| Watak Sampingan (Aina) |
| 1. Seorang perempuan yang berusia 12 tahun dan anak kepada Maizan dan Profesor |
| Fitri. |
| 2. Merupakan adik kepada Anas yang banyak mewarisi rupa dan bakat daripada |
| ayahnya. |
| 3. Aina seorang yang rajin. Buktinya, walaupun waktu rehat telah tiba, beliau amat |
| tekun menyiapkan kerja sekolahnya. |
| 4. Aina mematuhi suruhan agama walaupun usianya masih muda. Buktinya, beliau telah |
| berpuasa sunat pada bulan Rejab. |
| 5. Aina seorang rakan yang baik. Buktinya, beliau menggalakkan Zuriani ke arah |
| kebaikan dengan menasihati Zuraini untuk berlatih berpuasa walaupun usia masih |
| kecil. |
| 6. Aina pandai bersilat. Buktinya, beliau menumpaskan Zuraini semasa perlawanan |
| dalam latihan Cikgu Nisah. |
| 7. Aina bijak mengurus masa. Buktinya, beliau telah menyiapkan ker ja sekolahnya |
| terlebih dahulu walaupun kerja sekolah itu perlu dihantar pada minggu hadapan. |
| 8. Aina pandai memujuk. Buktinya, beliau pandai mengambil hati dan menasihati |
| abangnya yang telah kecewa dalam kekalahan pasukan hokinya. |
| 9. Aina bijak dan berfikiran luas. Buktinya, beliau telah mencadangkan kepada Anas |
| supaya menggunakan kaedah tradisonal untuk memesan borang pendaftaran |
| pertandingan itu setelah tidak berjaya mendaftar secara talian langsung. |
| 10. Aina juga mahir dalam penulisan sajak. Buktinya, dia telah mewarisi bakat ayahnya |
| dalam menulis sajak dan Anas juga berpendapat seperti itu. |
| 11. Aina suka bergurau. Misalnya, dia suka mengusik dengan mengaitkan hubungan |
| antara Anas dan Pauline. |
| 12. Aina seorang yang tegas. Buktinya, beliau tetap mengatakan bahawa menjadi satu |
| kesalahan membeli CPU di pasar gelap. |
| 13. Aina pandai menjaga hati sahabat. Buktinya, beliau yang telah menyinggung hati |
| Zuraini cuba memulihkan keadaan dengan mengajak Zuraini menyertai pasukannya |
| untuk bertanding dalam pertandingan Avatari. |

No comments:
Post a Comment