ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Sunday, September 18, 2016

ESEI BM STPM - PUNCA DAN KESAN PENCEMARAN BUNYI

LATIHAN INTENSIF BERFOKUS
Selama ini kita lebih banyak memberikan perhatian kepada masalah pencemaran air dan udara berbanding dengan masalah pencemaran bunyi, walhal pencemaran bunyi juga boleh membawa kesan negatif kepada kita. Berikan pendapat anda tentang punca dan kesan pencemaran bunyi yang juga dianggap berbahaya itu.

          Kita mengakui hakikat bahawa pencemaran bunyi di negara kita selama ini belum begitu diberikan perhatian oleh pihak berkuasa dan orang ramai berbanding dengan masalah pencemaran air dan udara. Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini isu pencemaran bunyi sudah menjadi isu vang sering diperkatakan orang disebabkan kesannva ke alas kesihatan sudah mula terasa. Masalah ini semakin terasa, terutamanva apabila banvak lebuh rava dibina berhampiran kawasan perumahan di bandar besar, seperti Lebuhraya Damansara-Puchong. Pencemaran bunvi merupakan salah satu jenis pencemaran vang timbul selaras dengan perkembangan infrastruktur dan ekonomi negara. Jika tidak diberikan perhatian yang serius, pencemaran ini akan menimbulkan banvak masalah kepada orang ramai.
Punca utama yang menimbulkan pencemaran bunyi ialah pertambahan jumlah kenderaan, terutamanva di jalan rava. Masalah kesesakan lalu lintasyang timbul menyebabkan kebisingan, iaitu daripada hon kereta dan bunyi enjin kenderaan berat, terutamanya yang telah usang dan berenjin diesel. Begitu juga keadaannya dengan alat pengangkutan awam, seperti bas dan teksi yang terdiri daripada kenderaan lama yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi atau yang fungsinya tidak efisien lagi. Keadaan akan menjadi bcrtambah buruk apabila ada pemilik kenderaan mengubahsuaikan ekzos kenderaan mereka dengan tujuan untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan bising.
Kerja di tapak pembinaan dan proses pengeluaran di kilang juga merupakan faktor yang menyebabkan pencemaran bunyi. Negara kita mengalami proses pembangunan pada tahap optimum dan dengan itu mengalami ledakan dalam bidang perindustrian dan pembinaan. Proses pembinaan bangunan baharu, infrastruktur, dan kerja pembinaan jalan raya melibatkan penggunaan jentera dan mesin yang mengeluarkan bunvi yang kuat. Selain itu, pengubahsuaian struktur lanah, seperti pemotongan lereng bukit untuk membuka kawasan perumahan baharu dan  jalan raya yang menggunakan jentera berat, seperti mesin penggerudi pula mengeluarkan bunvi bising. Kilang juga menggunakan mesin pemprosesan yang besar dan jentera pendingin vang lazimnya mengeluarkan bunvi yang kuat, kesan daripada penggunaan tenaga yang amat tinggi. Kesemuanya ini mewujudkan masalah pencemaran bunyi.
Perkembangan dunia hiburan dan teknologinya juga menjadi antara punca wujudnya pencemaran bunyi. Pada masa ini, banyak peralatan hi-fi telah dicipta dan untuk menimbulkan keseronokan yang optimum, peralatan tersebut dibunyikan dengan volum yang tinggi. Di kota besar, kemunculan pusal hiburan yang menggunakan teknologi yang canggih menyebabkan peningkatan tahap bunyi di kawasan berhampiran. Pusat hiburan, seperti disko dan aktiviti hiburan, seperti konsert, lazimnya menggunakan peralatan muzik yang mengeluarkan bunyi yang melebihi had pendengaran manusia, iaitu 80 desibel. Sesetengah individu pula amat gemar membunyikan peralatan hi-fi pada volum vang tinggi sehingga larut malam. Mereka yang tinggal berdekatan akan mengalami gangguan daripada keadaan tersebut.
Kesan pencemaran bunvi vang ketara ialah gangguan pada organ pendengaran manusia. Manusia mempunyai kebolehan mendengar bunyi tidak melebihi 80 desibel. Pendedahan kepada bunyi yang melebihi had ini secara berpanjangan akan menyebabkan gangguan pada gegendang telinga dan akibatnya seseorang itu boleh menjadi pekak. Organ pendengaran manusia begitu lembut dan sensitif dan sekiranya terdedah begitu lama kepada bunyi yang terlalu kuat akan menjejaskan fungsinya, sama ada secara kekal atau sementara. Kajian yang dilakukan terhadap pekerja kilang yang sering terdedah kepada bunyi jentera yang kuat selama beberapa tahun menunjukkan tahap pendengaran mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja yang tidak terdedah kepada keadaan demikian.
Pencemaran bunyi juga menyebabkan gangguan psikologi dan tekanan emosi kepada seseorang. Pendedahan kepada kebisingan yang melampau boleh menjejaskan keupayaan berfikir seseorang. Seterusnya, bunyi yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan seseorang bertindak seeara agresif dan di luar kawalannya. Tekanan boleh menjadi kesan kekal sekiranya pendedahan kepada bunyi yang kuat tidak dikurangkan. Di sebalik itu, bunyi yang bising juga boleh mengganggu tumpuan seseorang terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Seseorang pelajar di sebuah sekolah yang terbina bersebelahan dengan jalan raya yang sibuk misalnya, tidak akan dapat mengikuti pelajaran dengan tenteram. Hal yang sama juga berlaku apabila seseorang pekerja pejabat tidak dapat melakukan kerja dengan efisien ketika pejabatnva diubah suai. Dengan perkataan lain, kebisingan boleh menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang dan ini tentunya amat merugikan.
Kesimpulannya, apa-apa juga pencemaran, sama ada pencemaran air, udara ataupun pencemaran bunyi boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan manusia, seterusnya menjejaskan kelancaran aktiviti seharian mereka. Dengan itu, langkah sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk memastikan masyarakat yang dinamik dapat diwujudkan. Ini tidaklah bermakna kita hams menolak pembangunan dan mengelak daripada menggunakan ciptaan sains dan teknologi yang menjadi penyebab kepada masalah itu. Yang harus kita lakukan ialah mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya secara sistematik dan saintifik.




No comments:

Post a Comment