| Watak Utama (Anas) |
| 1. Anas berumur 17 tahun merupakan anak kepada pasangan Maizan dan Profesor Fitri. |
| Beliau juga merupakan abang kepada Aina. |
| 2. Anas mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan. Buktinya, ketika beliau diserang |
| Samy di bilik persalinan, Anas berjaya menumpaskan Samy dengan ilmu |
| persilatannya. |
| 3. Anas juga berbakat dalam sukan hoki. Buktinya, dia berjaya menjaringkan gol |
| tunggal untuk pasukan hokinya. |
| 4. Anas seorang yang mudah kecewa. Walaupun dia berjaya menjaringkan gol tunggal |
| untuk pasukan hokinya, dia masih kecewa kerana pasukannya tidak dapat |
| menempatkan diri dalam perlawanan akhir. |
| 5. Anas berfikiran positif. Buktinya, beliau masih mempercayai bahawa ayahnya masih |
| hidup. Beliau tidak percaya kepada gossip yang mengatakan ayahnya telah ditawan |
| oleh makhluk asing. |
| 6. Anas juga seorang yang menurut perintah. Buktinya, Anas mengikut kehendak Aina |
| semasa Aina meminta Anas berpindah ke halaman lain semasa melayari laman web |
| Avatari. |
| 7. Anas seorang yang bertolak-ansur. Misalnya, beliau telah mendahulukan duitnya |
| dahulu untuk membayar borang dan yuran pendaftaran pertandingan. |
| 8. Anas bangga akan wira Melayu. Buktinya, beliau telah memilih avatar Hang Tuah |
| sebagai dirinya semasa berada dalam kamar bicara. |
| 9. Anas tegas. Buktinya, beliau tidak bersetuju dengan avatar Shogun T okugawa yang |
| mengatakan bahawa Negara ASEAN diper intah secara kuku besi. Lalu, beliau telah |
| meminta bukti daripada avatar tersebut untuk kenyataannya itu. |
| 10. Anas seorang yang suka ber debat dan menyuarakan pendapatnya. Buktinya, beliau |
| menghabiskan masa dalam kamar bicara untuk berkongsi idea dan berbalas hujah |
| dengan pengguna(avatar) yang lain. |
| 11. Anas seorang abang yang baik. Misalnya, beliau telah memimpin adiknya masuk ke |
| bilik tidur setelah dapati adiknya telah tertidur di kerusi. |
| 12. Anas seorang yang sensitif. Beliau amat terasa dengan gurauan ayahnya dan Pak Cik |
| Ho yang ingin beliau dan Pauline bertunang. Akibatnya, persahabatan beliau dan |
| Pauline telah renggang. |
| 13. Anas seorang yang tidak mementingkan diri sendiri. Buktinya, beliau sanggup |
| mengenepikan prinsip setia kawan dalam kumpulan untuk tidak berkawan dengan |
| perempuan. Demi menyertai Avatari dan memenuhi impian adiknya, beliau telah |
| meminta pertolongan Pak Cik Ho padahal beliau amat bimbang rakan-rakannya itu |
| mengatakan dia lemah kerana berkawan dengan Pauline yang merupakan anak kepada |
| pak Cik Ho. |
| 14. Anas seorang yang sabar. Walaupun beliau tersinggung dengan kata-kata Kumar yang |
| memperlekehkan Adeen, tetapi beliau hanya membiarkan kata-kata Kumar itu untuk |
| mengelakkan pergaduhan. |
| 15. Anas mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Buktinya, beliau telah membuang |
| lebihan makanan dan sampah di dalam dulang ke dalam tong yang disediakan. |
| 16. Anas mudah naik hangin. Buktinya, beliau mudah marah dengan gurauan Aina yang |
| mengaitkannya dengan Pauline. |
| 17. Anas seorang yang mempertahankan Islam. Buktinya, walaupun berada dalam ruang |
| siber, beliau tetap mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW. |
| 18. Anas berani. Buktinya, beliau telah memasukkan bicu ke dalam soket masa yang |
| mengakibatkan beliau terpelanting ke sisi akibat oleh daya cas elektrik daripada |
| perisai mesin masa. |
| 19. Anas matang dan mempunyai ketajaman fikiran. Buktinya, beliau telah berjaya |
| memimpin pasukannya untuk menyelesaikan masalah pada peringkat akhir yang |
| memberi peluang untuk memenangi piala Avatari. |

No comments:
Post a Comment