ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Tuesday, June 28, 2011

PUNCA-PUNCA KEMEROSOTAN SUKAN NEGARA

Nyatakan punca-punca kemerosotan mutu sukan di tanah air kita.
Contoh karangan:
Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.
Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemaian kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.
Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.
Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan “majulah sukan untuk negara” perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus berkembang dengan baik.

LAWAK SUAMI ISTERI

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, doktor. Yang jelas, saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Baiklah, cuba buat macam ni. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu kamu akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Pengajaran: Siasat kelemahan diri sendiri terlebih dahulu.

Friday, June 24, 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(MODEL DISKUSI)


Tingkatan                               :  2 Al-Farabi

Bilangan Pelajar                    :  30 orang

Tarikh                                     :  31 Mac 2011

Masa                                       :  40 minit

Mata Pelajaran                      :  Bahasa Melayu

Tema                                      :  Teknologi

Tajuk                                      :  Menonton televisyen: positif atau negatif

Bidang                                    :  Maklumat


Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPU

4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan.

HPK

4.2 Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil untuk meyakinkan pihak yang terlibat.


Aras 1 (ii)

Menganalisis dan menentukan pilihan berdasarkan aspek yang tertentu.





Objektif Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pelajaran, pelajar dapat mengemukakan dua kesan positif dan dua kesan negatif menonton televisyen dalam satu perenggan lengkap, tidak kurang daripada 30 patah perkataan.  

Pengetahuan/Kemahiran sedia ada

  • Pelajar pernah menonton dan mengetahui variasi rancangan televisyen.
  • Pelajar mengetahui kesan daripada menonton televisyen.

Penyerapan

  • Nilai murni                   :           Pembelajaran sepanjang hayat dan kerjasama.

  • Ilmu                             :           Pengetahuan.

  • KBKK                          :           Menjana idea – pelajar melakukan sumbangsaran bagi  
                                                            memperoleh idea yang bernas.

Penggabungjalinan

·         HHP                            :           2.3 Aras 1 (ii) 
                                                Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan  
                                                pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas.

·         Sebutan dan Intonasi  :           Menggunakan sebutan bahasa baku dalam                                                              pembentangan.

·         Tatabahasa                 :           Penggunaan “di” sebagai kata kerja atau kata sendi.

·         Kemahiran Bernilai Tambah:  Kemahiran berfikir




Fasa, Objektif Fasa dan Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Alat/KBT/KBKK/ Nilai

Induksi Set (5 minit)

·         Menarik minat pelajar;
·         Menghadirkan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran;
·         Menimbulkan perasaan ingin tahu; dan
·         Menarik perhatian pelajar.

·         Guru menyebut beberapa sorotan cerita atau rancangan televisyen untuk diperdengar kepada pelajar.
·         Guru menanyakan beberapa soalan kepada pelajar.
·         Guru mengaitkan jawapan yang diberikan oleh pelajar dengan topik pelajaran.  




Fasa 1 : Pengenalan (5 minit)
(Membentangkan isu yang akan dibincangkan.)



·         Guru mengemukakan isu televisyen, sama ada mendatangkan kesan positif atau negatif.
·         Guru menggunakan kaedah soal jawab bagi mengetengahkan kesan positif dan negatif menonton televisyen.





Fasa 2 : Eksplorasi (20 minit)
(Pelajar mendalami maksud tajuk, memperjelas pemikiran dan melibatkan diri.)
















Tatabahasa: “di” sebagai kata kerja atau kata sendi.

·         Guru mengedarkan lembaran kerja untuk diisi oleh pelajar.
·         Guru memberikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan aktiviti berkumpulan.
·         Pelajar membentuk kumpulan berdasarkan bahan edaran yang disediakan.
·         Pelajar berbincang sesama ahli kumpulan untuk menjana idea mengenai kesan menonton televisyen.
·         Setiap kumpulan perlu melantik seorang wakil untuk membuat pembentangan di hadapan kelas.
·         Guru meminta semua pelajar mencatat isi penting dan fakta yang dibincangkan dalam lembaran kerja.
·         Pembentangan dijalankan.
·         Guru mengulas pembentangan yang telah berlangsung.
(Guru menguji pengetahuan pelajar berkenaan penggunaan “di” sama ada sebagai kata kerja atau kata sendi).


Nilai : Kerjasama

Lembaran grafik 1:
Grafik kesan positif dan negatif menonton televisyen.




Fasa 3 : Merumus (5 minit)
(Meringkas/menyimpulkan isi utama yang diperoleh.)



·         Guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi pendapat sama ada menonton televisyen mendatangkan kesan yang positif atau negatif.   
·         Guru memberikan penegasan bahawa positif atau negatif  sesuatu perkara bergantung kepada kebijaksanaan manusia mengolahnya.
*18SX
*18SG
*18PL
*Umum


KBT – Kemahiran berfikir



Nilai : Pembelajaran sepanjang hayat.






Penutup (5 minit)

·         Menghubungkaitkan pelajaran hari ini dengan pelajaran akan datang.



·         Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa pembelajaran hari ini berkaitan dengan pelajaran akan datang.


Nilai : Pembelajaran sepanjang hayat.



Ulasan
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tuesday, June 21, 2011

KOMSAS

LAWAK SEMASA MENGAJAR KOMSAS
UNSUR GAYA BAHASA:
ASONANSI
ALITERASI
PERSONIFIKASI
INVERSI

KARANGAN PMR & SPM : KESAN KENAIKKAN HARGA MINYAK

Tajuk:
Kenaikan harga minyak mula dirasai di negara ini.
Huraikan impak negatif yang timbul daripada keadaan ini.

