LATAR NOVEL ISTANA MENANTI
Latar Tempat
a)Rumah Tuk Ngah di Ulu Seperi
,Rembau,Negeri Sembilan.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng berkongsi cerita dengan Tuk Ngah tentang
banyak cerita sejarah setempat dan sejarah negara di rumah ini.
b)Istana Menanti dan kawasan
sekitarnya.Contohnya:Istana Lama ini terletaknya di puncak Gunung Datuk.Ketika Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy
tiba,di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya.
c)Jeram Lubuk
Petai.Contohnya:Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk.Airnya jernih
dan sejuk.Namun,kawasan ini dikatakan
berpuaka dan didiami makhluk halus.
d)Terowong rahsia di bawah
tanah.Contohnya:Terowong itu gelap,bercaban dua dan
menyeramkan.Terowong itu menjadi
tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar.
e)Kedai runcit Encik
Leong.Contohnya:Menjadi tempat penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul di
sini bagi membincangkan masalah
kehilangan Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng.
f)Balai polis Kampung Ulu
Seperi.Contohnya:Pak Senik,Encik Karim,Encik Leong dan Encik Shanti melaporkan kehilangan tiga sahabat.Sarjan
Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung berkumpul di perkarangan balai sebelum
gerakan mencari dijalankan.
Latar Masa
a)Waktu
Siang.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi mendaki Gunung Datuk.
b)Waktu malam.Contohnya:Penduduk
kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari orang hilag di sekitar Gunung Datuk.
c)Seluruh cerita:Cerita ini
berlangsung dalam tempoh seminggu.Pada hari Jumaat iaitu ketika tiga sahabat merancang untuk ke Gunung Datuk di
rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang berikutnya iaitu ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang
diadakan di balai raya.
Latar Masyarakat
a)Golongan muda yang peka akan
sejarah
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy
mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah tanah air.
b)Golongan tua yang serba tahu
akan sejarah
Tuk Ngah mewakili orang lama yang
banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan Jepun dan zaman darurat.Beliau juga banyak tahu tentang
sejarah setempat dan sejarah negara.
c)Masyarakat yang berbilang kaum
dan agama
Penduduk di Kampung Ulu
Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
d)Masyarakat desa yang hidup
bagai aur dengan tebing
Penduduk setempat membantu pihak
polis mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di puncak Gunung Datuk.
e)Masyarakat yang belot dan
derhaka pada negara
Dolah mewakili segilintir
masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara.Dia sanggup bersekongkol dengan pihak komunis dalam usaha untuk
menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.
No comments:
Post a Comment