Novel Istana
Menanti menceritakan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji
sejarah. Mereka bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung
Datuk. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar
rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah
kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajahan
Menurut Tuk Ngah,
kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke
Tanah Melayu. Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana
tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai
Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama
tersebut.
Pada hari yang
sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu menunjukkan kegigihan mereka
mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri keistimewaan
Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak, Tuk Ngah bercerita
tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah
sebentar di Jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan
Sultan Mahmud Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu
supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga
keselamatan bersama-sama.
Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat
reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita tentang
bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau. Menurut Tuk Ngah,
bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang
dalam perlawanan beradu kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama dengan
remaja-remaja tersebut ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana.
Mereka bertiga
masuk dan melihat sendiri keunikan seni bina istana lama tersebut. Ketika
memasuki sebuah bilik yang dipercayai bilik tidur diraja, tiba-tiba mereka
terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak berjumpa.
Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah
yang gelap dan berbau hapak. Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu
gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka juga khuatir kerana
terdapat terlalu banyak kelawar dan tikusdi dalam terowong tersebut.
Mereka kemudian terserempak
dengan seorang pemuda bernama Khairil, seorang penuntut dari Universiti Putra
yang keletihan turut terperangkap dalam terowong tersebut. Ketika mereka
melelapkan mata kerana keletihan. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia
masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah
tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang
mereka simpan semasa mereka berjuang menentang penjajah dahulu. Mereka
menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy
dan Khairil juga berjaya ditawan ketika mereka mencari Ah Seng di dalam
terowong tersebut. Mereka juga dipaksa menggali tanah untuk mendapatkan harta
tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, penjenayah-penjenayah segera keluar
dari terowong tersebut meninggalkan remaja-remaja itu
Pada masa yang
sama, ibu bapa remaja terbabit berasa bimbang apabila anak-¬anak mereka tidak
pulang sehingga malam. Hasil perbincangan dengan ketua kampung, mereka telah
berpakat membuat laporan kepada pihak polis. Pihak polis telah melancarkan
gerakan mencari. Mereka beramai-ramai mendak Gunung Datuk, namun gagal menemui
remaja-remaja tersebut.
Tuk Ngah yang
berjaya bersembunyi dari penglihatan kumpulan penjenayah itu muncul lalu
menceritakan perkara sebenar. Hasil perancangan akhirnya pihak polis berjaya
memerangkap penjenayah-penjenayah yank sangat dikehendaki tersebut. Remaja
bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dan
diraikan dalam suatu majlis kerana keberanian serta kegigihan mereka menempuh
cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut.
No comments:
Post a Comment