ISU-ISU TERKINI

Friday, January 28, 2011

BERTEGUR SAPA AMALAN KITA

Pada hari jumaat bermulanya cuti Tahun Baru Cina. Sempena Tahun Baru Cina ini, saya bercuti di Johor iaitu rumah kakak saya. Selepas mengemaskan barang pada hari jumaat tersebut, saya hendak pergi ke taman Arkib untuk menunggu bas. Dalam perjalanan, saya terserempak dengan mak cik yang sedang mengemop lantai di Kolej Harun Aminurrashid. Situasinya :

Saya : Tumpang lalu mak cik(tersenyum)
Mak cik : Ye dik (mak cik pun berhenti mengemop). Adik ni nak ke mana?
Saya : Saya balik mak cik.
Mak cik : hati-hati ye dik (tersenyum)
Saya : Terima kasih mak cik.

Komen :
Situasi di atas adalah perbualan saya dengan mak cik yang bertugas di Kolej Harun Aminurrasid (KHAR). Saya sangat kagum dengan mak cik tersebut kerana dia mempunyai budi bahasa yang tinggi. Budaya bergitulah saya seharusnya diamalakan di negara kita agar negara kita aman dan sejahtera . Bertegur sapa budaya kita. 

Thursday, January 27, 2011

RAMAH MESRA BUDAYA KITA

Selepas tamat  kelas pada pukul 5 petang, saya terus pergi ke BHL computer untuk bertanyakan laptop saya sama ada sudah siap diperbaiki ataupun tidak. Situasinya :

Saya : Laptop saya sudah siap ke?
Pekerja : Bedau(tersenyum)
Saya : (tersenyum). Kemaya tembu?
Pekerja : Udah taun baru cina.
Saya : ok, terima kasih
Pekerja : sama-sama.

Komen:
Situasi di atas adalah perbual saya dengan seorang pekerja di BHL komputer. Pekerja itu, pernah bekerja di Sarawak pada ketika dahulu. Oleh itu, dia pandai berbahasa iban.

Bahasa Iban                          Bahasa Melayu
i) Bedau                                           belum
ii)Kemaya                                        bila
iii)Tembu                                          siap
iv)Udah                                            selepas
v)Taun                                             tahun

Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Misalnya, orang Melayu tersebut pandai menyesuaikan diri apabila berada di Sarawak, di mana dia belajar berbahasa iban. Walaupun dia tidak mahir, tetapi dia sedaya upaya untuk berbahasa iban. Pada mulanya, saya agak terkejut apabila dia menuturkan bahasa iban. Saya kagum dengannya setelah dia menceritakan kisahnya bekerja di Sarawak pada suatu ketika dahulu. Setiap kali saya pergi ke BHL Komputer, dia melayan saya dengan baik, begitu juga dengan pelanggan yang lain. Dia begitu mesra dengan semua orang. Budaya sebeginilah harus diamalkan di Malaysia. Ramah mesra budaya kita. 

Wednesday, January 26, 2011

HORMAT-MENGHORMATI BUDAYA KITA

Pada hari Rabu kuliah bermula pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi iaitu kelas Semantik dan Pragmatik. Selepas kelas tersebut saya dengan rakan saya pergi ke pekan untuk menjamu selera. Situasinya :

India : Saya tarak order nasi lauk berasingan. Saya order nasi campur. (nada yang tinggi, marah kerana makanan yang sampai adalah salah.
Cina : lu kata lu mau lauk asing-asing. (menggeleng)
India : Tak apalah..ini pun nilah.
Cina: lu ni, kalau mau order, cakap baik-baik (nada tinggi)

Komen :
Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Jika diselusuri dari sejarah, kaum cina berasal dari negara cina dan berhijrah ke Tanah Melayu bekerja sebagai peniaga. Manakala India berasal dari negara India yang bekerja sebagai penoreh getah apabila sampai di Tanah Melayu.
Kini,negara kita sebuah negara yang majmuk, yakni mempunyai pelbagai bangsa dan kaum. Situasi di atas adalah pergaduhan kecil antara India dan Cina. Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, namun mereka masih menggunakan telo/loghat  mereka sendiri seperti perkataan “tarak” dan “lu”.
Sebagai negara Malaysia yang berbilang bangsa, kita seharusnya saling hormat-menghormati. Dalam situasi di atas, India tersebut seharusnya bersabar dan hendaklah menegur secara berhemah. Kalau makanan yang dipesannya salah, dia boleh menukarnya dengan cara yang berhemah iaitu jangan menggunakan nada/intonasi suara yang tinggi. Hormat-menghormati budaya kita. 

