ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Tuesday, February 15, 2011

PENGEKALAN BAHASA

Inilah akibatnya kita belajar banyak bahasa. Kita akan menghadapi kecelaruan berbahasa dan menyebabkan kita tidak dapat berbicara dengan sempurna. Kadang-kadang kita menunjuk-nunjuk bahawa kita pandai berbahasa Inggeris. Padahlah sesuatu yang diujarkan salah dan menyebabkan orang tergelak. Pada hari ini, ada seorang rakan saya telah menyebabkan saya tergelak. Dia menyebut cuba try.

Komen:
Sekiranya kita kurang mahir dalam bahasa Inggeris, kita seharusnya jangan berlagak seperti orang mahir dan fasih. Kita jati diri orang Melayu yang makan belacan ini sememangnya menuturkan bahasa Kebangsaan kita dalam perbualan seharian. Tidak ada bangsa lain yang ingin memartabatkan bahasa Melayu selain kita sendiri. Pengekalan bahasa Kebangsaan kita haruslah tersemat di dalam jiwa agar kita rasa cinta dan bangga terhadap bahasa Kebangsaan kita. 

Monday, February 14, 2011

PENGARUH BAHASA ASING

Dewasa ini, tidak kira pelajar sekolah menengah malah mahasiswa dan mahasiswi sering terpengaruh menggunakan bahasa asing dalam pembentangan formal, yakni menggunakan bahasa Melayu sebagai penyampai maklumat. Pada hari ini, terdapat seorang pelajar yang telah membuat pembentangan telah terpengaruh dengan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Perkara yang mengecewakan adalah dia(pembentang) merupakan bakal guru bahasa Melayu. Dia telah mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti so, advance dan sebagainya.

Komen :
Menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan tidak salah, tetapi jika kita ingin menggunakan bahasa Inggeris, gunakanlah bahasa tersebut sepenuhnya. Begitu juga dengan bahasa Melayu, jika kita ingin menggunakan bahasa Melayu, gunakanlah bahasa Melayu sepenuhnya. Kita sebagai bakal guru haruslah belajar mengunakan bahasa Melayu tinggi agar pelajar mengikut jejak langkah kita. 

Friday, February 11, 2011

PENGARUH BAHASA LISAN

Dewasa ini, para pelajar atau mahasiswa terpengaruh dengan bahasa lisan (bahasa percakapan) dalam penulisan formal ataupun pembentangan tugasan secara formal. Pada hari ini, pembentangan pembelajaran mikro diadakan. Dalam pembentangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang menggunakan bahasa lisan dalam pembentangan. Contohnya, kat, wat dan sebagainya.


Bahasa Lisan (bahasa Percakapan)                    Bahasa Melayu tinggi
1. Kat                                                                    di
2. Wat                                                                   buat


Komen:
Kita sebagi seorang guru seharusnya mengelakkan perkara sebegini berlaku. Kita hendaklah menggunakan bahasa Melayu Tinggi dalam situasi formal. Misalnya, perkataan "kat" harus digantikan dengan "di". Pengaruh bahasa lisan ini semakin menular. Oleh itu, kita sebagai bakal guru harus berganding bahu menyelesaikan perkara yang dianggap remah ini agar tidak menjadi lebih parah. Kita sebagai bakal guru adalah menjadi model kepada pelajar. Jika kita menggunakan bahasa lisan dalam kelas, pelajar mungin akan terpengaruh dengan budaya ini. Kesimpulannya, terapkan bahasa Melayu Tinggi dalam situasi formal. 

Thursday, February 10, 2011

BAHASA PASAR

Lepas habis kelas, saya dan rakan-rakan makan di kedai cina di pekan Tanjong Malim. Situasinya :


Pelayan : Lu mau makan apa?
Saya     : ermm..bagi saya nasi campur.
Pelayan : belapa?
saya      : tiga
Pelayan : mau sup maa?
sony     : mau.


Komen :
Situasi di atas biasanya berlaku di pasar membeli belah dan kedai makan. Biasanya, bahasa yang digunakan dalam situasi ini ialah bahasa pasar. Oleh itu, kita haruslah dapat mengenalpasti laras bahasa yang sesuai digunakan dalam komunikasi harian. Kita juga hendaklah pandai bergaul dengan masyarakat sekeliling agar komunikasi dua hala berlaku.

Wednesday, February 9, 2011

PENGARUH KHIDMAT PESANAN RINGKAS

Kini pengaruh khidmat pesanan ringkas(SMS) dalam aktiviti formal semakin meningkat. Pada hari rabu, semasa pembentangan tugasan kumpulan, saya dapati ada pengaruh khidmat pesanan ringkas dalam slide. Contohnya, sama2x, mrk dan sebagainya.


Komen:
Kita sebagai guru seharusnya mengelakkan penggunaan bahasa SMS dalam situasi formal. Kita sebagai guru hendaklah menggunakan bahasa Melayu tinggi semasa membuat pembentangan.

Tuesday, February 8, 2011

ASIMILASI BAHASA DAN BUDAYA


Semasa duduk di perhentian bas di kampus, saya terdengar perbualan dua orang rakan. Saya mendapati seorang pelajar Sabah dan seorang pelajar Kelantan. Perkara menarik yang saya hendak kongsikan ialah terdapat berlakunya percampuran bahasa. Saya mendengar mereka berbual mesra, yakni mungkin mereka kawan rapat. Pelajar Sabah tersebut menggunakan beberapa perkataan bahasa Kelantan seperti kawe, demo dan sebagainya. Begitu juga dengan pelajar dari Kelantan yang turut menggunakan perkataan Sabah seperti bah, kau dan sebagainya.

Komen :
Perkara ini sangat menarik bagi saya kerana kedua-dua pelajar tersebut sama-sama belajar bahasa dan budaya orang lain. Ini adalah asimilasi bahasa, yakni percampuran bahasa Sabah dengan bahasa Kelantan. Kita rakyat majmuk seharusnya memahami budaya dan bahasa etnik lain walaupun kita berbeza agama dan warna kulit. Inilah 1 Malaysia, hidup dalam satu bumbung.

Monday, February 7, 2011

KESANTUNAN BAHASA

Pada hari ini, saya hendak pergi kuliah di Proton City. Semasa menunggu bas, saya terdengar dua orang pelajar di belakang saya berbual. Mereka mengeluh tentang kitaran bas di UPSI. Situasinya :

Pelajar A: Lamanya bas ni.
Pelajar B :Itulah, kita dah setengah jam tunggu sini.
Pelajar A : Mana bas ni, bodah la pemandu bas ni. Bas pergi ke Kampus banyak, tapi bas pergi PC satupun takde.
Pelajar B : Kita dah lewat ni..dah pukul 9 ni.

Komen :
Keluhan seperti ini sering kita didengar ketika sedang menunggu bas. Inilah fenomena yang berlaku di UPSI iaitu bas kadang-kadang tidak ada. Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang pelajar bergelar mahasiswa seharusnya bertimbang rasa. Kita juga seharusnya mengelakkan menggunakan perkataan negatif seperti bodoh. Kesantunan pengggunaan bahasa harus ditanam dalam jiwa kita.