ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Monday, January 17, 2011

BAHASA CERMINAN BANGSA


Bangun pagi, terus mandi. Bersiap sedia pergi kuliah pada jam 9 pagi serta menyediakan peratatan yang digunakan pada kuliah hari ini. Bas adalah pengangkutan yang saya gunakan dari semester satu hingga sekarang. Seperti biasa saya turun kuliah tiga puluh minit awal sebelum kuliah bermula. Sekiranya kuliah bermula jam 9 pagi, saya akan bergerak pada pukul 8.30 pagi.

Oleh sebeb, saya tinggal di Kolej Harun Aminurrashid, saya perlu berjalan ke perhentian bas yang berdekatan dengan Kolej Ungku Omar. Aku berjalan dengan laju agar tidak ketinggalan bas. Sampai di perhentian bas, kulihat ramai mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai niat sepertiku iaitu hendak pergi kuliah.

Budaya di UPSI yang saya perhatikan ialah suka berebut-rebut menaiki bas. Kadang-kadang di luar jangkaan kita perkara yang berlaku, di mana perempuan atau wanita yang dianggap lemah-lembut lebih ganas dari lelaki. Mereka yang menolak lelaki ke tepi. Dalam bas pula penuh sehingga ada yang berdiri di depan pintu bas. Seolah-oleh seperti “sardin” yang dimampatkan. Selagi bas tak penuh, selagi itulah bas tidak bergerak.

Satu perkara yang menariknya ialah mahasiswa dan mahasiswi UPSI mengamalkan budaya “berterima kasih”. Semasa turun bas, hampir sebilangan besar pelajar mangucapkan terima kasih. Ini budaya yang sangat baik dan harus diteruskan.

Saya sampai di proton city kira-kira jam 8.50 pagi. Kuliah pertama ialah Drama dan Seni Lakon iaitu bermula dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Memandangkan kelas kedua bermula jam 11 pagi, saya dan kawan-kawan menjamu selera di Kafe Proton City. Kami berbual-bual tentang tugasan yang diterima. Saya dapat rasakan bahawa semester ini agak berat kerana terlalu banyak tugasan. Tetapi itu bukan penghalang bagi saya dan rakan-rakan kerana kita bergelar mahasiswa dan mahasiswi harus menimba ilmu sebanyak mungkin. Inilah peluang kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Jam 10.50 pagi saya dan rakan-rakan bergerak ke PC25 iaitu kuliah untuk Kursus Semantik dan Pragmatik. Kelas ini berlangsung selama 1 jam. Selepas itu, saya dan rakan-rakan yang lain terus bergegas ke PC 21 iaitu kelas Sosiolinguistik Melayu. Pensyarah yang mengajar ialah Dr. Siti Saniah. Kelas ini juga berlangsung selama 1 jam.

Selepas itu, kami bergegas menunggu bas memandangkan kuliah seterusnya diadakan di kampus iaitu di Dewan Kuliah A. kelas itu bermula pada jam 2 petang. Sampai sahaja di tempat menunggu bas, kelihatan bas yang membawa pelajar ke kampus sudah penuh. Saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa menunggu bas seterusnya. Kami menunggu agak lama iaitu dalam setengah jam. Semasa menunggu bas saya dapat mendengar keluhan rakan. Keluhan berbunyi begini “lamanya bas ni”, “jangan-jangan bas ni tiba pukul 2 kerana pemandu bas rehat tengah hari”. Sampai sahaja bas, kami bergegas untuk mendapatkan bus tersebut tetapi pada cermin depan bas itu terlulis “Pekan”. Ini bermakna bus itu hanya bergerak dari pekan ke proton city. Kamipun berbincang dengan pemandu bas agar menghantar kami ke Kampus, tetapi malangnya dia menyatakan bahawa dia tidak pergi ke kampus.

Kami tiba di kampus kira-kira jam 1.50 petang. Saya dan dua orang rakan tersalah mengambil jalan pintas untuk pergi ke Dewan Kuliah A dan kami terpaksa pusing balik (ketawa). Saya mengikut laluan yang dikatakan oleh kawan, tapi rupanya laluan itu agak jauh untuk ke DKA.

Kelas Keterampilan Penulis bermula pada pukul 2 hingga 4 petang. Setakat ini, kelas itulah yang paling ramai pelajar iaitu seramai 145 orang. Kelas agak sesak.

Selepas kulias selesai, saya dan rakan-rakan balik ke kolej. Sampai sahaja di kolej, saya pergi membeli makanan di Kafe KHAR. Semasa membayar makanan saya sempat berbual dengan mak cik kafe. Dia memberitahu saya “ramai yang mengadu bahawa makanan yang dijual di Kafe mahal”. Saya hanya tersenyum.

Sampai sahaja di bilik saya bertukar pakaian lalu melabuhkan punggung di katil, maka belayarlah saya ke alam fantasi. Saya terjaga pada pukul 6. Pada sebelah malam pula saya menaip perkara yang dilalui sepanjang hari (diari). Internet dalam bilik saya perlahan menyebabkan saya sukar memaparkan diari dalam blog. Tapi itu suatu cabaran bagi saya sepanjang semester ini.

Budaya yang tidak sepatutnya berlaku:

Janganlah berebut-rebut ketika menaiki bas. Apa salahnya jika kita beratur. Kalau hendak cepat naik bas mesti turun sejam lebih awal. Budaya ini kurang sopan kepada kita sebagai seorang pendidik anak bangsa. Ada juga yang mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain.

Budaya yang baik :

Amalan berterima kasih yang ditunjukkan oleh mahasiswa dan mahasiswi. Ini dapat dilihat ketika mereka turun dari bas. “terima kasih pak cik”. Namun, dalam perbualan seharian kita juga harus berhati-hati menggunakan Kata Ganti Nama diri. Contohnya gelaran “Pak cik” kurang sesuai. Perkataan yang sesuai ialah “encik”. Panggilan pak cik hanya sesuai kepada saudara-mara kita sahaja.

Peniaga kafe juga peramah orangnya. Dia sanggup berkongsi masalah.

1 comment:

  1. jika ada penambahan atau komen..boleh berkomentar..dialu-alukan

    ReplyDelete