ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Saturday, January 22, 2011

CINTAI BAHASA KITA


Kringg! Kringg! Kringg!..kawan saya bernama Sony membuat panggilan membuatkan saya terjaga dari dunia fantasi (Tidur). Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, saya bergegas mandi dan bersiap sedia untuk pergi ke Behrang. Semalam kami telah berjanji untuk belajar memandu kereta. Kami tiba di Institut Latihan Memandu Naidu, Behrang kira-kira pukul 9.25 pagi. Sampai sahaja di sana, kulihat ramainya orang. Saya dan Sony pergi ke kaunter pendaftaran. Oleh sebab terlalu ramai orang kami berdua yang berdiri berdekatan dengan kaunter tidak diperdulikan. Kira-kira pukul 11.30 pagi, barulah kami dilayan. Bayangkan berapa lama kami tercegat di situ, begitu juga dengan orang lain. Sementara menunggu kerani membuat borang untuk latihan memandu, kami pergi ke kantin untuk bersarapan. Lagipun kerani tersebut menyuruh kami sarapan dahulu kerana katanya dia akan melayan orang yang bakal mengambil ujian JPJ. Kira-kira jam 12.20 tengah hari barulah borang selesai dibuat. Saya dan rakan saya pun menunggu di tempat giliran memandu. Saya berbual dengan seorang rakan saya dan dia menyatakan bahawa tenaga pengajar yang berbangsa cina panas baran dan menyebut perkataan yang menyakitkan..

Tenaga Pengajar cina: “lu pelajar UPSI kan?”

Kawan saya : ya..

Tenaga pengajar cina: “lu ni lembab la (nada agak tinggi)

Kawan saya itu baru pertama kalinya memegang stereng kereta (baru memandu, tiada asas memandu). Saya memberitahu kawan saya itu bahawa saya tidak mahu diajar olehnya kerana takut dimarah dan dikutuk. Tidak disangka pula, tiba giliran Sony pula. Sony juga diajar oleh tenaga pengajar berbangsa cina itu juga. Sony juga tidak ada asas memandu seperti mana rakan saya tadi. Kira-kira menunggu 30 minit selepas itu, barulah giliran saya. Saya terkena tenaga pengajar Melayu. Dia mengajar saya amat baik sekali. Dia menggunakan nada suara yang lembut dan menasihati saya agar tidak panik dan memberi fokus. Setelah selesai belajar memandu, saya berjumpa dengan Sony dan bertanyakan sama ada tenaga pengajar Cina itu memarahinya ataupun tidak. Namun, perkara yang sama juga berlaku kepada Sony.

Tenaga Pengajar cina : “lu pelajar Sarawak ke?”

Sony : ya..

Tenaga Pengajar : patutlah..( sindiran)

Kira-kira pukul 2 petang barulah saya dengan Sony balik. Saya tidak terus pergi ke Kolej Harun Aminurrashid kerana Sony meminta saya mengajarnya membuat blog. Saya pergi ke rumahnya di Taman Anggerik. Setelah selesai membuat blog, kami berdua pergi ke pekan untuk menjamu selera dan membeli barang keperluan. Kira-kira jam 3 petang barulah kami balik. Sampai sahaja di Kolej, saya singgah di perkarangan Kolej untuk menyaksikan perlawanan futsal tiga sebelah. Saya member sorakan dan semanagat kepada kawan saya yang sedang bermain. Pada pukul 4.30 petang saya balik ke bilik. Oleh sebab keletihan saya tertidur.

Komen:

Sepatutnya tenaga pengajar cina itu tidak boleh memarahi orang yang diajarnya. Lagipun, tiada manusia yang dilahir terus pandai memandu kereta begitu juga dengan tenaga pengajar itu sendiri. Kita hendak belajar kereta kerana ingin pandai memandu kereta dengan cara yang betul. Oleh itu, selaku tenaga pengajar, kita harus menggunakan bahasa yang menyedapkan telinga serta memberi motivasi kepada orang yang diajar agar dia mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menerima perkara yang diajar dengan secepat mungkin. Jika kita menggunakan bahasa yang kurang baik seperti “lembab”, orang yang diajar akan berasa takut, cemas, tidak selesa, serta mudah panik. Sebagai warganegara Malaysia kita harus berhati-hati bercakap. “Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap”. Oleh itu, bahasa yang kita gunakan seharian melambangkan identiti serta tahap pendidikan kita. Orang cina apabila berbahasa Melayu, loghat cinanya memang ada seperti “lu” yang bermaksud “awak”. Budi bahasa budaya kita.

No comments:

Post a Comment