Contoh Jawapan:

Kenaikan harga minyak dikaitkan dengan peningkatan secara mendadak harga petroleum di pasaran dunia. Antara sebab yang membawa peningkatan ini ialah pertumbuhan ekonomi global, peperangan di negara pengeluar minyak dan juga kejadian bencana alam yang melanda sesebuah negara itu. Jadi, kenaikan harga minyak ini memang membawa banyak impaknya.

Impak yang ketara ialah kos kehidupan masyarakat akan meningkat juga. Kebanyakan harga komoditi terutama makanan dan produk kilang akan meningkat selari dengan pertambahan harga barang lalu bajet bulanan masyarakat turut terjejas. Jelaslah, kos kehidupan akan menjadi bertambah tinggi sebaik sahaja harga minyak melambung.

Selain itu, harga barang akan turut menjadi mahal ekoran peningkatan harga minyak ini. Pengguna terpaksa membeli barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah dengan kadar harga yang jauh lebih tinggi kerana kos hidup bertambah pula. Sesungguhnya, harga barang yang tinggi menyebabkan ada pengguna yang tidak mampu untuk membelinya pula.

Malah, tambang pengangkutan terutama pengangkutan awam akan berlipat kali gander pula. Syarikat pengangkutan terutama bas terpaksa meninggikan tambang kerana mereka menggunakan minyak dengan banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka itu. Maka, kos pengangkutan yang tinggi ini menyebabkan ada ahli masyarakat yang tidak mampu untuk menggunakannya.

Tambahan pula, kenaikan harga minyak boleh menjadikan keadaan politik negara tidak stabil. Banyak pihak akan melakukan tunjuk perasaan sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenailkan ini. Jadi, tunjuk perasaan yang kerap itu boleh mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak aman pula di dalam negara kita.

Kesimpulannya, semua kesan negatif ini memang wujud apabila harga minyak melambung. Kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang boleh mengurangkan impak kenaikan ini. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’ amat penting direnungi oleh kita semua sebelum terlewat.

Sunday, June 19, 2011

PERBEZAAN GURU

PERBEZAAN ANTARA SEORANG GURU DI SEKOLAH DENGAN SEORANG GURU TUISYEN.
YANG MANA SATU GURU DI SEKOLAH?
YANG MANA SATU GURU TUISYEN?

LAWAK SMS

PELAJAR MODEN VS PELAJAR TRADISIONAL

Pelajar kini jauh berbeza daripada pelajar zaman dahulu. Pelajar kini terpengaruh dengan arus teknologi yang semakin pesat. Oleh itu, pelajar kini semakin malas kerana hanya bergantung kepada alat teknologi. Mereka juga asyik melayan alat teknologi sehinggakan tidak ada masa untuk mengulang kaji pelajaran.

KARANGAN PMR & SPM : KESAN KEDATANGAN PENDATANG ASING

Tajuk:
Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini. Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing ini.
Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran pendatang asing ini.

Contoh Jawapan:


Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan kini. Ada masyarakat yang menganggap pekerja asing ini penting dan ada yang menganggap mereka sebagai pengacau yang harus dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan isu ini turut dimainkan oleh media massa yang memang menangguk di air keruh. Jadi, adakah pekerja asing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah disebalik kehadiran pekerja luar negara ini?


Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya.


Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing.


Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan negara kita?


Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu dan jenayah menjadi tempat untuk mereka memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, semakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa.


Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara secara efektif. Sebaliknya, wang negara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Jadi, keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawatan ekonomi.


Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan dan menyelamatkan negara. Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerja asing tetapi cara mengawal kedatangan mereka, cara menentukan sektor pekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh bekerja untuk mereka di negara ini. Ringkasnya, masalah ini akan terus menghantui kita buat sekian lama.

KARANGAN SPM : KEPENTINGAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Pada tahun 2002, Program Latihan Khidmat Negara ditubuhkan dan ia juga merupakan kursus latihan yang wajib dilatih selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh Malaysia. Pelatih yang dipilih merupakan pelajar yang baru menamatkan pedidikan sekolah menengah mereka. Pelajar yang terlibat kebanyakkan berumur 17 tahun dan 17 tahun ke atas.


Latihan ini bertujuan untuk membinakan sahsiah diri yang bermatlamatkan pembinaan dan pengukuhkan semangat patriotisme?di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan yang positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana ia dilaksanakan menurut cara Malaysia. Program ini dilaksanakan dengan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.


Program dilaksanakan untuk mendatangkan pelbagai jenis manfaat kepada remaja. Remaja dapat menyemaikan nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada zaman ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak mengetahui erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka.


Latihan PLKN ini juga bertindak sebagai satu mekanisme bagi pembentukan disiplin diri para remaja. Disiplin diri merupakan teras kepentingan bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan berdisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan pengujian ketahanan mental dan fizikal.


Program ini melibatkan remaja yang pelbagai kaum untuk memperkukuhkan integrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara Negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui sistem pentadbiran


Program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu, iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat masyarakat. Latihan fizikal PLKN tidak membabitkan penggunaan senjata api atau latihan ketenteraan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas ketenteraan ini, para remaja didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang?mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara.. Justeru, semua pihak?khususya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini.