. Hal ini kerana ia dapat mempengaruhi masyarakat yang menontonnya. Kita takut masyarakat keliru dengan ejaan yang sebetulnya. Ejaan “tammat” adalah salah. Ejaan sepetutnya adalah “tamat.

Friday, February 25, 2011

KETERAMPILAN BERKOMUNIKASI

Pada waktu petang, kira-kira pukul 4.30 p.m, saya pergi ke pekan Tanjong Malim untuk memotong rambut. Tukang gunting dalam salon tersebut ialah lelaki berbangsa cina. Umurnya kira-kira 50-an. Tukang gunting tersebut kurang mahir berbahasa Melayu. Hal ini kemungkinan dia dahulu tidak bersekolah di sekolah Melayu. Apabila saya bercakap dengannya, ada sesetangah perkataan melayu tidak difahaminya. Apabila dia tidak faham perkara yang saya ujarkan, saya terus menukar ayat yang saya gunakan kepada ayat yang difahamnya.

Komen:
Dalam kehidupan seharian, bahasa memainkan peranan penting untuk berkomunikasi dengan orang lain. Perkara yang harus diambil perhatian adalah kita haruslah pandai menyesuaikan bahasa yang kita gunakan agar orang yang mendengarnya memahami perkara yang kita perkatakan. Laras bahasa yang kita gunakan sangat penting untuk mewujudkan berkomunikasi dua hala secara mesra.

Thursday, February 24, 2011

BAHASA HALUS

Dalam kelas tadi, saya dapati ada seorang pelajar yang menggunakan bahasa basahan. Dia menyebut perkataan “berak”. Perkataan tersebut merupakan perkataan basahan. Semasa di dalam kelas, bahasa basahan tidak sesuai digunakan kerana kurang sopan. Bahasa yang sesuai ialah bahasa halus.

Komen:
Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam pertuturan serta surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Perkataan “berak” harus ditukar kepada perkataan “buang air besar”. 

Wednesday, February 23, 2011

BAHASA PASAR


Pagi tadi saya terserempak dengan kawan saya bernama Lee . Dia menegur saya. Dia berkata “banyak hensem ari ni”. Saya hanya tersenyum lalu berkata “lu pun sama ma”.

Komen:
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu. Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Bahasa pasar tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM. Dalam situasi di atas, Lee menggunakan “banyak” sebagai kata penguat, iaitu banyak hensem. Konteks yang gramatis ialah “sangat kacak”

Tuesday, February 22, 2011

PERKATAAN “AKU” DAN “SAYA” - NILAI SOSIAL

Pada hari ini, saya berjumpa dengan seorang pensyarah untuk berbincang tentang tugasan. Perkara yang saya hendak konsikan di sini adalah saya terkeluar atau terguna perkataan “aku” semasa asyik bercakap dengan pensyarah. Pada mulanya, saya dapat mengawal diri, tetapi setelah berbual mesra akhirnya saya menggunakan perkataan “aku”. Saya terikut-ikut dengan bahasa yang saya gunakan di Sarawak. Di Sarawak, jika bercakap dengan orang tua, saya menggunakan perkataan “aku”. Perkataan itu tidak member maksud negative atau tidak menghormati orang lain. Tetapi di Semananjung Malaysia ini, penggunaan perkataan “aku” diganggap kurang sopan.

Komen:
Perkataan “aku” hanya sesuai digunakan semasa kita bercakap dengan rakan-rakan dan keluarga. Manakala perkataan “saya” sesuai digunakan semasa kita bercakap dengan orang lebih tua, guru, pensyarah dan orang yang kita tidak kenal atau tidak rapat dengan kita. Jika kita menggunakan perkataan “aku” bercakap dengan orang yang tua, guru, pensyarah, kita akan dianggap sebagai kurang ajar. Oleh itu, dalam pergaulan seharian, berkomunikasi dengan orang lain, kita hendaklah pandai menggunakkan perkataan yang sesuai untuk mengelakkan orang salah faham terhadap kita. Jika kita pandai berinteraksi dengan orang lain, ornag akan menghormati kita. Tegasnya, interaksi sosial perlu menggunakan bahasa yang sesuai mengikut sutuasi. 

Monday, February 21, 2011

PENGARUH BAHASA INDONESIA

Hari ini ada kisah seorang pelajar yang menggunakan telo bahasa Indonesia. Semasa pembentangan tugasan untuk Semantik dan Pragmatik, pelajar tersebut tersebut atau menyebut perkataan “pegang” .

Bahasa Indonesia
Pegang- mengunakan “e-taling”

Bahasa Melayu
Pegang-menggunakan “e-pepet”

Komen:
Perkara ini berlaku kemungkinan besar terpengaruh dengan bahasa Indonesia, yakni suka atau minat menonton drama dan movie Indonesia. Perkara ini baik juga kerana dia dapat memahami telo bahasa negara lain. Tetapi, penggunaan telo ini agak jangkal digunakan di negara kita terutamanya dalam situasi formal. Oleh itu, kita harus pandai mengawal diri semasa bercakap kerana takut terlepas cakap menyebabkan terkeluarnya telo Indonesia. 

