ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Wednesday, January 26, 2011

HORMAT-MENGHORMATI BUDAYA KITA

Pada hari Rabu kuliah bermula pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi iaitu kelas Semantik dan Pragmatik. Selepas kelas tersebut saya dengan rakan saya pergi ke pekan untuk menjamu selera. Situasinya :

India : Saya tarak order nasi lauk berasingan. Saya order nasi campur. (nada yang tinggi, marah kerana makanan yang sampai adalah salah.
Cina : lu kata lu mau lauk asing-asing. (menggeleng)
India : Tak apalah..ini pun nilah.
Cina: lu ni, kalau mau order, cakap baik-baik (nada tinggi)

Komen :
Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Jika diselusuri dari sejarah, kaum cina berasal dari negara cina dan berhijrah ke Tanah Melayu bekerja sebagai peniaga. Manakala India berasal dari negara India yang bekerja sebagai penoreh getah apabila sampai di Tanah Melayu.
Kini,negara kita sebuah negara yang majmuk, yakni mempunyai pelbagai bangsa dan kaum. Situasi di atas adalah pergaduhan kecil antara India dan Cina. Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, namun mereka masih menggunakan telo/loghat  mereka sendiri seperti perkataan “tarak” dan “lu”.
Sebagai negara Malaysia yang berbilang bangsa, kita seharusnya saling hormat-menghormati. Dalam situasi di atas, India tersebut seharusnya bersabar dan hendaklah menegur secara berhemah. Kalau makanan yang dipesannya salah, dia boleh menukarnya dengan cara yang berhemah iaitu jangan menggunakan nada/intonasi suara yang tinggi. Hormat-menghormati budaya kita. 

1 comment:

  1. SAYA JUGA SEPENDAPAT DENGAN ANDA, SEKIRANYA KITA RAKYAT MALAYSIA DAPAT MENGAMALKAN RASA HORMAT-MENGHORMATI DI KALANGAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA MAKA SARANAN PM KITA UNTUK MENJAYAKAN 1 MALAYSIA AKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA, TEPUK DADA TANYALAH HATI

    ReplyDelete