ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Monday, October 10, 2011

CONTOH JURNAL REFLEKSI PENGAJARAN


Saya masuk ke kelas 2 Bestari dengan penuh yakin. Segala yang hendak diajarkan pada hari ini sudah dirancang secukupnya. Saya penuh yakin pengajaran pada hari ini dapat berlangsung dengan baik. Saya mengaplikasikan Model Pengajaran Secara Langsung. Sebelum memulakan pengajajaran saya memastikan semua pelajar dalam keadaan sihat dan menyuruh mereka mengutip sampah terlebih dahulu.
            Ini merupakan pengajaran saya yang pertama untuk kelas 2 Bestari. Semasa pengajaran berlangsung saya menggunakan teknik 5W 1H. Apa yang menguji kesabaran saya ialah saya dapati pelajar membuat bising, tidak menumpukan perhatian dan sembang dengan rakan mereka. Kelas ini adalah kelas sederhana, yakni pelajarnya agak nakal, aktif, dan pasif.
            Saya terpanggil untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang seimbang di mana setiap pelajar harus bercakap dan memberi pendapat. Oleh itu, saya nekad untuk bertanya kepada setiap pelajar. Pelbagai soalan timbul dalam fikiran  saya. Adakah pengajaran saya terlalu cepat sehingga pelajar tidak dapat mengikutinya? Adakah pelajar bosan terhadap pengajaran saya?
            Saya sedar, bahawa pelajar tingkatan 2 Bestari malas berfikir untuk mencari maksud setiap rangkap pantun. Saya perhatikan mereka hanya bergantung kepada guru, yakni berpusatkan guru.
            Pada minggu hadapan, jika saya akan mengajarkan maksud pantun yang berikutnya. Saya akan mengambil masa yang lebih untuk mengajar mereka cara mencari maksud setiap rangkap pantun dan saya akan sentiasa bertanya kepada mereka agar mereka memerah otak untuk berfikir. Saya berharap dengan cara ini pelajar dapat memberi pendapat dalam perbincangan walaupun kurang tepat. 

No comments:

Post a Comment