Tuesday, January 25, 2011

BAHASA GAUL



Selepas kuliah Keterampilan Penulis tamat pada pukul 2 petang, saya pergi ke BHL Komputer untuk membeli CD. Ini adalah perbualan saya dengan pelayan kedai tersebut. Situasinya :

Pekerja: U nak cari ape?
Saya : Saya nak beli CD. Berapa 1 keping?
Pekerja : ermm..1 keping one ringit.
Saya : Boleh kurang ke?
Pekerja : No, ini sudah kurang ma.
Saya : Saya nak beli 5 keping.
Pekerja : Ok. 5 keping five ringgit.
Selepas itu, saya mengeluarkan duit untuk membayar.
Pekerja : Thank you, dating lagi ya.
Saya : Sama-sama.

Komen :
Dewasa ini, gelaja inilah yang berlaku di Malaysia. Rakyat di negara kita mencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Budaya ini ibarat luka yang semakin parah sehingga sukar untuk dibendung. Kita sebagai guru harus sedaya upaya membendung masalah ini agar perkara ini tidak berlarutan pada masa akan datang. Kalau hendak menggunakan bahasa Inggeris, gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya untuk berkomunikasi antara satu sama lain begitu juga sebaliknya. Jika perkara ini dapat diamalkan oleh kita terutamanya rakyat Malaysia, maka matlamat untuk mencapai penggunaan bahasa Melayu Baku dapat dicapai serta meningkatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri di mata dunia.

Monday, January 24, 2011

BAHASA ASAS PERPADUAN



Kuliah hari ini bermula pada pukul 9 pagi iaitu kelas Drama sampai pukul 10. Selepas itu, kelas Sosiolinguistik dari jam 10 hingga 11 dan diikuti kelas Semantik dan Pragmatik pada pukul 11 hingga pukul 12 tengah hari. Selepas keluar kelas saya dan rakan-rakan terus menjamu selera di restoran proton city. Diskusi Interlok bertempat di tingkat atas perpustakaan Tuanku Bainun bermula pada pukul 2 petang. Selepas makan, saya dan Johnston terus pergi ke kampus untuk mendengar perbincangan mengenai buku Interlok yang sedang hangat diperkataan dewasa ini. Diskusi ini berlarutan sehingga pada pukul 4.30 petang. Bagi saya, diskusi sebegini sangat menarik dan para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkara yang dibincangkan dan dibahaskan. Selepas selesai diskusi, saa dan rakan-rakan yang lain balik ke kolej kediaman masing-masing. Sampai sahaja di kolej, saya pergi membeli makanan di kaki lima yang berhadapan dengan kolej Harun Aminurrasid (KHAR). Orang yang menjual makanan di situ adalah orang Kelantan. Encik tersebut menanya saya dengan menggunakan bahasa Kelantan. Situasi:

Encik : Demo nak beli gapo?
Saya : Kawe nak beli lauk. (Tersenyum)
Encik : (Tersenyum kerana mendengar saya kecek klate kot). Ambil plastik ni, ambil lauk sendiri.
Saya : ok..
Setelah saya siap membungkus makanan. Saya bertanya.
Saya : Berapa?
Encik : Tiga yar..

