| Latar Tempat |
| 1. Latar tempat dalam cerita ini ialah di bandar. |
| 2. Anggun ± kompleks beli belah di mana Pertandingan Avatari berlangsung. |
| 3. Bilik kayu atau bilik persalinan sementara ± tempat di mana Aina ditembak oleh Ah |
| Kong. |
| 4. Bilik bacaan ± tempat Anas dan Aina melayari internet untuk mencari maklumat |
| tentang pertandingan Avatari. |
| 5. Rumah Pak Ho ± Anas dan Aina bertandang ke rumah pak Ho untuk meminta |
| pertolongan meminjamkan komputer alam maya kepada mereka. |
| 6. Pusat pemainan Game Star ± Pauline, Anas, Aina dan Kumar menunggu kehadiran |
| Adeen di sini. |
| 7. Padang bola Kampung Pindah ± Pauline, Aina , Anas dan Adeen menjalani latihan |
| fizikal dan mental yang dikendalikan Cikgu Nisah. |
| 8. Pantai ± Pertempuran dalam latihan berlaku antara Anjali dan Pauline serta Zuraini |
| dan Aina yang diketuai Cikgu Nisah. |
| 9. Wad ± tempat Aina menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya akibat |
| ditembak Ah Kong. |
| Latar Masa |
| 1. Latar masa cerita ini ialah pada zaman sekarang merangkumi waktu pagi, petang dan |
| malam. |
| 2. Pagi- Aina tetap tekun menyiapkan kerja sekolah walaupun waktu rehat telah tiba. |
| 3. Petang ± Aina, Anas, Pauline, Adeen dan Anjali bersiap sedia untuk meneruskan |
| cabaran terakhir pertandingan Avatari. |
| 4. Malam ± Aina dan Anas mengendalikan komputer dalam bilik bacaan untuk mencar i |
| maklumat tentang pertandingan Avatari. |
| Latar Masyarakat |
| 1. Masyarakat yang berada di bandar dan hidup dalam kecanggihan teknologi. |
| 2. T erdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. |
| 3. Masyarakat yang bertindak dengan berani. Contohnya, Adeen dan Ana cuba |
| menumpaskan Samy yang telah menceroboh bilik persalinan mereka. |
| 4. Masyarakat yang berhati busuk. Contohnya, Chan yang mengarahkan Muthu untuk |
| menimbulkan masalah di Game Star kerana ingin membalas dendam terhadap Pak |
| Cik Ho disebabkan tidak menjual Game Star kepadanya. |
| 5. Masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab. Contohnya, bapa Anjali telah |
| meninggalkan Anjali dan adik-beradik yang lain tanpa meninggalkan sebarang berita |
| hingga menyebabkan Anjali dibesarkan dalam suasana yang daif. |
| 6. Masyarakat yang sentiasa berwaspada untuk kemudahan pada masa akan datang. |
| Contohnya, Mak Cik Nora bijak melabur wang kemenangan pasukan Zamr ud untuk |
| kegunaan pada masa akan datang. Ahli pasukan Zamrud juga tidak membelanjakan |
| semua wang yang mereka menangi. |
| 7. Masyarakat yang saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Contohnya,Pak |
| Cik Ho, Pak Cik Kuppusamy, Mak Cik Nora dan Mak Cik Vicky telah membenarkan |
| Anas dan Aina untuk menggunakan komputer realiti maya milik pasukan Zamrud. |
| 8. Masyarakat yang mahir menggunakan teknolongi pada usia yang masih muda. |
| Contohnya, walaupun Aina berusia 12 tahun, beliau mahir melayari internet untuk |
| mencari bahan maklumat kerja sekolahnya. |
| 9. Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Contohnya, Adeen, Anas, |
| Aina, Anjali, Pauline dan Zuraini berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke |
| peringkat akhir pertandingan Avatari. |
| 10. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya, Aina dan |
| Anas telah memenuhi impian ayahnya, Profesor Fitri untuk melihat anak-anaknya |
| menjadi juara pertandingan Avatari. |
| 11. Masyarakat yang memberikan galakan kepada generasi muda. Contohnya, ahli |
| pasukan Zamrud telah member i bantuan berbentuk sokongan moral dan kewangan |
| kepada pasukan Zamrud II supaya pasukan itu menjuarai Pertandingan Avatari. |
| 12. Masyarakat yang tidak berputus asa. Contohnya, Aina masih mengharap ayahnya |
| masih hidup dan tidak berhenti berdoa agar ayahnya selamat. |
| 13. Masyarakat yang membuat persiapan awal dan bersiap sedia. Contohnya, pasukan |
| Zamrud II telah menjalani latihan berbentuk fizikal dan mental diketuai Cikgu Nisah. |
| 14. Masyarakat yang riak dan angkuh. Contohnya, Kumar bersikap sombong kerana |
| beliau merupakan anak kepada jutawan rangkaian barang kemas ternama di Malaysia. |
| 15. Masyarakat yang ter jebak dalam gejala sosial. Contohnya, Muthu terlibat dalam |
| gejala samseng dan ketua penjenayah Chan Kok Meng terlibat dalam pengedaran |
| dadah dan pil khayal. |
| 16. Masyarakat yang mempertahankan agamanya. Contohnya, Anas mempertahankan |
| Islam dan Rasulullah SAW walaupun ini hanyalah berbentuk permainan. Beliau |
| memastikan pihak Yahudi tidak memenangi kemenangan moral terhadap Islam. |

Thanks for your note, thanks!
ReplyDeleteWhat a notes
ReplyDeletethanks you are help me oh god bless me!!!!!
ReplyDelete