Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji
rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta
hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai
sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang
telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam
sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan”
dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”. Oleh yang demikian,
secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata
secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
No comments:
Post a Comment