Komen :
Saya tidak pandai mentranskripsikan bahasa Kelantan dalam bentuk tulisan. Agaknya begitulah perbualan antara kami. Walaupun dia menggunakan bahasa Kelantan tetapi saya faham perkara yang diujarkannya. Sebagai warganegara Malaysia, kita harus mengenali dan memahami dialek setiap negeri yang ada di negara kita agar kita data berkomunikasi dengan lancer dan mesra serta dapat mengeratkan perpaduan di antara kaum. Kita haus ingat “Bahasa Asas Perpaduan”

Saturday, January 22, 2011

CINTAI BAHASA KITA


Kringg! Kringg! Kringg!..kawan saya bernama Sony membuat panggilan membuatkan saya terjaga dari dunia fantasi (Tidur). Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, saya bergegas mandi dan bersiap sedia untuk pergi ke Behrang. Semalam kami telah berjanji untuk belajar memandu kereta. Kami tiba di Institut Latihan Memandu Naidu, Behrang kira-kira pukul 9.25 pagi. Sampai sahaja di sana, kulihat ramainya orang. Saya dan Sony pergi ke kaunter pendaftaran. Oleh sebab terlalu ramai orang kami berdua yang berdiri berdekatan dengan kaunter tidak diperdulikan. Kira-kira pukul 11.30 pagi, barulah kami dilayan. Bayangkan berapa lama kami tercegat di situ, begitu juga dengan orang lain. Sementara menunggu kerani membuat borang untuk latihan memandu, kami pergi ke kantin untuk bersarapan. Lagipun kerani tersebut menyuruh kami sarapan dahulu kerana katanya dia akan melayan orang yang bakal mengambil ujian JPJ. Kira-kira jam 12.20 tengah hari barulah borang selesai dibuat. Saya dan rakan saya pun menunggu di tempat giliran memandu. Saya berbual dengan seorang rakan saya dan dia menyatakan bahawa tenaga pengajar yang berbangsa cina panas baran dan menyebut perkataan yang menyakitkan..

Tenaga Pengajar cina: “lu pelajar UPSI kan?”

Kawan saya : ya..

Tenaga pengajar cina: “lu ni lembab la (nada agak tinggi)

Kawan saya itu baru pertama kalinya memegang stereng kereta (baru memandu, tiada asas memandu). Saya memberitahu kawan saya itu bahawa saya tidak mahu diajar olehnya kerana takut dimarah dan dikutuk. Tidak disangka pula, tiba giliran Sony pula. Sony juga diajar oleh tenaga pengajar berbangsa cina itu juga. Sony juga tidak ada asas memandu seperti mana rakan saya tadi. Kira-kira menunggu 30 minit selepas itu, barulah giliran saya. Saya terkena tenaga pengajar Melayu. Dia mengajar saya amat baik sekali. Dia menggunakan nada suara yang lembut dan menasihati saya agar tidak panik dan memberi fokus. Setelah selesai belajar memandu, saya berjumpa dengan Sony dan bertanyakan sama ada tenaga pengajar Cina itu memarahinya ataupun tidak. Namun, perkara yang sama juga berlaku kepada Sony.

Tenaga Pengajar cina : “lu pelajar Sarawak ke?”

Sony : ya..

Tenaga Pengajar : patutlah..( sindiran)

Kira-kira pukul 2 petang barulah saya dengan Sony balik. Saya tidak terus pergi ke Kolej Harun Aminurrashid kerana Sony meminta saya mengajarnya membuat blog. Saya pergi ke rumahnya di Taman Anggerik. Setelah selesai membuat blog, kami berdua pergi ke pekan untuk menjamu selera dan membeli barang keperluan. Kira-kira jam 3 petang barulah kami balik. Sampai sahaja di Kolej, saya singgah di perkarangan Kolej untuk menyaksikan perlawanan futsal tiga sebelah. Saya member sorakan dan semanagat kepada kawan saya yang sedang bermain. Pada pukul 4.30 petang saya balik ke bilik. Oleh sebab keletihan saya tertidur.