Friday, February 18, 2011

DIALEK

Semasa dalam kelas, kawan saya yang berasal dari sebelah utara bertanya kepada saya sama ada saya ada membawa air atau tidak. Situasi:
Shahir : Sidi, ada ayaq tak?
Sidi     : Ape? (saya tahu apa yang ditanya oleh Shahir)
Shahir: Air..air(tersenyum)
Sidi    : Takde.

Komen:
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi sebutan. Kawan saya itu dia berasal dari sebelah utara, oleh itu dia menyebut air sebagai ayaq. Terdapat juga dialek lain yang menyebut air sebagai ayo. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memahami dialek-dialek dari pelbagai daerah. 

Thursday, February 17, 2011

KESANTUNAN BERBAHASA

Pada hari ini ialah kelas Karya Agung dibimbing pensyarah yang berkaliber dan berketerampilan serta ilmuan iaitu Prof. Emeritus Abdullah Hassan. Dalam kelas tadi beliau telah menegur beberapa orang pelajar yang telah menggunakan bahasa yang kurang sopan. Situasinya :

Prof      : Saya akan mengeluarkan beberapa orang pelajar daripada kumpulan ini.
Pelajar : Hah? ( dengan riak muka yang sangat hairan)
Prof      : Tidak perlulah anda memberi respon sedemikian walaupun anda terkejut.  Cukup sekadar bertanya 'mengapa dan kenapa'.  Muka je cantik, tetapi kamu tahu tak sebenarnya kalau yang perempuan akan hilang ciri-ciri kewanitaan apabila kamu membuat reaksi sedemikian.

Komen :
Memang wajar perkara yang telah diperkatakan Prof. Perkataan “hah” menunjukkan perlakuan yang kurang sopan dan seolah-olah tidak menghormati orang. Kita sebagai guru seharusnya mengawal diri daripada mengeluarkan perkataan tersebut. Jika kita tidak puas hati ataupun terkejut kita haruslah bertanyakan sebab, yakni menggunakan 5W 1H untuk bertanya. Contonya, mengapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya. Bahasa melambangkan identiti kita.

Wednesday, February 16, 2011

PERANAN BAHASA DALAM BUDAYA

Selepas tamat kuliah, saya dan Ken Kelson pergi ke pekan untuk membeli barang keperluan. Semasa asyik memilih barang, saya ternampak dua budak sedang membeli kuih, yakni seorang budak india dan budak cina. Saya mendengar perbualan mereka. Mereka menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi. Begitu juga saya dengan rakan saya Ken Kelson yang berbangsa India dan saya berbangsa Iban. Kami menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi.

Komen:
Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Jika kita fikir dan teliti, bahasa Melayu berperanan mengeratkan hubungan sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama. Inilah peranan bahasa dalam negara kita yang mempunyai pelbagai budaya, kaum dan agama.

Tuesday, February 15, 2011

PENGEKALAN BAHASA

Inilah akibatnya kita belajar banyak bahasa. Kita akan menghadapi kecelaruan berbahasa dan menyebabkan kita tidak dapat berbicara dengan sempurna. Kadang-kadang kita menunjuk-nunjuk bahawa kita pandai berbahasa Inggeris. Padahlah sesuatu yang diujarkan salah dan menyebabkan orang tergelak. Pada hari ini, ada seorang rakan saya telah menyebabkan saya tergelak. Dia menyebut cuba try.

Komen:
Sekiranya kita kurang mahir dalam bahasa Inggeris, kita seharusnya jangan berlagak seperti orang mahir dan fasih. Kita jati diri orang Melayu yang makan belacan ini sememangnya menuturkan bahasa Kebangsaan kita dalam perbualan seharian. Tidak ada bangsa lain yang ingin memartabatkan bahasa Melayu selain kita sendiri. Pengekalan bahasa Kebangsaan kita haruslah tersemat di dalam jiwa agar kita rasa cinta dan bangga terhadap bahasa Kebangsaan kita. 

Monday, February 14, 2011

PENGARUH BAHASA ASING

Dewasa ini, tidak kira pelajar sekolah menengah malah mahasiswa dan mahasiswi sering terpengaruh menggunakan bahasa asing dalam pembentangan formal, yakni menggunakan bahasa Melayu sebagai penyampai maklumat. Pada hari ini, terdapat seorang pelajar yang telah membuat pembentangan telah terpengaruh dengan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Perkara yang mengecewakan adalah dia(pembentang) merupakan bakal guru bahasa Melayu. Dia telah mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti so, advance dan sebagainya.

Komen :
Menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan tidak salah, tetapi jika kita ingin menggunakan bahasa Inggeris, gunakanlah bahasa tersebut sepenuhnya. Begitu juga dengan bahasa Melayu, jika kita ingin menggunakan bahasa Melayu, gunakanlah bahasa Melayu sepenuhnya. Kita sebagai bakal guru haruslah belajar mengunakan bahasa Melayu tinggi agar pelajar mengikut jejak langkah kita. 

