ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Sunday, August 7, 2016

WACANA BM PENGGAL 3 STPM- JENIS-JENIS WACANA

Jenis Penanda Wacana

Terdapat 5 jenis penanda wacana iaitu:

      1. Penanda penghubung
      2. Penanda rujukan 
      3. Penanda Penggantian
      4. Penanda leksikal
      5. Penanda elipsis atau pengguguran


 Penanda Penghubung
- Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang laindalam wacana.
- Tebahagi kepada 4 jenis iaitu

a. Penghubung tambahan (maklumat tambahan)
 - Contoh: dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih - lebih lagi, di samping itu, selanjutnya, pada masa yang sama, umpamanya, juga, dengan perkataan lain, tegasnya, selain itu, apalagi, atau, dan ertinya

b. Penanda Tentangan (pertentangan maklumat)
 - Contoh: tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walaupun, walau bagaimanapun, walaupun begitu, cuma, biarpun begitu, memang, sebenarnya dan namun demikian

c. Penghubung Musabab (sebab berlakunya sesuatu)
 - Contoh: kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu, dengan demikian, kerana itu, seperti yang diterangkan dansehubungan dengan itu

d. Penghubung Tempoh/Waktu (urutan masa, siri berlakunya sesuatu)
 - Contoh: pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya, sekarang pun, yang kedua, sehingga hari ini, kesimpulannya, ketika ini dan pendeknya


Penanda Rujukan
Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau prasa yang lain dalam wacana yang sama. 
Melibatkan penggunaankata ganti nama bagi merujuk perkataan dan frasa yang lain.
- Terdiri daripada kata ganti nama diri orang (pertama, kedua dan ketiga) dan kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sini dan situ).
 - Contoh: Fatin bekerja di Warung Pak Ali. Dia sudah bekerja di situselama setahun.

Penanda Leksikal (pengulangan)
-  Melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata.
- Melibatkan kohensi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. 
- Unsur pengulangan perkataan terdiri daripada
    Perkataan yang sama makna(sinonim) - contoh: jelita dengan cantik
    Perkataan yang mempuyai makna umum dan khusus (hiponim) - contoh: Ayam dan kucing (binatang)
    Perkataan yang berlawanan (antonim) - cantik dengan hodoh
    Perkataan yang kehadirannya saling berkaitan (kolokasi)

Penanda Elipsis/Pengguguran
- Melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.
- Pengguguran perkataan atau frasa mengaitkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca.
- Contoh: Semua peserta kursus telah masuk ke dalam dewan, Demikian juga dengan kami.
 
 Penanda Penggantian
- Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.
- Terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa.
- Contoh: Pada pendapat saya, tindakan remaja lelaki itu salah,pendirian ini adalah muktamad.



No comments:

Post a Comment