Komen:

Sepatutnya tenaga pengajar cina itu tidak boleh memarahi orang yang diajarnya. Lagipun, tiada manusia yang dilahir terus pandai memandu kereta begitu juga dengan tenaga pengajar itu sendiri. Kita hendak belajar kereta kerana ingin pandai memandu kereta dengan cara yang betul. Oleh itu, selaku tenaga pengajar, kita harus menggunakan bahasa yang menyedapkan telinga serta memberi motivasi kepada orang yang diajar agar dia mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menerima perkara yang diajar dengan secepat mungkin. Jika kita menggunakan bahasa yang kurang baik seperti “lembab”, orang yang diajar akan berasa takut, cemas, tidak selesa, serta mudah panik. Sebagai warganegara Malaysia kita harus berhati-hati bercakap. “Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap”. Oleh itu, bahasa yang kita gunakan seharian melambangkan identiti serta tahap pendidikan kita. Orang cina apabila berbahasa Melayu, loghat cinanya memang ada seperti “lu” yang bermaksud “awak”. Budi bahasa budaya kita.

Thursday, January 20, 2011

BUDI BAHASA BUDAYA KITA


Hari ini cuti sempena hari Thaipusum. Pada pukul 11, saya pergi ke pekan untuk membaiki kasut futsal yang sudah tertanggal gam dan putus benang. Saya menghantar kasut di sebelah kedai Nokia, Tanjong Malim. Sampai di sana, saya memberitahu agar mengegam dan menjahit kasut saya. Kira-kira lima minit kemudia, datang seorang pemuda india. Dia memarahi kerana kasut yang dihantarnya semalam belum siap. Situasi :

India : Saya mau ambil kasut saya hantar semalam.

Pak Cik : Kasut ape? Warna ape?

India : Kasut jogging warna putih..

Pak Cik : Kasut kamu itu, belum siap lagi.

India : Bila boleh siap! Kata hari ini boleh siap! (dengan nada suara yang agak tinggi)

Pak Cik : Sorry ye, sebab kasut banyak sangat yang perlu pak cik siapkan.

India : Pak Cik siapkan kasut itu, petang ni saya ambil (nada suara yang tinggi kerana marah)

Komen:

Situasi di atas adalah kurang baik. Kita sebagai warga negara Malaysia yang berbilang bangsa harus hormat menghormat. Di samping itu, kesabaran adalah sangat penting. Dalam situasi di atas, india tersebut tidak seharusnya memarahi pak cik tersebut. Lagipun, bukan kita seorang sahaja yang membaiki kasut. Oleh itu, kita harus bertanya dengan sopan santun. Budi bahasa budaya kita.

Wednesday, January 19, 2011

BAHASA JIWA BANGSA


Pada pukul 9 pagi, saya pergi ke pekan untuk memotong kaki seluar . Sampai di pekan Tanjung Malim, saya terus pergi ke kedai yang berhadapan dengan Maybank Tanjung Malim, di mana pemilik kedai itu ialah orang cina. Pada mulanya orang cina itu menggunakan bahasa mandarin bercakap dengan saya. Situasi :

Cina : (Bahasa mandarin dan saya tak faham)

Saya : Encik, saya nak potong kaki seluar?

Cina: Saya ingat lu olang cina, kulit manyak putih, itu saya cakap cina sama lu. Lu mau bagi kecik itu kaki seluar..

Saya : (tersenyum)..ya. berapa?

Cina : Bagi kecik saja 5 linggit, bagi kecik sama potong pendek 8 linggit.

Saya: Ok. Berapa lama boleh siap?

Cina : Esok lu boleh ambil.

Saya: Ok…

Komen:

Semenangnya, negara kita, negara yang berbilang bangsa iaitu bangsa Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Negara kita memiliki pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan sebagainya. Di samping itu, setiap bahasa tersebut terdapat beberapa pecahannya lagi iaitu dikenali sebagai dialek. Misalnya, bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek seperti dialek Kelantan, Johor, Kedah dan sebagainya, bagitu juga dengan bahasa Cina dan bahasa yang lain.

Dalam situasi tadi, orang cina tersebut menggunakan bahasa Melayu dengan loghat cina. Walaupun dia berbangsa cina, namun dia boleh bertutur dalam bahasa Melayu itu bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, kita sebagai warganegara Malaysia harus memahami bahasa serta dialek yang ada di negara kita. Itulah, 1 Malaysia 1 Bahasa.

