ISU-ISU TERKINI

Sunday, August 21, 2011

WIRA PERSONA AVATARI : GAYA BAHASA

Gaya Bahasa

Diksi
Pemilihan  kata  yang digunakan oleh pengarang bersesuaian  dengan  jalan cerita
yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang  pengkomputeran serta teknologi
maklumat  dan  komunikasi.  Contoh  kata -kata  tersebut  seperti
modul  litar,  cip
mikroelektrik, ruang siber, realiti maya,
dan sebagainya.

Ayat
a) Ayat pendek. Contohnya:
³Masuk?´
(hal. 11)
Anas terdiam.
(hal.40)
b) Ayat panjang. Contohnya:
Kelas silat yang dihadirinya di sekolah setiap petang Selasa dan Khamis
banyak  memberi  gad is  itu  keyakinan  diri  dan  kemahiran  hidup
berdikari.
(hal.13)
Di  hujung  talian  kawalan  avatar  Shogun,  di  sebuah  kafe  siber  di
kawasan hiburan Tokyo, seorang gadis berna ma Aya Morita mendengar
jawapan  Hang  Tuah  dengan  teliti  melalui  skrin  komputer
multimedianya.
(hal. 33)

Simile
Banyak unsur simile digunakan pengarang. Antaranya:
a)
Mereka  nampak  pergerakannya
seperti  satu  tarian  yang  lancar  dan  penuh
seni
, tetapi masih pasti amat berbisa.
(hal. 64)




b)
Kalau  ikatan  untk  bersama  dalam  satu  pasukan  itu  kuat,  maka  ribut  yang
berlaku tak ubah
seperti ribut dalam cawan.
(hal.74)

Personafikasi
Unsur personafikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara
tertentu dimasukkan oleh pengarang. Contohnya:
a)
Adeen,  Anas,  Aina,  dan  Pauline  diam  kerana
minda  mereka  masih
menghadam
apa yang baru disampaikan oleh Cikgu Nisah.
(hal. 65)
b)
Petang semakin tua.
(hal. 17)

Sinkope
Pengarang menggunakan sinkope atau singakatan  kata. Contohnya:
a)
³Papa
ni
... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat
ganda daripada pelaburan papa
tu
,´ usik Pauline pula.
(hal. 59)
b)
³Ala, Abang Anas
ni
. Aina bergurau
sikit
pun
tak
boleh.´
(hal.55)
Metafora
Unsur gaya metafora juga digunakan. Contohnya:
a)
Memang ayah pelita hidup ibu
.                                                       (hal.23)
b)
Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah
bisa
kata-kata
Kumar.
(hal.59)

Peribahasa
Terdapat peribahasa yang digunakan pengarang. Antaranya:
a)
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu seribu dalih
.                     (hal.28)




b)
Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga.
(hal.28)

Falsafah/Kata-kata hikmat
Falafah hidup atau kata -kata hikmat digunakan oleh pengarang. Antaranya:
a)
Tiada  guna  api  melawan  api.  Dia  lebih  suka  menjadi  air  yang  sejuk  dan
tenang.
(hal. 55)
b)
Jodoh,  pertemuan,  ajaldan  maut  di  tangan  Allah.  Berpantang  mati  sebelum
ajal. Selagi ada nyawa selagi itu ada saya.
(hal. 23)

Penggunaan Bahasa Inggeris
a)
Penyemak lewa atau
browser
Internet yang sudah dilancarkan.
(hal. 25)
b)
³Macam
rappe
r saja.
Habislah kita. Tahukah dia guna komputer?
(hal. 53)


No comments:

Post a Comment