Friday, February 11, 2011

PENGARUH BAHASA LISAN

Dewasa ini, para pelajar atau mahasiswa terpengaruh dengan bahasa lisan (bahasa percakapan) dalam penulisan formal ataupun pembentangan tugasan secara formal. Pada hari ini, pembentangan pembelajaran mikro diadakan. Dalam pembentangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang menggunakan bahasa lisan dalam pembentangan. Contohnya, kat, wat dan sebagainya.


Bahasa Lisan (bahasa Percakapan)                    Bahasa Melayu tinggi
1. Kat                                                                    di
2. Wat                                                                   buat


Komen:
Kita sebagi seorang guru seharusnya mengelakkan perkara sebegini berlaku. Kita hendaklah menggunakan bahasa Melayu Tinggi dalam situasi formal. Misalnya, perkataan "kat" harus digantikan dengan "di". Pengaruh bahasa lisan ini semakin menular. Oleh itu, kita sebagai bakal guru harus berganding bahu menyelesaikan perkara yang dianggap remah ini agar tidak menjadi lebih parah. Kita sebagai bakal guru adalah menjadi model kepada pelajar. Jika kita menggunakan bahasa lisan dalam kelas, pelajar mungin akan terpengaruh dengan budaya ini. Kesimpulannya, terapkan bahasa Melayu Tinggi dalam situasi formal. 

Thursday, February 10, 2011

BAHASA PASAR

Lepas habis kelas, saya dan rakan-rakan makan di kedai cina di pekan Tanjong Malim. Situasinya :


Pelayan : Lu mau makan apa?
Saya     : ermm..bagi saya nasi campur.
Pelayan : belapa?
saya      : tiga
Pelayan : mau sup maa?
sony     : mau.


Komen :
Situasi di atas biasanya berlaku di pasar membeli belah dan kedai makan. Biasanya, bahasa yang digunakan dalam situasi ini ialah bahasa pasar. Oleh itu, kita haruslah dapat mengenalpasti laras bahasa yang sesuai digunakan dalam komunikasi harian. Kita juga hendaklah pandai bergaul dengan masyarakat sekeliling agar komunikasi dua hala berlaku.

Wednesday, February 9, 2011

PENGARUH KHIDMAT PESANAN RINGKAS

Kini pengaruh khidmat pesanan ringkas(SMS) dalam aktiviti formal semakin meningkat. Pada hari rabu, semasa pembentangan tugasan kumpulan, saya dapati ada pengaruh khidmat pesanan ringkas dalam slide. Contohnya, sama2x, mrk dan sebagainya.


Komen:
Kita sebagai guru seharusnya mengelakkan penggunaan bahasa SMS dalam situasi formal. Kita sebagai guru hendaklah menggunakan bahasa Melayu tinggi semasa membuat pembentangan.

Tuesday, February 8, 2011

ASIMILASI BAHASA DAN BUDAYA


Semasa duduk di perhentian bas di kampus, saya terdengar perbualan dua orang rakan. Saya mendapati seorang pelajar Sabah dan seorang pelajar Kelantan. Perkara menarik yang saya hendak kongsikan ialah terdapat berlakunya percampuran bahasa. Saya mendengar mereka berbual mesra, yakni mungkin mereka kawan rapat. Pelajar Sabah tersebut menggunakan beberapa perkataan bahasa Kelantan seperti kawe, demo dan sebagainya. Begitu juga dengan pelajar dari Kelantan yang turut menggunakan perkataan Sabah seperti bah, kau dan sebagainya.

Komen :
Perkara ini sangat menarik bagi saya kerana kedua-dua pelajar tersebut sama-sama belajar bahasa dan budaya orang lain. Ini adalah asimilasi bahasa, yakni percampuran bahasa Sabah dengan bahasa Kelantan. Kita rakyat majmuk seharusnya memahami budaya dan bahasa etnik lain walaupun kita berbeza agama dan warna kulit. Inilah 1 Malaysia, hidup dalam satu bumbung.

Monday, February 7, 2011

KESANTUNAN BAHASA

Pada hari ini, saya hendak pergi kuliah di Proton City. Semasa menunggu bas, saya terdengar dua orang pelajar di belakang saya berbual. Mereka mengeluh tentang kitaran bas di UPSI. Situasinya :

Pelajar A: Lamanya bas ni.
Pelajar B :Itulah, kita dah setengah jam tunggu sini.
Pelajar A : Mana bas ni, bodah la pemandu bas ni. Bas pergi ke Kampus banyak, tapi bas pergi PC satupun takde.
Pelajar B : Kita dah lewat ni..dah pukul 9 ni.

Komen :
Keluhan seperti ini sering kita didengar ketika sedang menunggu bas. Inilah fenomena yang berlaku di UPSI iaitu bas kadang-kadang tidak ada. Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang pelajar bergelar mahasiswa seharusnya bertimbang rasa. Kita juga seharusnya mengelakkan menggunakan perkataan negatif seperti bodoh. Kesantunan pengggunaan bahasa harus ditanam dalam jiwa kita.