Tuesday, January 18, 2011

BAHASA SENDI TAMADUN BANGSA

Pada hari ini kuliah bermula pada pukul 11 pagi iaitu kelas Drama dan Seni Lakon. Saya orang yang bernasib baik kerana saya orang yang pertama berlakon pada hari ini. Saya berganding dengan Hidayah yang memegang watak sebagai isteri dan saya sebagai suami. Kelas itu sampai pukul 1 petang. Selepas itu, saya, Johnston dan Fazil makan tengah hari di Kafe proton city. Selepas itu, pada pukul 2 petang kelas Keterampilan Penulis. Sepelas balik dari kuliah saya terus pergi ke Maybank di Tanjung Malim sebab ada urusan. Situasi di Maybank…

Kerani : Adik nak buat ape?

Saya : Saya nak tukar kad ATM puan sebab sudah rosak.

Kerani : Ok, bagi saya IC, adik tunggu sebentar ye..

Komen:

Dalam perbualan seharian kita harus belajar untuk menggunakan kata ganti diri. Kerani di Maybank tidak sepatutnya memanggil dengan penggilan “adik” walaupun dia ingin menimbulkan kemesraan. Dia sepatutnya, memanggil saya “encik”. Sekiranya kita tidak mengenali atau baru mengenali kita seharusnya menggunakan kata penggilan yang bersesuaian. Apabila kita berada dalam Maybank, itu adalah situasi formal dan harus menggunakan bahasa formal. Kalau di pasar malam tidak mengapa.

Pesanan: kalau kita berada di situasi formal kita harus menggunakan bahasa formal. Ingatkah Bahasa Sendi Tamadun Bangsa.

Monday, January 17, 2011

BAHASA CERMINAN BANGSA


Bangun pagi, terus mandi. Bersiap sedia pergi kuliah pada jam 9 pagi serta menyediakan peratatan yang digunakan pada kuliah hari ini. Bas adalah pengangkutan yang saya gunakan dari semester satu hingga sekarang. Seperti biasa saya turun kuliah tiga puluh minit awal sebelum kuliah bermula. Sekiranya kuliah bermula jam 9 pagi, saya akan bergerak pada pukul 8.30 pagi.

Oleh sebeb, saya tinggal di Kolej Harun Aminurrashid, saya perlu berjalan ke perhentian bas yang berdekatan dengan Kolej Ungku Omar. Aku berjalan dengan laju agar tidak ketinggalan bas. Sampai di perhentian bas, kulihat ramai mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai niat sepertiku iaitu hendak pergi kuliah.

Budaya di UPSI yang saya perhatikan ialah suka berebut-rebut menaiki bas. Kadang-kadang di luar jangkaan kita perkara yang berlaku, di mana perempuan atau wanita yang dianggap lemah-lembut lebih ganas dari lelaki. Mereka yang menolak lelaki ke tepi. Dalam bas pula penuh sehingga ada yang berdiri di depan pintu bas. Seolah-oleh seperti “sardin” yang dimampatkan. Selagi bas tak penuh, selagi itulah bas tidak bergerak.

Satu perkara yang menariknya ialah mahasiswa dan mahasiswi UPSI mengamalkan budaya “berterima kasih”. Semasa turun bas, hampir sebilangan besar pelajar mangucapkan terima kasih. Ini budaya yang sangat baik dan harus diteruskan.

Saya sampai di proton city kira-kira jam 8.50 pagi. Kuliah pertama ialah Drama dan Seni Lakon iaitu bermula dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Memandangkan kelas kedua bermula jam 11 pagi, saya dan kawan-kawan menjamu selera di Kafe Proton City. Kami berbual-bual tentang tugasan yang diterima. Saya dapat rasakan bahawa semester ini agak berat kerana terlalu banyak tugasan. Tetapi itu bukan penghalang bagi saya dan rakan-rakan kerana kita bergelar mahasiswa dan mahasiswi harus menimba ilmu sebanyak mungkin. Inilah peluang kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Jam 10.50 pagi saya dan rakan-rakan bergerak ke PC25 iaitu kuliah untuk Kursus Semantik dan Pragmatik. Kelas ini berlangsung selama 1 jam. Selepas itu, saya dan rakan-rakan yang lain terus bergegas ke PC 21 iaitu kelas Sosiolinguistik Melayu. Pensyarah yang mengajar ialah Dr. Siti Saniah. Kelas ini juga berlangsung selama 1 jam.

