Tips Menghadapi Peperiksaan
Beberapa
Hari Sebelum Peperiksaan
- Tidak
lagi menonton TV atau membaca bahan yang tidak berkaitan dengan peperiksaan.
-
Tenangkan fikiran dengan mendekati Tuhan
- Tidak
dipengaruhi oleh kawan – kawan untuk melakukan aktiviti tidak berfaedah.
-
Lekatkan jadual peperiksaan dekat rumah, dan tandakan dengan jelas
kertas yang akan diambil, supaya ahli keluarga boleh mengigatkan anda
mengenainya.
Malam Sebelum Peperiksaan
- Tidur
lebih awal supaya boleh bangun awal.
-
Elakkan menonton televisyen
- Pada
sebelah malam memadai sekadar melihat secara kasar nota ringkas peperiksaan
yang akan diambil esok.
-
Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam, elakkan makanan yang
berminyak.
-
Seelok-eloknya minum sedikit minuman panas sebelum tidur.
-
Siapkan segala peralatan untuk digunakan dalam peperiksaan dengan
lengkap dan sedia untuk digunakan.
-
Siapkan pakaian dan kasut sekolah.
Pagi Hari Peperiksaan
- Bangun
awal pagi dan solat subuh.
- Ambil
sarapan pagi.
-
Selesaikan segala “aktiviti peribadi” di rumah.
- Jangan
lupa bawa kad pengenalan dan alat tulis.
- Jangan
lupa bawa slip peperiksaan.
-
Pastikan tiba lebih awal ke tempat peperiksaan.
-
Sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, lihat sepintas lalu nota
ringkas.
-
Elakkan perbincangan akhir dengan kawan
-
Berdoalah agar dilapangkan pintu ilmu dan diterangkan hati untuk
menjawab.
- Bawa
bekalan air & makanan (roti atau bekalan lain yang mudah dibawa lain yang
mudah di bawa) sekiranya peperiksaan berlanjutan hingga ke tengah hari.
Di Dewan Peperiksaan
-
Berjalan dengan tenang ke meja anda dan berdoa sebaik sahaja duduk di
kerusi anda.
- Baca
dan fahami arahan dengan betul.
-
Bahagikan masa dengan baik agar tidak tertumpu pada soalan sahaja.
- Buat
rangka jawapan secara kasar dahulu ( bagi esei)
-
Menulis dengan jelas dan mudah dibaca.
-
Menjawab dengan ringkas, padat dan tidak terbelit – belit.
Tamat Peperiksaan
- jangan
sesekali berbincang dengan jawapan yang telah anda atau rakan anda jawapkan.
- Tugas
anda seterusnya ialah bersedia untuk kertas peperikaan seterusnya.
*harap dengan tips ni membuatkan adik – adik atau
kawan yang bakal menduduki peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM dengan
tenang dan lebih bersedia. Semoga Berjaya menduduki peperiksaan. Bye…
No comments:
Post a Comment