| Pengajaran |
| 1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contohnya, Anas dan |
| Aina sentiasa mengharapkan kepulangan ayahnya yang hilang tanpa khabar berita |
| selama 6 bulan. |
| 2. Kita perlulah menggunakan kemudahan teknologi dengan sebaik-sebaiknya. |
| Misalnya, penggunaan kamar bicara ada mendatangkan kebaikan dan kelemahan. Ini |
| bergantung kepada penggunaannya sama ada dapat memanfaatkan kelebihannya |
| ataupun tidak. |
| 3. Kita hendaklah menjaga hubungan persahabatan agar sentiasa berada dalam keadaan |
| yang baik. Contohnya, disebabkan gurauan ayahnya dan Pak Cik Ho yang inginkan |
| Anas dan Pauline bertunang, hubungan mereka renggang. |
| 4. Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contohnya, Kumar |
| telah memperlekehkan komputer Pak Cik Tan yang lama dan beliau bertindak kasar |
| dengan menghempas daun pintu apabila hendak pulang. |
| 5. Kita perlulah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Contohnya, Anjali telah |
| menurut perintah abangnya supaya menggagalkan usaha Pasukan Zamrud II |
| memenangi pertandingan Avatar. Seharusnya, Anjali perlu berfikir bahawa perbuatan |
| tersebut merupakan satu kesalahan. |
| 6. Kita janganlah berputus asa jika dilanda kesusahan. Contohnya, walaupun Aina telah |
| ditembak dan pasukan Zamr ud II kehilangan seorang ahli, pasukan Zamrud II tetap |
| meneruskan usaha memenangi pertandingan tersebut dengan menggantikan posisi |
| Aina dengan Zuraini. |
| 7. Kita tidak harus menukar sejarah silam kerana setiap ketetapannya mempunyai |
| rahmatnya. |
| 8. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, |
| Anas cuba memujuk dan menenangkan Aina ketika Aina bersedih atas kehilangan |
| ayahnya itu. |
| 9. Kita perlulah berusaha ber sungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu. Contohnya, |
| pasukan Zamrud II telah membuat persiapan awal dengan menjalani latihan fizikal |
| dan mental demi memenangi pertandingan Avatari nanti. |
| 10. Kita seharusnya tidak terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Contohnya, Kumar |
| merupakan ketua samseng yang menimbulkan keadaan huru-hara di Game Star. |
| 11. Kita hendaklah mengikut contoh yang baik. Contohnya, Aina dan Anas mengikut |
| jejak langkah ayahnya dengan memenangi pertandingan Avatari yang pernah |
| dimenangi ayahnya dahulu. |
| 12. Kita hendaklah mengekalkan adat warisan Melayu. Contohnya, Aina telah memasuki |

No comments:
Post a Comment