Selepas itu, kami bergegas menunggu bas memandangkan kuliah seterusnya diadakan di kampus iaitu di Dewan Kuliah A. kelas itu bermula pada jam 2 petang. Sampai sahaja di tempat menunggu bas, kelihatan bas yang membawa pelajar ke kampus sudah penuh. Saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa menunggu bas seterusnya. Kami menunggu agak lama iaitu dalam setengah jam. Semasa menunggu bas saya dapat mendengar keluhan rakan. Keluhan berbunyi begini “lamanya bas ni”, “jangan-jangan bas ni tiba pukul 2 kerana pemandu bas rehat tengah hari”. Sampai sahaja bas, kami bergegas untuk mendapatkan bus tersebut tetapi pada cermin depan bas itu terlulis “Pekan”. Ini bermakna bus itu hanya bergerak dari pekan ke proton city. Kamipun berbincang dengan pemandu bas agar menghantar kami ke Kampus, tetapi malangnya dia menyatakan bahawa dia tidak pergi ke kampus.

Kami tiba di kampus kira-kira jam 1.50 petang. Saya dan dua orang rakan tersalah mengambil jalan pintas untuk pergi ke Dewan Kuliah A dan kami terpaksa pusing balik (ketawa). Saya mengikut laluan yang dikatakan oleh kawan, tapi rupanya laluan itu agak jauh untuk ke DKA.

Kelas Keterampilan Penulis bermula pada pukul 2 hingga 4 petang. Setakat ini, kelas itulah yang paling ramai pelajar iaitu seramai 145 orang. Kelas agak sesak.

Selepas kulias selesai, saya dan rakan-rakan balik ke kolej. Sampai sahaja di kolej, saya pergi membeli makanan di Kafe KHAR. Semasa membayar makanan saya sempat berbual dengan mak cik kafe. Dia memberitahu saya “ramai yang mengadu bahawa makanan yang dijual di Kafe mahal”. Saya hanya tersenyum.

Sampai sahaja di bilik saya bertukar pakaian lalu melabuhkan punggung di katil, maka belayarlah saya ke alam fantasi. Saya terjaga pada pukul 6. Pada sebelah malam pula saya menaip perkara yang dilalui sepanjang hari (diari). Internet dalam bilik saya perlahan menyebabkan saya sukar memaparkan diari dalam blog. Tapi itu suatu cabaran bagi saya sepanjang semester ini.

Budaya yang tidak sepatutnya berlaku:

Janganlah berebut-rebut ketika menaiki bas. Apa salahnya jika kita beratur. Kalau hendak cepat naik bas mesti turun sejam lebih awal. Budaya ini kurang sopan kepada kita sebagai seorang pendidik anak bangsa. Ada juga yang mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain.

Budaya yang baik :

Amalan berterima kasih yang ditunjukkan oleh mahasiswa dan mahasiswi. Ini dapat dilihat ketika mereka turun dari bas. “terima kasih pak cik”. Namun, dalam perbualan seharian kita juga harus berhati-hati menggunakan Kata Ganti Nama diri. Contohnya gelaran “Pak cik” kurang sesuai. Perkataan yang sesuai ialah “encik”. Panggilan pak cik hanya sesuai kepada saudara-mara kita sahaja.

Peniaga kafe juga peramah orangnya. Dia sanggup berkongsi masalah.

Tuesday, January 11, 2011

BML3073 Sosiolinguistik Melayu

SELAMAT TAHUN BARU 2011. MENITI GIGI HARI MEMERAH TENAGA MEMPEROLAH ILMU DENGAN SOSIOLINGUISTIK MELAYU YANG AMBIL PADA SEMESTER INI. MOGA SEGALA YANG DILALUI BERJAYA SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA DAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG PADA KURSUS INI SERTA KURSUS YANG LAIN.
SAMA-SAMA KITA BERKONGSI IDEA MENAMBAH ILMU SERTA MENGERATKAN HUBUNGAN.