Kajian Tindakan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN (BERBENTUK UMUM – LANGKAH – LANGKAH ) TINGKATAN 2
DENGAN KAEDAH RAJAH
1.0 REFLEKSI
Sebagai akibatnya, isi soalan
karangan yang berbentuk umum ( langkah-langkah ) sukar di kembangkan/dihuraikan
oleh para pelajar dalam masa yang cepat dengan baik. Hal ini merupakan dapatan
pemerhatian saya terhadap pelajar 2KT1 hasil analisis ujian bulanan yang
pertama.
Bagaimana pelajar saya boleh
mengembangkan isi karangan? Semua ini telah menjadi dorongan kepada saya untuk
menjalankan kajian tindakan ini.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS
KAJIAN
Saya mendapati semua pelajar 2KT1
tidak dapat mengembangkan isi karangan dengan baik dalam ujian 1 yang lepas
atau melepasi markah 50% Walaupun mereka mengetahui isi karangan. Masalah ini
jika tidak diatasi akan menyebabkan pelajar tidak dapat menulis karangan dengan
baik dalam masa yang ditetapkan.
Oleh itu, saya yakin sekiranya
pelajar dapat mengingat akronim tertentu, maka pasti pelajar dapat menjawab
soalan tentang “langkah - langkah” dan sinonim dengannya. Hal ini akan
meningkatkan keyakinan dan keseronokkan pelajar menulis atau mengarang
seterusnya meningkatkan prestasi mata pelajaran bahasa Melayu kertas penulisan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran menghurai isi karangan yang berbentuk umum (
langkah-langkah ) dan sinonim dengannya.
3.2 Objektif Khusus
Kajian ini bertujuan untuk
membantu para pelajar mengembangkan isi / fakta tentang soalan karangan berbentuk
umum ( langkah-langkah ) dan sinonim dengannya.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Satu kelas iaitu Tingkatan 2KT 1
yang terdiri daripada 15 orang pelajar telah diambil sebagai responden kajian.
Pelajar yang terlibat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu;
• 5 orang – pelajar yang boleh
menulis karangan secara biasa tanpa bantuan guru.
• 5 orang – pelajar yang boleh
menulis karangan secara biasa dengan bantuan guru pada tahap minimum.
• 5 orang – pelajar yang boleh
menulis karangan secara biasa dengan bantuan guru sepenuhnya.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian Tindakan ini melibatkan
empat fasa iaitu fasa tinjauan masalah, fasa analisis tinjauan masalah, fasa
tindakan dan fasa refleksi. Kajian ini akan dijalankan selama 4 minggu dengan
pengawasan pengkaji. Antara instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini
ialah :
5.1. Ujian Pre Kemahiran
mengembangkan isi soalan berbentuk umum ( langkah-langkah )
5.2. Kemahiran menggunakan Kaedah
Rajah
5.3. Ujian Post kemahiran
mengembangkan isi soalan umum ( langkah-langkah )
6.0 TINJAUAN MASALAH
6.1 Pemerhatian
Saya akan menyemak latihan yang
diberi kepada pelajar. Jika ada kesilapan, pelajar akan diminta membuat
pembetulan dan hantar semula latihan tersebut kepada saya.
6.2 Ujian Pra Kemahiran
Mengembagkan Isi Soalan Umum ( langkah – langkah )
Kemahiran mencari fakta karangan
soalan umum ( langkah-langkah ) .
Soalan : Huraikan pendapat anda
tentang langkah-langkah mengatasi masalah kemalangan jalan raya hari ini
Sampel diminta mencari dan
mengembangkan isi soalan ini.
7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
7.1 Analisis Pemerhatian
Pelajar mengambil masa yang lama
( hampir 1jamt untuk mengembangkan sekurang-kurangnya 3 isi tajuk karangan yang
di beri)
7.2 Analisis Ujian Pra
Semua sample yang terlibat
mengambil masa yang lama (lebih kurang 1jam ) untuk mengembangkan isi karangan;
- 6 orang dapat mengembangkan 3
isi karangan pada tahap sederhana
- 4 orang dapat mengembangkan 2
isi pada tahap sederhana
- 4 orang dapat mengembangkan 1
isi pada tahap sederhana
- Seorang tdapat mengembangkan 2
isi pada tahap lemah
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGAKAN
8.1 Kaedah Rajah
Kaedah ini telah digunakan dan
dipilih memandangkan ia dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Justeru
proses memahami dan mengingat menjadi mudah Antara Langkah ;
8.1 Guru Menyebut akronim
“KISMme” dan pelajar diminta mengikutnya
8.2 Guru memperkenalkan maksud
setiap huruf ;
K – KERAJAAN
I - IBU BAPA
S – SEKOLAH
M – MASYARAKAT
me –MEDIA MASSA
8.3 Pelajar kemudian ditanya
dengan soalan ;
Apakah yang dapat dibuat oleh
(KISMme ) ?
Bagaimana caranya
Apakah contohnya ?
8.4 Guru dan pelajar berbincang
kaitan rajah di bawah dengan soalan yang diajukan
K - K APA/ BAGAIMANA /CONTOH
- U
I - A APA / BAGAIMANA / CONTOH
- M
S - K APA / BAGAIMANA /CONTOH
- K
M - KJ APA / BAGAIMANA /CONTOH
K
Me – PTI APA / BAGAIMANA /CONTOH
8.4 Pelajar dikehendaki menulis
jawapan daripada soalan yang diberi
9.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal 23 Mac 2008
2. Merancang tindakan 24 Mac 2008
3. Menulis proposal kajian 24 Mac
2008
4. Melaksanakan kajian tindakan
(aktiviti 1 ) 3 April 2008
5. Membincangkan masalah yang
timbul dalam aktiviti 1 ( dalam panitia ) 3 April 2008
6. Melaksanakan tindakan (
aktiviti 2 ) 9 April 2008
7. Membincangkan masalah yang
timbul dalam aktiviti 2 ( dalam panitia ) 9 April 2008
8. Ujian untuk mengesan
pencapaian pelajar 17 April 2008
9. Refleksi kajian 17 April 2008
10. Menulis laporan kajian 21
April 2008
11. Pembentangan dapatan kajian
28 April 2008
10.0 KOS KAJIAN
KERTAS A 4 = 1 RIM ( RM 8.50 )
11.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN
PEMERHATIAN
Fasa pelaksanaan tindakan ini
melibatkan dua kali perjumpaan bersama pelajar. Kaedah rajah dan penjelasan
langkah – langkah pelaksanaannya digunakan untuk pertama kali. Selepas analisis
dan refleksi dijalankan, Kaedah ini diulang semula untuk perjumpaan kali kedua.
Akhir sekali Ujian Post Kemahiran MENGEMBANGKAN isi karangan berbentuk umum (
langkah-langkah ) dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah ini.
12.0 REFLEKSI KESELURUHAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa
kaedah akronim dapat meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan
berbentuk umum ( langkah –langkah dan yang sinonimnya) dalam masa yang singkat.
Hal ini kerana pelajar yang dapat mencari kata kunci mengembangkan isi karangan
yang tepat dan cepat, akan membantu mereka mengarang dengan baik atau
sekurang-kuranngnya menepati kehendak soalan.
13.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN
SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya, saya
berharap dapat mengembangkan kaedah rajah ini dalam tajuk karangan yang lain.
Selain itu, saya akan memilih akronim yang mudah dingat dan sesuai dengan
pelajar.