ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Sunday, August 7, 2016

WACANA - PENGGAL 3 BAB 1


1.1 Konsep Wacana

Kamus Dewan Edisi Keempat - keseluruhan tutur yang merupakan satukesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.
Wacana merujuk kepada kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.

Asmah Haji Omar (1986) - keseluruhan perlahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur - unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.

Dari sudut kajian bahasa - unit bahasa yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, satu bab, satu cerita, sebuah buku, satu siri buku, dialog dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.

1.2 Ciri Wacana

Terdiri daripada 2 wacana yang utuh iaitu Kohensi dan Koheren

Kohensi - ciri yang ada keserasian antara satu sama lain antara unsur liguistik dengan yang lain dalam sesuatu wacana untuk hasilkan wacana yang lengkap.
- Jalinan ketatabahasaan yang utuh.
- Contoh

Koheren - kesinambungan idea yang terdapat dalam sebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.

- Jalinan idea yang utuh.


No comments:

Post a Comment