RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tingkatan : 4 Cerdas
Bilangan Pelajar : 36 orang
Tarikh : 17 Februari 2011
Masa : 7.30-8.10 pagi (40 minit)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Gaya Hidup Sihat
Tajuk : Gaya Hidup Punca Obesiti
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran | Huraian Hasil Pembelajaran |
HPU 8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu. HPK 8.4 Mengolah maklumat secara koheran untuk tujuan tertentu. | Aras 1 (iii) Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan dalam maklumat. |
Objektif Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menghuraikan secara bertulis satu faktor obesiti dan satu perenggan karangan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
Pengetahuan/Kemahiran sedia ada
- Pelajar telah mengetahui format menulis karangan dalam pelajaran yang lepas.
- Pelajar telah mempelajari kata kerja dalam pelajaran yang lepas.
Penyerapan
- Nilai murni : Pembelajaran sepanjang hayat dan kerjasama.
- Ilmu : Kesihatan.
- KBKK : Menjana idea – pelajar melakukan sumbang saran bagi
memperoleh idea yang bernas.
Penggabungjalinan
· HHP : 2.3 Aras 1 (ii)
Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan
pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas.
- Tatabahasa : Kata kerja –menggunakan kata kerja bagi menyatakan
perlakuan dalam amalan gaya hidup punca obesiti.
- Perkataan : -
No comments:
Post a Comment