ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Sunday, August 21, 2011

WIRA PERSONA AVATARI: TEMA DAN PERSOALAN

Tema
Menerapkan  semangat  bekerjasama  dan  patriotisme  melalui  penguasaan
teknologi  maklumat  dalam  kalangan  remaja.  Aina,  baru  sahaja  mencecah  12
tahun,  tetapi  dengan  kebolehannya  dalam  bidang  teknologi  maklumat  dan
kerjasama  daripada  daripada  rakan -rakannya,  mereka  berjaya  menaikkan  imej
negara di persada dunia setelah menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan
Kesepuluh.

Persoalan
1. Teknologi  maklumat  dan  komunikasi  menjadi  satu  keperluan  di  zaman
moden. Contohnya, Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada
internet. Encik Ho Shao Long me njalankan perniagaan dengan membuka kafe
siber.
2. Persekitaran  membentuk  sahsiah  seseorang.  Contohnya,  Anjali  bersifat
kelakian  kerana  dibesarkan  oleh  abangnya  yang  merupakan  seorang  ketua
samseng. Kumar pula bersikap sombong dan angkuh kerana dibesarkan dala m
suasana yang mewah.
3. Unsur perpaduan merupakan salah satu  faktor penting  untuk  membangunkan
negara  yang  berbilang  kaum.  Contohnya,  ahli  pasukan  Zamrud  yang
berbilang  kaum  tetap  berkawan  sejak  sekian  lama.  Atas  dasar  ini  jugalah
Aina,  Anas,  Adeen  Anjali,  Pauline  dan  Zuriani  dap at  memenangi
pertandingan Avatari.

6 comments: