ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Sunday, August 21, 2011

WIRA PERSONA AVATARI : WATAK PAULINE, ADEEN, ANJALI

Watak sampingan (Pauline)
1.  Pauline  seorang  gadis  perempuan  berusia  17  tahun  merupakan  anak  tunggal  kepada
pasangan Ho Shao Long dan  Angie.
2.  Pauline merupakan sahabat baik Anas sejak kecil lagi.
3.  Pauline  mudah  marah.  Buktinya,  beliau  telah  memarahi  Kumar  yang  tidak  sabar
menunggu  kedatangan Adeen  dan  sikap Kumar yang  tidak  berminat  untuk  menyertai
pertandingan itu.
4.  Pauline  juga  mempunyai  kesedaran  sivik  yang  tinggi.  Buktinya,  beliau  telah
membuang  lebihan  makanan  dan  sampah  di  dalam  dulang  ke  dalam  tong  yang
disediakan.
5.  Pauline  seorang  yang  cemburu.  Buktinya,  beliau  berasa  tersinggung  apabila  Anas
meninggalkannya untuk pergi ke Anjali.
6.  Pauline  mahir  dalam  sukan  wushu.  Buktinya,  beliau  yang  memasuki  kelas  Pak  Cik
Tan  berjaya  menyerang  Anjali  pada  pertarungan  mer eka  dalam  sesi  latihan  bersama
Cikgu Nisah.
7.  Pauline  juga  menghargai  hak  kebebasan  beragama.  Buktinya,  beliau  memahami
pendirian  Anas  yang  tidak  membenarkan  pihak  Yahudi  memenangi  kemenangan
moral terhadap Islam.
Watak sampingan (Adeen)
1.  Adeen mer upakan lelaki ber usia 18 tahun dan anak kepada Professor Zakri.
2.  Adeen merupakan  pelajar yang mengikuti kursus  kejuruteraan komputer  di  kolej khas
di Koridor Raya Multimedia.
3.  Adeen  berani.  Buktinya,  beliau  segera  menyambar  pisau  belati  yang  dipegang  Samy
ketika berada di  dalam bilik  persalinan.
4.  Adeen  seorang  yang  berfikiran  positif.  Buktinya,beliau  juga  menganggap  dan
mempercayai bahawa Profesor Fitr i  masih lagi hidup.
5.  Adeen  seorang  yang  tenang  dan  sabar.  Buktinya,  beliau  tidak  berkecil  hati  dengan
sikap dingin yang ditunjukkan  Kumar yang  berat untuk  menyambut persalamannya.
6.  Adeen  seorang  yang  berterus-terang.  Buktinya,  beliau  telah  menyuarakan  kelemahan
CPU  Pak  Cik  Tan  iaitu  CPUnya  masih  lemah  mengawal  per gerakan  avatar  ketika
bertempur.




7.  Adeen  mempunyai  pengetahuan teknologi  yang tinggi.  Buktinya, beliau  telah  berjaya
membina sebuah  papan litar induk menggunakan  cip MIMOS.
8.    Adeen seorang yang pantas berfikir. Buktinya, apabila beliau mendapati cip
mikroelektroniknya  hilang, beliau pantas teringat  akan cip yang sama  pada papan  litar
gentian yang dibawa oleh Pak Cik Tan.
Watak sampingan (Anjali)
1.  Anjali  atau  nama  sebenarnya  ialah  Laksmini  yang  diberi  julukan  nama  ratu
Brickfields.
2.  Anjali  dibesarkan  dalam  keadaan  yang  amat  daif  lagi  mencabar  merupakan  adik
kepada ketua samseng bernama Muthu.
3.  Anjali  seorang  yang  menghargai  apabila  diberi  pengiktirafan.  Buktinya,  beliau  telah
bangun  dan  melambaikan  tangannya  kepada  penonton  yang  telah  memberi  tepukan
kepadanya selepas beliau  memenangi pertandingan Robot War.
4.  Anjali  seorang  yang  kasar.  Buktinya,  rakan-rakan  seper mainannya  terdiri  daripada
budak lelaki sejak kecil.
5.  Anjali  seor ang  yang  busuk  hati.  Buktinya  beliau  telah  mengkhianati  dan  mensabotaj
pasukannya  dengan  menyembunyikan  cip  mikroelektrik  kerana  menur ut  perintah
abangnya.
6.  Anjali  berfikiran  sempit. Buktinya, beliau telah  menur ut  kata abangnya, Muthu untuk
menggagalkan  usaha Pasukan Zamrud  II walaupun perbuatan tersebut merupakan satu
kesalahan.

No comments:

Post a Comment