ISU-ISU TERKINI

Sunday, August 21, 2011

WIRA PERSONA AVATARI : LATAR


Latar Tempat
1.  Latar tempat dalam cerita ini ialah di bandar.
2.  Anggun  ± kompleks beli belah di  mana Pertandingan Avatari berlangsung.
3.  Bilik  kayu  atau  bilik  persalinan sementara ±  tempat  di  mana  Aina  ditembak  oleh  Ah
Kong.
4.  Bilik  bacaan  ±  tempat  Anas  dan  Aina  melayari  internet  untuk  mencari  maklumat
tentang pertandingan Avatari.
5.  Rumah  Pak  Ho  ±  Anas  dan  Aina  bertandang  ke  rumah  pak  Ho  untuk  meminta
pertolongan meminjamkan komputer alam maya kepada mereka.
6.  Pusat  pemainan  Game  Star  ±  Pauline,  Anas,  Aina  dan  Kumar  menunggu  kehadiran
Adeen di sini.
7.  Padang  bola  Kampung  Pindah  ±  Pauline,  Aina  ,  Anas  dan  Adeen  menjalani  latihan
fizikal dan  mental yang dikendalikan Cikgu Nisah.
8.  Pantai  ±  Pertempuran  dalam  latihan  berlaku  antara  Anjali  dan  Pauline  serta  Zuraini
dan Aina yang  diketuai Cikgu Nisah.
9.  Wad  ±  tempat  Aina  menerima  rawatan  akibat  kecederaan  yang  dialaminya  akibat
ditembak  Ah Kong.
Latar Masa
1.  Latar  masa cerita  ini ialah  pada  zaman sekarang  merangkumi waktu pagi, petang  dan
malam.
2.  Pagi- Aina tetap tekun menyiapkan kerja sekolah walaupun waktu rehat telah tiba.
3.  Petang  ±  Aina,  Anas,  Pauline,  Adeen  dan  Anjali  bersiap  sedia  untuk  meneruskan
cabaran terakhir pertandingan Avatari.
4.  Malam  ±  Aina  dan  Anas  mengendalikan  komputer  dalam  bilik  bacaan  untuk  mencar i
maklumat tentang pertandingan  Avatari.
Latar Masyarakat
1.  Masyarakat yang berada di bandar  dan hidup dalam kecanggihan teknologi.
2.  T erdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.
3.  Masyarakat  yang  bertindak  dengan  berani.  Contohnya,  Adeen  dan  Ana  cuba
menumpaskan Samy yang telah menceroboh bilik persalinan mereka.
4.  Masyarakat  yang  berhati  busuk.  Contohnya,  Chan  yang  mengarahkan  Muthu  untuk
menimbulkan  masalah  di  Game  Star  kerana  ingin  membalas  dendam  terhadap Pak
Cik  Ho disebabkan tidak  menjual Game Star kepadanya.
5.  Masyarakat  yang  mengabaikan  tanggungjawab.  Contohnya,  bapa  Anjali  telah
meninggalkan  Anjali  dan  adik-beradik yang  lain  tanpa  meninggalkan  sebarang  berita
hingga menyebabkan  Anjali dibesarkan  dalam suasana yang daif.


6.  Masyarakat  yang  sentiasa  berwaspada  untuk  kemudahan  pada  masa  akan  datang.
Contohnya,  Mak  Cik  Nora  bijak  melabur  wang  kemenangan  pasukan  Zamr ud  untuk
kegunaan  pada  masa  akan  datang.  Ahli  pasukan  Zamrud  juga  tidak  membelanjakan
semua wang yang mereka menangi.
7.  Masyarakat  yang saling  membantu  tanpa mengira  bangsa  dan  agama. Contohnya,Pak
Cik  Ho,  Pak Cik Kuppusamy,  Mak  Cik Nora dan  Mak Cik Vicky  telah membenarkan
Anas dan Aina untuk  menggunakan komputer realiti maya milik pasukan Zamrud.
8.  Masyarakat  yang  mahir  menggunakan  teknolongi  pada  usia  yang  masih  muda.
Contohnya,  walaupun  Aina  berusia  12  tahun,  beliau  mahir  melayari  internet  untuk
mencari bahan  maklumat kerja sekolahnya.
9.  Masyarakat  yang  bekerjasama  dalam  melakukan  sesuatu.  Contohnya,  Adeen,  Anas,
Aina,  Anjali,  Pauline  dan  Zuraini  berusaha  bersungguh-sungguh  untuk  sampai  ke
peringkat akhir pertandingan  Avatari.
10. Masyarakat  yang  bertanggungjawab  terhadap  keluarganya.  Contohnya,  Aina  dan
Anas  telah  memenuhi  impian  ayahnya,  Profesor  Fitri  untuk  melihat  anak-anaknya
menjadi juara pertandingan Avatari.
11. Masyarakat  yang  memberikan  galakan  kepada  generasi  muda.  Contohnya,  ahli
pasukan  Zamrud  telah  member i  bantuan  berbentuk  sokongan  moral  dan  kewangan
kepada pasukan Zamrud II supaya pasukan itu  menjuarai Pertandingan Avatari.
12. Masyarakat  yang  tidak  berputus  asa.  Contohnya,  Aina  masih  mengharap  ayahnya
masih hidup dan tidak berhenti berdoa agar ayahnya selamat.
13. Masyarakat  yang  membuat  persiapan  awal  dan  bersiap  sedia.  Contohnya,  pasukan
Zamrud II telah menjalani latihan berbentuk fizikal dan  mental diketuai Cikgu  Nisah.
14. Masyarakat  yang  riak  dan  angkuh.  Contohnya,  Kumar  bersikap  sombong  kerana
beliau merupakan anak kepada jutawan rangkaian barang kemas ternama di Malaysia.
15. Masyarakat  yang  ter jebak  dalam  gejala  sosial.  Contohnya,  Muthu  terlibat  dalam
gejala  samseng  dan  ketua  penjenayah  Chan  Kok  Meng  terlibat  dalam  pengedaran
dadah dan pil khayal.
16. Masyarakat  yang  mempertahankan  agamanya.  Contohnya,  Anas  mempertahankan
Islam  dan  Rasulullah  SAW  walaupun  ini  hanyalah  berbentuk  permainan.  Beliau
memastikan pihak Yahudi tidak memenangi kemenangan moral terhadap Islam.
 

2 comments: